Skip to main content

Penilaian itu Berbeda

pada gambar ada ceritanya
Apa nilai yang ada pada sekeping gambar? Kata orang gambar mampu mentafsir seribu perkataan yang tidak mampu bibir untuk lafazkan. Aku tidak tahu setara mana kebenarannya.

Mungkin benar.

Kala rindu, aku akan sering menatap gambar yang ada dalam album kenangan . Gambar yang sengaja aku ‘cuci’ untuk simpanan peribadi. Aku tidak mengerti mengapa aku suka begitu, namun bagi aku ada nilai pada setiap gambar yang aku simpan. Walaupun ia mungkin hanya gambar awan biru, muka orang, tumbuhan sekeliling rumah, malah rumah aku sendiri.

Gambar yang ada menjadi cerita sedih dan ria. Ketika sedih, aku pandang wajahku ketika senyum, aku lihat gambar yang boleh kembalikan senyum aku, lalu aku boleh kembali ketawa. Pasti dalam kehidupan lebih banyak gulanya. Itulah yang perlu disimpan dalam ingatan. Bukannya segala kepahitan yang mengiring perjalanan.

Benar. Kepahitan itulah sebenarnya yang banyak mengajar. Macam aku. Aku kenal dan lebih hargai sahabat ketika mereka ada ketika aku perlukan seseorang untuk menyokong. Sampai aku jadi malu sendiri jika aku tidak mampu ada kala mereka menyeru namaku. Sungguh tiada apa yang dapat aku bantu, tiada pertolongan yang dapat aku hulur, mungkin cukup aku berada di sisi.

Tidak ramai yang mampu bersabar dengan aku. Cukup. Tidak mahu aku bebelkan segala kedegilan dan nilai negatif yang ada dalam diri. Biarkan aku teruskan penulisan aku ini dan selepas ini dengan keindahan yang pernah hadir dalam hidup aku. Perihal kenangan yang singgah menjadi penyeri hidup. Tentang semua yang menyenangkan. Walau mungkin pasti ada pahit, masin, masam yang terselit dalam cerita-cerita it.

Tidak mengapa.

Ada jutaan kata yang mahu aku tulis, namun kadang tersekat, jadi mainan dalam diri. Bercakap banyak bukan pilihan aku, lebih suka membiarkan ia terbit dalam bentuk tulisan.

Walau aku makin sedar tulisan aku kian hilang ‘hati’nya...

Allah..

5.37p.m
Qamar Jamilah.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...