09 September 2017

September, berakhir musim menanam anggur

Suasana baharu yang sangat berbeza dengan persekitaran aku sebelum-sebelum ini. Total. Dalam diri, bersarang kebimbangan, namun langkah mesti diteruskan. Berpesan kepada diri, pandai-pandai jaga diri di tempat orang.

ASWARA. PENULISAN KREATIF. Impian sejak pertama kali aku ke sana 2011, tidak silap. Namun ketika ditanya, bagaimana awak tahu tentang ASWARA, aku seakan tiada jawapan. Entah di mana mula perkenalan aku dengan Akademi. 

Belajar.
Berhenti.
Bekerja.
Berhenti.
Rehat.
Kembali belajar.

Berpesan kakak kepadaku, belajar sampai habis.  Buat sehabis baik. Ini peluang terakhir untuk aku. Peluang menebus kesempatan belajar bahasa Arab yang sudah aku sia-siakan.. Semoga kali ini, tiga tahun lagi, aku habis belajar di Akademi. 

Belum bermula kelas. Baru selesai Minggu Haluan Siswa selama empat hari.... 

Pesan senior, di sini, jagalah prinsip diri. Jaga iman. Kena kuat.

Semoga ada catatan-catatan seterusnya selama aku berada di sana.

No comments: