Tulisan dan
perasaan
Aku seorang
perempuan yang sering menjadikan tulisan sebagai suara meluahkan perasaan. Tidak
semua yang aku tuliskan, aku amalkan. Tidak semua yang aku cakapkan berulang
kali, aku buat. Namun, bukankah dengan menasihati orang lain, sebenarnya kita
sedang menasihati diri sendiri?
Situasi. Entah
mengapa, semakin hari rasa suka akan kerjaya yang aku cinta semakin berkurang.
Mungkinkah kerana keadaan diriku yang semakin jauh daripad mengingati Tuhan? Kadang,
ah, selalu aku sering tersasar daripada landasan sebenar. Aku cuba untuk
kembali, kembali ke jalan asal aku bermula.
Tulisan dan
perasaan. Itu aku dan tulisanku. Orang akan senang sekali membaca apa yang aku
rasa hanya dengan melihat apa-apa yang aku nukilkan di media sosial atau di
mana-mana tempat yang aku tuliskannya. Seringnya yang aku tuliskan akan ada
kaitan... ada kaitan, walau sering aku nafikan. Lantaran aku jarang dapat
menipu menggunakan tulisan.
Tulisan suatu
amanah. Amanah buat diri aku sendiri. Dan aku, ingin kembali! Kembali ke dunia
cintaku... setelah aku memendam cinta... selama tiga tahun lebih.
Doakan, agar aku
dan tulisan kembali bersahabat.
09112016
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Comments