Skip to main content

Durrah Nur Aqilah: Keredhaan Dalam Perpisahan



 Jika boleh dalam semua pertemuan yang aku lalui dalam kehidupan ini, aku tidak mahu ketemu dengan kalimah 'perpisahan'. Ia seakan pisau yang akan menghancur lumatkan segenap perasaan aku. Membuatkan aku sedih hingga tidak bisa berdiri teguh lagi. Tetapi mana mungkin aku zahirkan ia dengan tingkah. Berlagak biasa adalah perbuatan biasa kala aku diserbu perasaan sedih.

Aku paling tidak suka orang melihat air mata mengalir pada kelopak mata ini. Biar orang katakan yang aku hati batu atau keras kepala, jika boleh biar air mata itu aku simpan untuk diri sendiri menikmatinya. Meski kadang ia turun tanpa aku paksa,. Tanpa aku relakan ia mengalir...

Sungguh aku sangat bertuah Allah hadirkan di sekeliling aku insan yang sangat mengambil berat. Insan yang selalu membuatkan aku terharu dan sentiasa mahu mengenang mereka sepanjang hayat aku. Insan yang cuba mengorek hati aku walaupun aku tahu mereka tahu banyak dengan membaca coretan aku. Mana mungkin aku menipu dalam penulisan ini walaupun kadang aku menambahkan perisa dalam penulisan itu...

kalau boleh aku mahu mereka sentiasa berada di sisi aku. Dan sesungguhnya mereka kekal dalam diri... Dalam hati ada wajah mereka. Dalam akal ada bayangan mereka. Semoga ia kekal di situ.

Realitinya, aku tidak boleh selamanya bersama mereka... Kalimah 'MATI'  kadang menjengah.

"Katakanlah: "Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja"." Al-Ahzab: 16
Baca seterusnya dalam blog ini tentang ayat al-Quran yang mengingatkan tentang kematian.

Bukan sahaja kematian, malah dalam kehidupan juga kita akan melalui fasa perpisahan.. Tamat pengajian, kita akan membawa langkah sendiri.. Destinasi yang mana stesennya tidak sama..

Aku lekatkan gambar ini yang menggambarkan perasaan hati kala perpisahan itu berlaku...






Bunga juga akan layu. Manusia pasti mati!





Biar kesedihan hanya menjengah untuk seketika. Terus hidup!





Kosong!

Aku mahu begini... Keredhaan dalam perpisahan dan meneruskan langkah meniti hari. Aku mahu kuat. Walau kita berpisah kelak, semoga persahabatan ini ada dalam hati aku.




Sentiasa senyum!



Redha!
Walaupun kala kita bersama aku sangat teruk. Tidak endah apa kalian cakap. Tidak peduli sakit sihat kalian,...

Aku sayang kalian...

warkah cinta aku untuk kamu,
8-11-2010

Comments

+akufobia+ said…
jangsn sedih lagi.gelakgelak.
Anonymous said…
jamilah...

jgn sedih2...

da...
Jamilah said…
da,

taksedihlah....

=)

Ini cerita Durrah bukannya Jamilah.
Jamilah said…
+aku fobia+,

=)

Ini sekadar fiksyen.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...