Skip to main content

Luahan Pagi Isnin .. =]

Setelah mendapat pesanan ringkas daripada sahabat baik saya semalam, saya malu sendiri.  Bagaimana tulusnya orang lain menulis, sedang diri saya menulis sesuka hati dan masih menurut hati ketika menulis.

Sedang hati bersih, tulisannya terpancar senang. Ketika hati kotor, begitulah yang nampak pada tulisan. Sememangnya mudah membaca warna seseorang dengan tulisannya walau seberapa banyak kali cuba dinafikan. "Ah, tulisan ini cuma rekaan!"

Sebaris ayat yang saya ingat sampai hari ini, dan ternyata kena dengan diri. "hati yang kotor tidak dapat menembusi hati yang bersih"

Menafi jangan. Ia kenyataan dan terasa pada diri. Ada tulisan yang sekali kita baca terus tertarik dan jatuh.Ada tulisan yang hanya dapat kita baca baris ayatnya, namun tidak terkesan langsung. -tulisan saya juga-

Saya pernah takut untuk menulis lagi.
Saya pernah berkali-kali memadam semua entri dan tulisan di blog.
Saya selalu menjadikan blog ini hanya bacaan saya seorang.

Akhirnya, saya kembali menulis. Mana dapat saya diam, walau yang saya tulis hanya diari catatan aktiviti harian saya. Ceritera manusia sekitar saya.

Saya mahu berhenti menulis saat saya mati.
Bukan satu buku sebelum mati.
Saya mahu tulisan saya jadi bakti,
saat saya mati.

Allah tahu niat setiap kita. Banyak. Banyak tulisan saya hanya bercerita seputar kehidupan saya dan tidak bercambah dengan ilmu luas. Saya kagum -terlalu kagum- pada mereka yang terus berkongsi cerita, ilmu dan pencerahan yang baik. Sesuatu yang belum saya usahakan.

Saya beruntung diber peluang menyertai Galeri Ilmu Sdn Bhd dan akhirnya dapat berkenalan dengan beberapa staf dan penulis mereka.

Editor Amir yang baik
Encik Nasri Nasir yang berjasa.
Kak Dissa Azmin
Kak Norhayati Sapii
Iwan Reaz.

Mereka antara insan yang Allah hantarkan lewat perjalanan penulisan saya. Tentu sekali insan yang berjasa dan tidak mungkin saya lupa: sifu Azmah Nordin .

Walaupun saya gagal meredah lautan sastera, Allah hantarkan saya manusia yang mendekatkan saya dengan dunia penulisan. Jujur, saya tidak dan gagal mendalami sastera namun saya tidak mungkin meninggalkan dunia penulisan.

Beberapa hari lepas, apabila seorang kakak menghantar mesej singkat lewat e-mel saya, saya tersenyum. Teman, kawan yang membaca catatan ini, doakan teman saya ini berjaya menerbitkan bukunya sendiri. Katanya, sangat teringin menulis! Semoga Allah permudahkan urusan akak!

Wassalam.

~Ila Husna, penulis Friends Forever.


Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...