Skip to main content

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Suatu petang. Dia menembak beliau dengan soalan-soalan. Aku sebagai pendengar yang setia. Mencedok jawapan, mencelah dengan senyum, dan kembali diam. Sebenarnya semua ini tentang sebuah keberuntungan. Namun kesempatan yang tidak diendahkan. Sering begitu. Akulah yang belum cukup bersyukur dengan kesempatan yang diberi. 

Tentang syukur. Bagaimana untuk suka dengan kerja yang sdang kita lakukan. Oh, betapa ramai yang ingin berada di tempat engkau berada sekarang. Jadi, belajarlah bersyukurlah. Dengan bersyukur, kita akan usaha untuk lakukan yang lebih baik. Akan sentiasa perbaiki diri. 

Kemudian, letakkan cinta dengan apa yang sedang engkau lakukan Jangan hanya rutin. Cari sesuatu, selalu tambah kualiti diri. Sebab itu perlu ada perbincangan. Bukan hanya duduk. Dengan pergaulan, meluaskan pengalaman. Menambah pengetahuan. 

Kalau rasa ada yang tak kena, semangat makin merudum, ingat kembali niat semasa bermula. Tentu ada sebab engkau berada di sini. Mungkin sebenarnya niatmu sendiri yang sudah tersasar. Perbetulkan kembali.

Tentang positif. Memang dalam diri kita ada banyak rasa. Namun terus cakap, bertindak yang positif. Jangan ikut rasa negatif, negatiflah jadinya.Mungkin bermula dengan berlakon-lakon, akhirnya kita terbiasa. Bukankah setiap orang ada masalah masing-masing, jadi kita tak perlu tunjukkan masalah kita. Belajar cakap positif, bertindak positif. 

Tentang menulis. Jadikan menulis sebagai terapi. Tulislah tentang dirimu, namun bermanfaat untuk semua. Tidak terlalu peribadi. Hanya engkau yang tahu rasa dan cerita di sebalik tulisan itu. Jangan biarkan sehari berlalu tanpa menulis. Tulis apa sahaja. Nanti itu juga yang boleh jadi bahan penulisan kamu. Dalam diari, di Facebook. 

Melawan ketidakpastian. Itu kita.

Yang perlu kita lawan ialah diri kita sendiri.

Baca al-Quran setiap hari, itu yang jadi sumber inpirasi, memandu hati, 
Berjalan. Musafir. Tak jauh, dekat. Lihat orang. Keluar. Tak boleh hanya diam di satu tempat. Air kena mengalir, kalau bertakung, habislah...

Tak boleh nak keluar, membaca. 

Tentang perkara yang kita suka buat. Mula-mula kita buat dahulu apa yang perlu kita buat, barulah nanti kita boleh buat apa yang kita suka. 

...
21072016
Ofis Telaga Biru
Sesi terjah bilik Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub