Skip to main content

Conteng-conteng (^_^)


Banyak perkara yang Dia berikan dalam hidup, namun kita lupakan dan mungkin sengaja melupakan tanda-tanda yang Allah tunjukkan sepanjang kembara kita di sini. Allah Maha Adil kepada setiap hamba. Tidak akan sesekali Allah berlaku zalim, hanya manusia itu yang berlaku zalim kepada diri sendiri.

Mendengar memberi ingatan baharu buat diri. Banyak bicara kadang perlu, namun dia memilih untuk membisu dan mendiamkan diri. Seperti hari ini. Kaku dan membeku dalam keramaian manusia. Mengeraskan diri di kerusi sampai masa untuk pulang. Sering hadir dalam kepala, sepanjang masa bekerja, berapa lama masa berkualiti sebenarnya yang ada? Bukan sekadar jam berada di pejabat, tetapi kualiti kerja. Sudah genap 9 bulan (25 November) aku bergelar seorang penolong editor... Sesuatu yang dahulunya hanya ada dalam mimpi, dan Dia izinkan aku berdiri dalam daerah ini..

Tahniah dan berkalung-kalung tahniah, teman. Bergelar graduan UIAM yang pastinya menjadi idaman ramai. Alhamdulillah, tidak aku bergelar graduan UIA, namun pastinya banyak yang aku belajar selama menjadi penuntut di situ. Dua tahun matrikulasi, tiga tahun Gombak, akhirnya, aku keluar menggunakan pintu belakang (ditolak keluar sebenarnya kerana tidak layak berada di bumi UIA). Yang pasti, masyarakat perlukan jasa kalian...

Tidak pernah aku bersedih, sebab rezeki ada banyak jalan. Ya, sekarang makin banyak hadir di telinga jawapan, kata-kata dan bisikan agar kusambung semula pengajian (insya-Allah, 2014), Dia juga yang mengaturkan paling baik untuk seorang aku. Yang penting, harus aku teruskan kembara ini.

Dua hari lepas. Aku mengikut temanku ke bumi UPM. Menikmati "suasana UIA" di sana. Allah. Penuh dewan semasa forum berlangsung.

Orang lain akan sentiasa bergerak ke depan, sebab mereka hebat. Aku bergerak dengan caraku, sebab setiap orang dibekalkan dengan cara berbeza. Ya, aku teruskan perjalanan yang bermula, selagi ada izin-Nya.

Cemburu denga orang lain? Pandang jauh-jauh dalam diri. Nikmat apakah yang mahu kau dustakan lagi.

...
contengan bersambung.
251113

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...