Skip to main content

Selamat Tinggal dan Selamat Bertemu...

sehijau warna daun.
Tiga minggu aku bercuti. Sebermula tarikh kembali ke kampung pada 17 April 2011 hingga 8 Mei 2011, aku hanya mengurung diri di dalam bilik. Berada dalam kesibukan keluarga membuat persiapan untuk majlis pernikahan kakakku yang keempat, aku masih setia mengetuk papan kekunci. Paling kurang, apabila tiada laptop di rumah ini, aku membuka novel. Mengulang baca beberapa buah novel kegemaran yang tersimpan dalam almari kaca. Tidak rugi mengulang baca, pasti ada input baru yang diperoleh usai mengulang satu demi satu novel. Namun aktiviti ini hanya berjalan ketika aku bersendirian tanpa lappy di sisi. Jika tidak, pastinya kerjaku mengetuk papan kekunci, berenang di dunia maya, atau mengedit merosakkan gambar.

Memandangkan aku sudah mahu kembali ke Kampung Gombak, mahu juga aku mengimbas kembali melihat 'pembaziran masa cuti' yang telah aku lakukan tiga minggu di kampung.

  • BACA NOVEL
  • MELAYARI INTERNET
  • MAIN GAME
  • TIDUR. BANGUN. TIDUR. REHAT. MAKAN. TIDUR.
  • KE SUNGAI PETANI
  • KE SELAMA
  • MENGEDIT...
Nampaknya tiga minggu bercuti hanya ini beberapa aktiviti yang aku lakukan. Memang satu pembaziran masa bagi yang tahu menghargai berharganya masa yang berlalu. Sesungguhnya kesempatan yang ada, masa yang telah berlalu masa bisa dipusing semula. Sudah berlalu, maka, terimalah hakikat yang kamu sebenarnya sudah bazirkan tiga minggu percutian ini. Membina badan ada juga rasanya.

Kembali ke kampung Gombak, aku hanya mengambil satu subjek untuk semester pendek ini. Tidak terdaya untuk aku menyesakkan kepala dengan mengambil risiko lagi. Cukuplah berendam air mata semester lepas dengan perangai tidak semenggah yang dilakukan diri sendir. Malu jika dikenang-kenang kembali. Mungkin nanti aku perlu menuliskannya kembali agar aku ingat apabila aku baca dan baca semula.

Tidak kisahlah jika orang mahu kata yang aku bazirkan masa dengan mengambil subjek yang sangat sedikit. Kemampuan aku tidak sama dengan orang lain. (huh, manjakan sangat diri sendiri.) Menerima dan cuba berinjak daripada satu titik menuju satu titik supaya kelak aku juga sampai ke garis penamat. Aku sudah tidak kisah meskipun terlambat aku pergerakan aku seperti siput berjalan, asal aku bergerak. Bergerak dan tidak matikan diri sendiri sebelum masanya.

Cukuplah sekali.

Baik, kita mulakan cerita baru. Jika dilihat, ditilik dan direnung, kegagalan yang berlaku bukan kerana 'kebodohan' namun sikap 'bena tak bena' diri sendiri. Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasih seseorang melainkan dia berusaha untuk mengubah nasib dirinya sendiri.

Allah beri yang terbaik untuk kita, bukan semua kesukaan, malah yang TERBAIK.

Fighting!!!

Qamar Jamilah/9.40p.m/6.5.2010

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...