Suatu pagi yang dia mulakan dengan berjalan. Belum bersarapan. Seperti biasa.
Namun pagi itu, sesampai di pintu, selepas kembali melakukan hal yang dia mahu lakukan, tangannya menggigil membuka pintu. Kepala tiba-tiba rasa berpusing, telinga berdengung.
"Beri aku setengah minit."
Tergopoh-gopoh dia membuka kunci pintu. Lekas menjatuhkan badan sendiri, sebelum dia terbaring sendiri. Sebelum terus "black out". Pintu terpaksa dibiarkan terbuka.
1 minit berlalu. Dia bangun lalu mengunci pintu. Lekas menuju bilik berbaring merehatkan diri.
Permulaan November 2017. Dia mulakan dengan peristiwa pagi itu. Selepas lama "rasa nak melayang" itu tidak hadir. Mujur sahaja di depan pintu rumah sendiri, bukan di tempat-tempat awam seperti sebelum ini.
Comments