21 August 2016

Selepas Angka 27

Meneruskan langkah,tidak menyerah.
Bisik pada hati, setiap yang berlaku ada kebaikan.
Pesan pada diri, letak Allah yang pertama. Cinta Allah, Rasul dan mak ayah yang tertinggi.
Mahu kembara, kembalikan keberanian.
Tentang wang?? Tidak akan pernah cukup, bahagia dengan apa yang ada banyakkan memberi. Makin memberi makin dapat.
Tentang jodoh? Allah tahu yang terbaik. Pesan ustaz, jemput jodoh dengan jadi baik dahulu. Masa terbaik akan datang. :)

Bisik-bisik dalam diri,
pilih yang mana perlu engkau peduli, dan perlu engkau buat-buat tidak dengar.

Sepatutnya,
27 sudah terlalu matang.
Untuk seorang Jamilah.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

No comments: