20 November 2015

Aku dan Zaman Belajar

Semakin menghampiri tiga tahun sebagai seorang penolong editor. Masuk dengan tangan kosong, tanpa bekal ijazah, dan tanpa pengalaman dalam dunia pekerjaan. Orang kata, kalau sudah rezeki, akan ada jalan.

Sejak tahun pertama, hati sekejap mahu, sekejap tolak untuk kembali belajar. Oh, aku gagal dapat ijazah kerana banyak kali gagal dan mendapat pointer yang sangat rendah hingga akhirnya terkeluar daripada universiti..

Aku pernah memohon semula untuk belajar, dan menolaknya atas alasan mahu bekerja dahulu, dan selepas hampir 3 tahun, rasa itu kembali, namun hati yang perlu dipujuk lagi. Ada banyak hal yang perlu ditimbangkan lagi...

Sebab sekarang aku tidak lagi perlu meminta duit dengan orang lain, jika aku kembali belajar, hal kewangan perlu aku fikirkan... Ketika diri sudah tua begini, tidak mudah untuk membuat satu-satu keputusan.

Ya, jika ditanyakan, siapa yang tidak ingin berdiri di atas pentas meggenggam ijazah. Walaupun dahulu aku berpendapat boleh bekerja tanpa ijazah, akhirnya dunia pekerjaan mengajar aku yang engkau perlu ada ijazah untuk masuk dalam dunia pekerjaan atas apa alasan pun! (Lihat juga engkau bekerja dalam bidang apa,.... Ya, memang benar ada pekerjaan yang berbekalkan bakat...)

...Aku pelajar dalam sekolah kehidupan. Daripada pengalaman dan pemerhatian.

‪#‎ilahusnabebel‬


"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

13 October 2015

Orang Sibuk

Beruntunglah jika anda menjadi orang yang sibuk. Kerana hanya orang yang sibuk tahu menghatgai masa. Dia tiada masa hatta untuk menjeling ke arah telefon genggamnya. Dia akan merancang agar semua kerja boleh dilaksanakan pada masanya.

Demikian orang sibuk.

Dia sibuk tapi dia tidak menyibuk. Ada sahaja tugas yang akan dilakukannya. Ada sahaja perkara yang akan diselesaikannya. Alhamdulillah, jika engkau orang yang sedang sibuk.

Sibuklah dengan kebaikan bukan sibuk cari kesalahan. Sibuklah dengan al-Quran agar itulah yang akan jadi peneman kala susah.

Jamilah, sibukkanlah dirimu sebab masa lapang hanya buat kaulupa berapa banyak masa yang sudah engkau bazirkan.

12 October 2015

Catatan Sebelum Esok

Esok belum pasti kau akan nikmati. Namun engkau sudah berbicara sedang esok, sedang hari ini engkau kecewa lagi. Bagaimana hari ini yang kaulalui tanpa nikmat rasa "sibuk" dan kau hanya termangu. Diam dan kaku di tempat sendiri. Seakan hilang sudah daya untuk kau "mengusik" seperti biasa.

Awak tahu apa itu rasa janggal?

Apabila kawan yang engkau jumpa hari-hari, esoknya engkau rasa segan nak tegur dia. Awak rasa ada jarak yang memisahkan. Awak rasa janggal.

...sebab hati kau kotor. Hubungan kai dengan manusia jado rosak.

Diam.

Dia minggu aku hanya berdiam diri. Cuba untuk buat-buat sibuk dengan hal yang tidak sibuk. Dan aku terasa lelah.

Fizikal dan mental...

Kembali

Mahu aku kembali di sini. Tempat aku lebih bebas mencurah rasa. Menuliskan semuanya. Bukan di dinding facebook atau instagram. Ada rasa yang memanggil agar aku kembali... di sini.

Selamat kembali, manuskrip bawah meja kembali berfungsi. Insya-Allah. Cuba untuk aku menulis kembali, selepas status di facebook sedang aku cuba untuk padamkan, dan diamkan diri di sana. Aku rindu bersunyi di sini. ��

16 September 2015

Awak mesti menulis. Itu kata dia. Dan aku seperti biasa menolak.
Adakah aku menunggu sesuatu terjadi sebelum tersedar?:(

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

01 September 2015

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Maafkan aku.
Tersentap dengan perbualan tadi. Rasa nak nanges.

12 August 2015

Perbualan Durrah-Ibtisam

Durrah: Mengapa kau tuliskan tentang perkara itu?

Ibtisam: Sebab tak semua benda aku ingat. Banyak hal aku lupa. Dengan menuliskannya, aku akan ingat. Bila aku membacanya, aku kembali ke masa itu.

Durrah: Yalah. Kau tulis, kau juga suka padam bila kau rasa tak perlukannya.

Ibtisam: Aku cuba. Cuba untuk menulis dan tidak menekan butang delete itu.

Status Facebook 11 Ogos 2015

Rasa


"Menikmati" rasa-rasa sebelum rasa seterusnya tiba. Semakin banyak hal yang menyakitkan saat mendengar kenyataan-kenyataan "mereka". Hari-hari berulang isu demi isu, yang mereka berkata-kata dan terus mengeluarkan kata-kata.

Sedih. Sakit. Pedih.

Dalam ketawa mendengar "lawak" yang tidak lawak, hati tetap rasa sakit. "Mereka" seakan tiada rasa apa-apa sedang beban makin memberat di bahu. Semoga lekas keadaan berubah.
"Apabila tidak melepaskan, semua tidak bebas, begitu?"

Sedih. Sedih membaca khabar "mereka" hari-hari. Yang sakit kita. Yang merasa kesan, kita.
Aduhai, semoga lekas keadaan menjadi lain.


Status Facebook 11 Ogos 2015
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

28 July 2015

harus kembali

Walau hakikatnya dunia tulis belum ditinggalkan, tetap warna sunyi yang melatari ruang blog ini. Ogos bakal kembali, dan aku mesti kembali menulis di sini. Menukang sesuatu untuk diri sendiri. Mencatat, menconteng dan bercerita.


Aku akan kembali. Insya-Allah. 

21 March 2015

Di Mana

Bekerja dengan buku-buku tapi makin malas baca buku.
Di manakah hati?

Buka hatimu untuk pelajaran baharu

Dia ingin melangkah jauh. Yang menghalangnya adalah kaki yang enggan melangkah. Akal yang enggan bekerjasama untuk merealisasikan apa yang diinginkan oleh jiwa.

Bukalah!

Bukalah hati untuk semuanya.

Untuk yang lebih baik.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

06 March 2015

Tidak Tertahan untuk Kembali Menulis

Selesai kebatuk-batukan dan peperangan emosi dengan diri sendiri, Durrah kembali. Selepas semalam -dia sangat bimbang apabila ada perangai luar alam dia mulakan langkah- buat hal, barulah dapat ke tempat kerja dengan semangat yang lebih waja.

Biasalah. Untuk memulakan isu baharu, ada kerehatan minda yang diperlukan sebelum kembali bekerja. Nak hidupkan enjin itu kadang ambil masa lama, ada ketika laju sahaja semangat itu menderu-deru datang. Walaupun aku seorang manusia yang bekerja dengan kertas, namun tulisan-tulisan yang disunting tetap memberi kesan emosi kepada si penyunting.

Alhamdulillah, untuk semuanya.

Untuk dua tahun aku bertahan di sini. Dengan jutaan rasa yang kadang baik, kadang mengganas, kadang menyepi.... manusia namanya.... Sediam-diam aku masih punya rasa. :)

*merepek*


Bukan tidak boleh hanya menuliskan semua cerita dalam diari. Menconteng di bebel di media sosial, rindu lagi untuk kembali ke ruang ini. Lama sekali Durrah tidak melontarkan rasa-rasanya di sini. Aku cuba untuk kembali membebel-bebel. *tentunya ditentukan mood diri*

Blog memang bukan lagi pilihan, tapi blog masih ruang yang bebas untuk aku bercerita dengan bebas. Bagi seorang introvert lagi pendiam macam aku.

haha.
*meraban*


Pejam-celik-lena-bangun-tawar-manis-pahit... Mac pun datang. Harus mengejar, tetapi belum mulakan enjin untuk mengejar.




Tentang emosi. Kisah semalam. Aku sengaja pulang awal. Sakit kepala sebagai alasan, tetapi aku benar-benar tiada mood untuk pandang skrin PC. daripada aku pandang skrin tanpa dapat sunting walau satu ayat, aku ambil keputusan untuk pulang. Stres?

Alkisahnya hari ini, encik Editor datang. "Durrah, saya streslah."
Erk. Stres sudah berjangkit... larik!


*entah apa-apa Durrah meraban*

Sekian.
Terasa tidak teratur menulis.
Menuliskan semua yang terlintas..
Yang membuahkan tawa dan kata "sengal" saat aku membacanya semula. ;p

06032015


"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

29 January 2015

Setahun Sebelas Bulan Empat Hari

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Setahun sebelas bulan empat hari.
Solusi 54-76 (terkini)...
Betapa tidak terkejar masa yang kian mengejar dan makin deras meninggalkan. 
Mengejar dan dikejar jangan sampai terkejar-kejar. Kejar yang boleh dikejar agar nanti kerja tidak terkejar-kejar.
Yang perlu selalu dikemas kini, niat dalam hati. Apa tujuan kau masih berdiri di sini? Demi wang, pengalaman atau Tuhan? Apa yang kau niatkan itulah yang ternampak pada diri kau walaupu tidak terzahir.
Sangat susah. Payah berperang dengan perasan sendiri. Tetapi diri sendirilah yang tahu sebab keberadaan itu. Buat dengan senyum dan cuba lakukan yang terbaik. Salah, salah dan salah.... Buat, buat dan buat lagi. Tiada istilah mengalah atau menyerah kalah. Hasilnya walau bukan kita yang nampak, akan ada. Macam datuk-datuk kita dahulu menanam pokok-pokok, yang hasilnya ada mereka nampak, ada yang kita rasa!
No limit! Try and try again!
Kata Ina Nailofar a.k.a. Nur Hazlina Mohd Fisol: "Takut? Buatlah apa yang akak takut tu!" [okeh, makan dalam]
‪#‎ilahusnabebel‬
— traveling to daerah mimpi.

14 January 2015

sakit

Sakit datangnya tidak lama. Soalnya, bagaimana kau menghadapi kesakitan itu. Cari ubat atau biarkannya melarat? Diberikan kesakitan bersama ubat. Jangan dibiar sakit sampai melarat.



07 January 2015

Cakap

Untuk seorang dia, bercakap tidak mudah. Yang memang peramah memang tiada masalah, boleh bertutur dengan lancar dan sangat baik. Tidak bagi dia.

Dalam mesyuarat, dia yang paling tiada idea dan cadangan.
Semasa dalam ramai, dia yang paling diam dan hanya dengar.
Bila diminta pandangan, dia lebih banyak diam dan kata, tak tahulah.. tak reti nak komen.. dan lain-lain ayat mengelak diri.

Seronok bercakap, tapi bercakap sesuatu yang paling sukar dia lakukan. Lebih sukar daripada berjalan seorang diri dalam sebuah pasaraya...

Ah, itu semua halangan yang ada dalam diri kau, bukan?

Kau tak pernah pun berusaha untuk mengatasi semua tu. Kau tak pernah cabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa. Kau tak pernah bertindak, memang engkau tidak akan dapat.


...tolong cabar diri sendiri!

06 January 2015

halaman 6 daripada 365 halaman 2015

Ada ketikanya kamu akan puas tatkala air mata meluncur turun walaupun kamu tidak pasti sebabnya, Kerana air mata menyapu mata yang kering,. Memberi rasa senang dalam diri. Memberi rasa puas dalam diri.

Demikian yang terjadi semalam. Hari yang tidak produktif. Meeting yang ke laut. Perasaan yang bercampur baur. Diri yang belum serasi dengan masa kerja baharu. Perlukan masa. 2015, makin banyak perubahan yang bakal terlihat.

Kadang aku seakan mahu angkat bendera putih dalam perjuangan ini. Tetapi ada suara hati yang mahu aku meneruskan segala yang telah aku mulakan. Ini keputusan aku. Dengan bekerja aku tidak lagi perlu minta duit dengan orang lain, aku boleh beri pula kepada orang lain. Bukan aku tidak ingin langsung kembali belajar, tetapi belum untuk mas sekarang.

Kasihan orang sekeliling yang terkena tempias seorang gadis yang sedang memberontak. Cuma sekarang aku cuba untuk tidak mengganggu orang lain dengan panggilan untuk meluahkan rasa, mendengar suara mereka, mendengar cerita mereka. Aku cuma diam, biarkan tangisan berhenti sendiri dan akhirnya tidur.

Tidur yang dalam. tidur yang lena.

Syukurlah aku masih bangun hari ini.

05 January 2015

04 January 2015

Pilihan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Bekerja dalam dunia penerbitan adalah pilihan aku sendiri. Aku bermula kosong dalam dunia kerjaya. Langsung tidak tahu apa-apa melainkan membaca tulisan orang lain. Sedikit-sedikit menulis sajak dan cerpen dalam keadaan aku tidak tahu apa-apa. Ketika itu ada keberanian dalam diri.

Berada dalam dunia penerbitan, kecintaan yang Allah izinkan untuk aku berada dalamnya. Bukan semua orang bekerja dalam bidang yang dia suka. Bukan semua orang boleh bekerja dalam bidang yang memang dia nak kerja, Allah izinkan untuk aku. Allah benarkan aku berada dalam dunia penerbitan. Dunia yang sedikit sebanyak mengenalkan aku dengan terajang dunia. Senyum.

Pilihan kita, ada yang Allah izinkan
Pilihan kita, ada yang Allah tangguhkan
Pilihan kita, ada yang Allah tidak benarkannya berlaku,
Kita berusaha yang terbaik, doakan yang terbaik... Allah akan berikan yang terbaik.

Bukan persoalan dalam bidang apa kamu sedang bergelut sekarang, tetapi bagaiman kamu memanfaatkan peluang.

"Eh, Jamilah. Mengapa engkau takut sangat?"

03 January 2015

Bukan Dunia Mimpi

Terasa aneh untuk kembali mengatur kata-kata untuk menulis dalam blog. Sesekali menjengah, terasa sangat tidak adil aku terlalu membiarkan Manuskrip Bawah Meja kosong tanpa kata-kata. Walaupun bukan ada yang membaca, tulisan aku di sini selalu merakam perasaan semasa aku menuliskannya.

Watak-watak yang direka, hakikatnya menceritakan kisah empunya diri. Kisah yang diceritakan kemudian benar-benar terjadi dalam versi lain. Sejak dahulu, sampai sekarang aku selalu gagal menyampaikan kata-kata dalam suara. Gagal mungkin kerana aku yang gagal menyerlakan apa yang tersembunyi dalam diri sembunyi. Tersembunyi dalam diri yang paling dalam. Ketakutan.

"Jamilah, awak jangan takut sangat."

"Jamilah, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam tulisan."


Engkau harus sedar yang sekarang engkau sedang berdiri dalam dunia realiti yang kadang sangat kejam. Boleh jadi zalim. tetapi selalunya lembut membelai. Setiap kita termasuk engkau teruji dengan apa yang sedang dilalui. Apa yang sedang engkau rasa. Apa yang sedang kau fikir dan terzikir di bibir. Semuanya. Semuanya adalah ujian yang menguji hubungan engkau dengan Allah dan sesama manusia.

Betapa banyak kali engkau sudah merasakan apa yang dinamakan kegagalan. Engkau penah bergelar orang berjaya walau dalam daerah kecil. Zaman persekolahan kau diuji dengan kejayaan. Zaman universiti engkau teruji dengan kegagalan. Bagamana engkau sekarang? Sudah pulihkan semua kelukaan?


...
03012015
Rumah Cinta Sri Damansara