Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

Setahun Sebelas Bulan Empat Hari

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Setahun sebelas bulan empat hari. Solusi 54-76 (terkini)... Betapa tidak terkejar masa yang kian mengejar dan makin deras meninggalkan.  Mengejar dan dikejar jangan sampai terkejar-kejar. Kejar yang boleh dikejar agar nanti kerja tidak terkejar-kejar. Yang perlu selalu dikemas kini, niat dalam hati. Apa tujuan kau masih berdiri di sini? Demi wang, pengalaman atau Tuhan? Apa yang kau niatkan itulah yang ternampak pada diri kau walaupu tidak terzahir. Sangat susah. Payah berperang dengan perasan sendiri. Tetapi diri sendirilah yang tahu sebab keberadaan itu. Buat dengan senyum dan cuba lakukan yang terbaik. Salah, salah dan salah.... Buat, buat dan buat lagi. Tiada istilah mengalah atau menyerah kalah. Hasilnya walau bukan kita yang nampak, akan ada. Macam datuk-datuk kita dahulu menanam pokok-pokok, yang hasilnya ada mereka nampak, ada yang kita rasa! No limit! Try and try again! Kata…

sakit

Sakit datangnya tidak lama. Soalnya, bagaimana kau menghadapi kesakitan itu. Cari ubat atau biarkannya melarat? Diberikan kesakitan bersama ubat. Jangan dibiar sakit sampai melarat.



Cakap

Untuk seorang dia, bercakap tidak mudah. Yang memang peramah memang tiada masalah, boleh bertutur dengan lancar dan sangat baik. Tidak bagi dia.

Dalam mesyuarat, dia yang paling tiada idea dan cadangan.
Semasa dalam ramai, dia yang paling diam dan hanya dengar.
Bila diminta pandangan, dia lebih banyak diam dan kata, tak tahulah.. tak reti nak komen.. dan lain-lain ayat mengelak diri.

Seronok bercakap, tapi bercakap sesuatu yang paling sukar dia lakukan. Lebih sukar daripada berjalan seorang diri dalam sebuah pasaraya...

Ah, itu semua halangan yang ada dalam diri kau, bukan?

Kau tak pernah pun berusaha untuk mengatasi semua tu. Kau tak pernah cabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa. Kau tak pernah bertindak, memang engkau tidak akan dapat.


...tolong cabar diri sendiri!

halaman 6 daripada 365 halaman 2015

Ada ketikanya kamu akan puas tatkala air mata meluncur turun walaupun kamu tidak pasti sebabnya, Kerana air mata menyapu mata yang kering,. Memberi rasa senang dalam diri. Memberi rasa puas dalam diri.

Demikian yang terjadi semalam. Hari yang tidak produktif. Meeting yang ke laut. Perasaan yang bercampur baur. Diri yang belum serasi dengan masa kerja baharu. Perlukan masa. 2015, makin banyak perubahan yang bakal terlihat.

Kadang aku seakan mahu angkat bendera putih dalam perjuangan ini. Tetapi ada suara hati yang mahu aku meneruskan segala yang telah aku mulakan. Ini keputusan aku. Dengan bekerja aku tidak lagi perlu minta duit dengan orang lain, aku boleh beri pula kepada orang lain. Bukan aku tidak ingin langsung kembali belajar, tetapi belum untuk mas sekarang.

Kasihan orang sekeliling yang terkena tempias seorang gadis yang sedang memberontak. Cuma sekarang aku cuba untuk tidak mengganggu orang lain dengan panggilan untuk meluahkan rasa, mendengar suara mereka, mendengar cerita me…

Pilihan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Bekerja dalam dunia penerbitan adalah pilihan aku sendiri. Aku bermula kosong dalam dunia kerjaya. Langsung tidak tahu apa-apa melainkan membaca tulisan orang lain. Sedikit-sedikit menulis sajak dan cerpen dalam keadaan aku tidak tahu apa-apa. Ketika itu ada keberanian dalam diri.

Berada dalam dunia penerbitan, kecintaan yang Allah izinkan untuk aku berada dalamnya. Bukan semua orang bekerja dalam bidang yang dia suka. Bukan semua orang boleh bekerja dalam bidang yang memang dia nak kerja, Allah izinkan untuk aku. Allah benarkan aku berada dalam dunia penerbitan. Dunia yang sedikit sebanyak mengenalkan aku dengan terajang dunia. Senyum.

Pilihan kita, ada yang Allah izinkan
Pilihan kita, ada yang Allah tangguhkan
Pilihan kita, ada yang Allah tidak benarkannya berlaku,
Kita berusaha yang terbaik, doakan yang terbaik... Allah akan berikan yang terbaik.

Bukan persoalan dalam bidang apa k…

Bukan Dunia Mimpi

Terasa aneh untuk kembali mengatur kata-kata untuk menulis dalam blog. Sesekali menjengah, terasa sangat tidak adil aku terlalu membiarkan Manuskrip Bawah Meja kosong tanpa kata-kata. Walaupun bukan ada yang membaca, tulisan aku di sini selalu merakam perasaan semasa aku menuliskannya.

Watak-watak yang direka, hakikatnya menceritakan kisah empunya diri. Kisah yang diceritakan kemudian benar-benar terjadi dalam versi lain. Sejak dahulu, sampai sekarang aku selalu gagal menyampaikan kata-kata dalam suara. Gagal mungkin kerana aku yang gagal menyerlakan apa yang tersembunyi dalam diri sembunyi. Tersembunyi dalam diri yang paling dalam. Ketakutan.

"Jamilah, awak jangan takut sangat."

"Jamilah, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam tulisan."


Engkau harus sedar yang sekarang engkau sedang berdiri dalam dunia realiti yang kadang sangat kejam. Boleh jadi zalim. tetapi selalunya lembut membelai. Setiap kita termasuk engkau teruji dengan apa yang sedang dilalui. Ap…