Skip to main content

Nasihat ini untuk Awak Juga

Tugas sebagai seorang subeditor menjadikan aku pembaca pertama setiap artikel yang dihantar untuk majalah kami terbitkan. Dan salah seorang kolumnis yang menulis saban bulan ialah penulis yang aku kagum. Yang aku segan untuk bertemu dengannya walaupun mejaku dengan biliknya bertentangan; hanya dipisahkan cermin kaca.

Adalah beberapa kali saat keberanian datang, aku menemuinya untuk meminta nasihat.
Dan kali ini caranya berbeza.

Seperti biasa, menyunting artikel beliau seadanya. Sebab tidak banyak yang perlu disunting.
Siap.
Dan hantarkan semula kepada beliau.

"Apa pendapat kamu tentang artikel kali ini. Kamu faham?" Beliau bertanya. Aku terkedu. Sungguh aku spesies senang terkelu jika diterjah soalan mengejut.

Dan aku tunduk.

"Lepas ni saya nak tulis begini lagi. Tapi saya takut juga orang cakap saya ceritakan tentang saya."

"Saya lagi senang hadam kalau tulisan begini." Akhirnya aku berkata juga. Ya, belajar daripaa tulisan yang bersandarkan pengalaman juga "enak"

"Nasihat itu untuk kamu juga, tau. Jangan fikirkan tentang jawatan, pulangan... tulis! Tulis atas nama tanggungjawab. Sebesar mana tanggungjawab sebesar itu rezeki yang datang."

Allah!
Terdiam lagi aku.
Sengih. Hilangkan rasa bersalah, sedang jantung sudah mula berdenyut kencang.
Siapa sangka akan menerima "hadiah" nasihat dalam bentuk tulisan begitu.
Hati terus berbunga.

.
Dan sebenarnya kata-kata itu mengingatkan aku tentang rasa hati malam sebelum hari beliau berkata begitu kepadaku. Ya, air mata sering murah tatkala mengingat tentang "gaji!"
Teringat "workload" yang sama tetapi bayaran berbeza, air mata ku jatuh. Dan aku perlu pujuk semula diri, agar lupakan tentang gaji, dan lakukan kerja dengan gembira sebab inilah kerja yang aku inginkan selama ini.

Dan
siapa sangka jawapan itu datang dalam bentuk tulisan. Aku tak perlu fikirkan apa aku dapat. Aku hanya perlu mencari bahagia dan berbahagia dengan kerja yang sedang aku lakukan. Titik.

Dan
kerana cinta itulah aku masih di sini,
walaupun saban tahu ingin pergi.
Hatiku masih di sini,

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...