Skip to main content

Status Facebook 2019

15 01 2019
Kegagalan dalam hidup, supaya engkau belajar. Belajar bahawa dalam hidup, bukan ada yang indah sahaja. Apabila engkau gagal lagi, yang perlu engkau perhati, diri sendiri. Dan bangun lagi. Walaupun berkali-kali.

Engkau kenal seseorang lebih dekat ketika engkau bermusafir dengan dia.

14 01 2019
Rasa bahagia itu apabila kamu mampu membahagiakan orang lain dengan ikhlas.

09 01 2019
Peristiwa.
Hal yang sama berulang. Lagi dan lagi. Tersedar sekejap, buat lagi.
Lantas,
Apa yang engkau nafi.
Tuhan tahu setiap isi hati.
Zahir atau sembunyi.
Bertahanlah,
Selama masih mampu berdiri!

08 01 2019
Panggilan Tuhan.
Ketika kita terjaga tengah malam, selepas lena seketika, mungkinkah itu panggilan Tuhan agar kita sujud kepadanya?
Panggilan yang belum tentu kita sahut. Panggilan yang kita balas dengan lena kembali...

07 01 2019
Buku.
Aku pernah mengatakan yang aku menyesal kerana pernah menjual buku yang pernah aku beli. Dan kini aku melakukannya lagi. Menjual buku-buku kesayangan yang menjadi separuh barang jika aku berpindah. Mengurangkan bilangan buku di rak, menjadi wang untuk kegunaan harian.
Sayang mana, sampai masa kita harus melepaskan. Berpegang ayat itu, aku lepaskan buku-buku kesayangan kepada tuan baharu yang aku percaya akan lebih memanfaatkannya.


Tidak kira berapa kali engkau jatuh, hitung jumlah kebangkitan semula engkau.
#catatanuntukjamilah

06 01 2079
Ketenangan.
Aku teringat, entah di mana aku mendengar baris ini, jika mahu melihat kita tenang atau kalut, lihatlah bagaimana kita solat. Adakah kita solat dengan tenang ataukah solat dengan tergesa-gesa untuk menghabiskan.
Secara jujur, kita akan terasa perbezaan. Ketika kita solat dalam keadaan kalut dengan kita solat dengan perasaan yang damai dan tenang, ada tamakninahnya, lebih panjang sujudnya, membaca satu demi satu bacaan dalam solat...
#catatanuntukjamilah

05 01 2019
Yang Sukar Difahami
Bukan hanya diri seorang wanita. Bas di kawasan aku juga. Tidak ditunggu, selalu nampak. Sedang menunggu, lama sekali baru nampak.

2019.
Menutup semua buku 2018, membuka buku baharu untuk 2019. Dengan pengalaman baharu, pengisian baharu, dengan jasad yang sama.
Ada hal-hal yang jika diubah, kita tidak lagi menjadi diri sendiri. ✌🌸
Ada hal yang kita biarkan terbang bersama angin. Benarkan ia terbang jauh daripada diri. Kita tinggalkan dalam diri, yang manis-manis.

03 01 2019
Luahkan semuanya kepada Tuhan. Dalam bahasa yang engkau faham. Allah Maha Mendengar segala permintaanmu.


02 01 2019
Rahsia Rezeki.
Dapat sedikit, syukur. Dapat banyak, syukur.
Dapat sedikit, kongsi.
Dapat banyak kongsi.
Berkat. Itu yang kita mahu.
Semoga rezeki yang dikurnia, menambah sykur kepada Allah yang mengurnia.
----Kadang rasa poket tiris, semak diri sendiri dan apa yang kita lakukan. Kita sedar, bukan apa kita buat?
#catatanuntukjamilah

Ketika kita mengharapkan yang baik-baik terjadi dalam hidup, sudahkah kita meminta kepada Dia yang mengetahui setiap yang kita zahirkan dan sembunyikan?
Masihkah kita enggan berdoa dan hanya berharap? Tidak berusaha namun mahu melihat hasilnya.
Berapa banyak pula kesyukuran atas nikmat tidak terkira yang Allah kurniakan kepada kita setiap hari. Setiap hari... Ataukah kita hanya melalui hari, kerana kita masih hidup.
#catatanuntukjamilah

01 01 2019
Kerana di setiap kejadian, memori, kenangan yang tercipta sepanjang perjalanan kehidupan, bersebab. Berbeza setiap orang.
Dunia. Tempat manusia diberi nikmat dan ujian. Keputusannya ada yang dilihat di dunia, selebihnya selepas mati.
01012019

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub