31 May 2017

Gadis Emosi

Semalam.
Dua bulan lepas.
Sebelum-sebelum ini.

Akan ada ketika, tanpa sebab kukuh, dia menangis. Menangis bersungguh-sungguh. Menangis sampai dia lena bersama tangisan. Sampai nanti dia bangun dengan rasa baru, atau menyambung tangisan sebelum dia lena tadi.

Emosi.
Perempuan emosi.

Itulah dia. Yang emosinya lekas terzahir di wajah dan katanya. Yang emosinya kadang terlihat kosong, kadang terlalu ditunjukkan, dan kadang di luar kawalan.

Emosi tidak terkawal yang menyebabkan dia menangis walupun ketika itu dia sedang berada di pejabat. Menangis walaupun ketika itu dia dalam perjalanan menaiki komuter.

Dialah perempuan emosi.
Yang cuba menyembunyi rasa, namun lekas terzahir emosinya.

Dia yang lekas keliru dengan dirinya sendiri....