"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Berat mulut, pendiam, dan pasif itu sinonim dengan pemilik nama Jamilah Mohd Norddin. Berperibadi keras dan kaku, matanya menghadap PC walaupun akalnya entah di mana berterbangan. Kadang ada persoalan dalam dirinya yang mahu terluah,namun dia rela diamkan! Tentang dunia kerjaya. Keberkatan dalam dunia bekerjaya. Dia keliru dengan diri sendiri yang sedang menempuh dunia kerjaya. Bagaimana sebenarnya maksud cuti tulang? Apa sebenarnya yang tidak patut dial lakukan pada masa bekerja? 6 bulan dia berada dalam dunia realiti bernama dunia kerjaya, ternyata dia masih jahil. Jahiil yang dia tidak tanyakan pada orang lain. Kejahilan yang dia sorok dalam diri sendiri. Ya, nilai keberkatan wang gaji yang diterima saban bulan bukan hitungannya pada angka semata-mata. Dimanakah duit itu terlabur dan melebur? Dia ingin mengeluarkan soalan-soalan ini, namun dia tidak punya keberanian untu...
catatan untuk mengabadikan