Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

hm

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Keliru. Tersangat mahu bercuti Raya Haji ini. Selepas dua bulan aku tidak pulang ke rumah. Tapi...
Walaupun tiket dah ambil, sepertinya harus melepaskan.

Time busy. Harusnya aku masuk kerja. hm.

Yang Dipinjamkan

Nikmat kesihatan
itulah yang Allah pinjamkan untuk kita.
teruntuk aku.

Jangan sampai ditarik semula, baru tersedar betapa aku tidak menghargainya selama ini.
selama aku diam di sini.

...lihatlah jauh-jauh ke dalam diri, betulkan satu demi satu yang terkurang, betulkan yang terbengkok dan terkurang. Sungguh Dia lihat setiap gerakmu.




Perasaan.
Akukah itu yang selalu tidak puas hati dengan apa-apa yang dipinjamkan untuk aku. Yang diberikan untuk aku. Tidak lama aku berdiri di sini, namun dalam kesedikitan itu aku mesti bertahan, walau aku hanya berdiri di pinggiran.

Sampai masa aku akan pergi.

aku.

Menghadap laut luas
Dan seorang aku
Nampak aku dalam aku.
Aku yang dulu
Aku yang kaku
Aku yang kini
Aku yang belum terkemaskini.

Seorang aku
Dan semua kisah tentang aku
Yang sembunyi dan nyata
Yang Tuhan sembunyikan dan ternampak jelas terang nyata.

Pantai cherating, pahang
140914

untuk awak

Dalam diam
ada suara yang sanga riuh
riuh
riuh yang menggembirakan
riuh yang menambah kesyukuran.

...dan dia akan melangkah ke dunia baharu. Debarannya turut terasakan. Mendoakan yang terbaik untukmu, teman. :)

jujur
saat kau khabarkan itu
terdiam aku.
Namun aku apabila masanya tepat,
semuanya dipercepat.
Dalam keadaan kita jangka atau tidak,
tapi ada kemudahan.

...selamat melangkah ke dunia baharu, kawan. Dapatkah aku berada di situ pada hari itu? Semoga.

[status untuk dia]


"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Daripada FB 1

Andai terasa dizalimi fikir semula sembilan kali. Kau dizalimi atau kau yang menzalimi diri sendiri.

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan 
fikirkan boleh!

Bertindak atas kemampuan
Kau boleh!

(Petikan lagu Fikirkan Boleh.)

[Nikmati setiap kebahagiaan yang terhidang dalam bentuk suka atau duka. Sebab ada Dia yang memerhati dan menilai]

...SEBAB SETIAP MANUSIA BERBEZA!

...

Seribu kata yang tertinggal.
Hilang ditelan masa.

Tidak sepatutnya ada sesalan atas segala yang berlaku. Sebab yang penting adalah meneruskan kehidupan dan menikmati setiap kebahagiaan yang dihamparkan. Rasa bahagia dan bentuk suka dan duka. Yakinlah semuanya kerana sayang Dia. Dia yang mahu aku segera kembali kepada-Nya. Lama benar tenggelam dalam diri sendiri.

Menulis seakan bukan makanan diri lagi. Tersekat. Tulis. Terhenti.
Ah, kau yang lupa mengembalikan semuanya kepada Allah.

coretan 1 -september-

Sampai masa tiada alasan yang boleh dilontarkan lagi melainkan buat!
Sampai masa tiada kata-kata perlu diluahkan hanya buat!
Sampai masa kau akan mengerti mengapa.

Sebab
banyak benda kau tak akan faham hanya dengan baca,
melainkan kau rasa.
Banyak hal kau tak dalami
selagi tiada guru menunjuki
dan
pengalaman termasuk gurunya.




..... tentang media sosial, cuba membataskan untuk kembali menulis di sini agar aku senang menyemak tulisan sendiri. Cuba walau tangan gatal sahaja!