Skip to main content

Esok Balik

Alhamdulillah berjaya melangsaikan kertas-kertas peperiksaan, walaupun memang tak tahu begaimana keputusannya. Pasrah walau apa sekalipun yang aku dapat. Aku berusaha dan akan dapat apa yang telah aku usahakan, Insya ALLAH, usaha yang teramat sedikit dan tak ral;at jika dapat keputusan yang sedikit.

Sedikit perkongsian sebelum kaki melangkah meninggalkan bumi Nilai.

Wahai diri-diri yang diberi peluang oleh ALLAH untuk duduk di menara gading, sangat besar sebenarnya tugas kita di sini. Adakah mampu untuk pundak kita benar-benar memanfaatkan amanah yang diberi. Harapan mak ayah, guru-guru sekolah menengah dulu, kawan-kawan yang tak berpeluang ke sini, dan harapan oleh diri sendiri. Tentu tak mahu sekadar cukup-cukup makan dan inginkan kegemilangan. Jadi, imbau semula dalam diri, sebenarnya cukupkah bekalan yang kita bawa sebelum ke sini? Soalan ini ana tujukan untuk diri sendiri...

Walaupun kita fikirkan kehidupan kita di sini serba kekurangan dan banyak ekluhan meniti bibir, tapi setelah kita meninggalkannya, kita akan sedar betapa manisnya kehidupan di sini. Tak semua berpeluang menikmati kehidupan seperti kita. Beruntunglah kita sebenarnya dan ucapkan ALHAMDULILLAH.

Satu lagi, apa sebenarnya matlamat kita di sini. Aku akui, sedari mula aku ke sini, tiada satu matlamat khusus, tapi aku mahu belajar arab untuk aku tunaikan impian yang aku simpan selama ini. Untuk teruskan aku perlu belajar bahasa arab. Dan aku belajar seperti orang lain, malangnya aku bukan seperti orang lain yang minat belajar. aku ini spesis manusia yang bukan kaki belajar terutamanya menjelang peperiksaan. Aku suka buat benda yang aku suka tanpa aku sedar ianya mungkin menyakitka hati ramai pihak.

Akhir kalam, sebelum aku pulang, aku memoho ampun maaf daripada semua sahabat yang memahami aku yang sebenarnya. Harap kalian tak mengeluh dengan aku yang teramat pendiam dan kadang-kadang sesekali aku membuka mulut, percakapan aku seperti tidak dapat diterima. Ketahuilah kalian semua saudara seagama yang aku sayangi.

SELAMAT BERCUTI...

SELAMAT DAPAT KEPURUSAN IMTIHAN...

SELAMAT MENYAMBUT ADIK_ADIK BARU

SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN DI TAHUN KEDUA...

SELAMAT BERJUANG< SAHABATKU...

















SESI EXAM, DUGAAN, SABAR
"Kita merancang dan ALLAH juga merancang. Sesungguhnya perancangan ALLAH itu lebih baik"

. Aku sendiri tak menjangka hanya kerana pendrive itu jatuh, terus tak boleh digunakan lagi, hati ini menangis, belum sebulan dibeli, mengapa jadi begini. tapi aku tak tahu apa sebenarnya yang ALLAH simpan untuk aku.

Alhamdulillah, tadi boleh jawab soalan 'istima'. Insya ALLAH, yang terbaik itu dari-NYA. Aku tak mengharapkan keputusan yang terlalu baik, tapi biarlah tak terlalu mengecewakan. berbalik kisah pendrive aku, ini dalam tempoh short sem, dua pendrive aku rosak, yang pertama melenyapkan semua karya-karya aku, dan yang trebaru habis semua gambar dalam simpanan aku. Salah sendiri juga yang tak tahu menyimpan dalam laptop. Tapi tak perlu mengeluh, pasti ada hikmahnya...

Aku harapkan hari-hari yang aku lalui di sini walaupun banyak mendatangkan kesusahan pada orang lain birlah ianya juga memberi manfaat. Semoga tak terlalu menyusahkan...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a...

Kerana Aku Tidak Berada Dalam Keadaan Itu

Aku membaca  diam-diam kisah yang terpapar. Kisah yang jauh daripada kehidupan aku. Kisah yang tiada aku di dalamnya. Sekalipun aku tidak mampu memahami kisah itu, semoga ada pengajaran yang aku belajar daripada kisah itu. Berdiam aku. Menahan diri daripada berkata-kata tentang sesuatu yang bukan berkenaan aku juga suatu perjuangan untuk masa sekarang. Ada ketika aku menulis juga. Selebihnya aku memilih untuk diam dan menjalani kehidupan aku. Ada banyak hal yang aku tidak dapat faham. Ada banyak hal yang aku hanya faham sedekit sahaja. Akhirnya aku memilih untuk menjalani perjalanan aku, yang berada di atas landasan sendiri. Sebagaimana yang aku selalu ulang. Setiap kita berada di atas landasan yang tidak semua orang akan faham. Cukuplah kita masih kuat untuk menjalani perjalanan itu. Sebab jika kita jatuh, tiada yang dapat membangunkan, walaupun ada yang menghulur tangan untuk kita sambut. Kita tidak berdaya untuk menyambutnya. Hati kita berada di tempat lain, kepala kita...

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                  ...