31 Mac 2013. Aku tidak pasti pada masa ini, pada tarikh ini apa yang sedang aku lakukan. Yang pasti ketika itu aku dalam tempoh percubaan sebelum menjadi staf tetap di sini. Aku, seorang naif yang berada dalam sebuah syarikat gergasi. Ironi. Tapi itulah realiti. Siapakah yang dapat menafikan rezeki. 31 Mac 2014. Walaupun blog ini sudah agak lama aku biarkan tanpa kata, malam ini āmalam 1 April 2014, hati dipanggil-panggil untuk aku kembali mencoretkan sesuatu. Bukanlah untuk dibaca sesiapa āaku tahu bukanlah ada sesiapa yang membaca melainkan aku jua- aku mahu meneruskan catatan di sini. Manuskrip bawah meja yang mencatatkan banyak kenangan dan kata-kata yang kini jadi kenyataan. Maka perhatikanlah tulisan sendiri. Aku ingin bercerita tentang aktiviti harian. Tentang dunia editorial yang sedang aku gulati sekarang. Dunia yang aku terjun tanpa bekal pendidikan formal. Sudah lebih 13 bulan aku di sini. Sudah lebih 13 aku menjadi warga Majalah Solusi yang sebelum ini aku baca dan ...
catatan untuk mengabadikan