19 July 2014

17 July 2014

Daripada Aku, Buat Awak (1)

Awak, pernah awak bayangkan suatu hari awak terjaga dan jasad awak bukan di katil tiduran awak. Awak berada di satu tempat asing... tempat asing yang awak tak pernah mimpikan. Warna putih, bau ubat...

Aku tahu, membayangkan kemungkinan dan berimaginasi liar tidak baik! Ini bulan Ramadan.

Aku ingat lagi, awak selalu cakap dengan aku, "Awak tak boleh fikirkan yang tidak, bayangkan yang tidak-tidak. Kiranya saat kau katakan itu masa doa termakbul... bukankah mengundang kesakitan buat diri sendiri?"

Awak, mengapa kejanggalan itu masih sangat aku rasakan? Sebab aku jauh daripada Allah, kan? Aku selalu dengar orang cakap hubungan dengan Allah selesai hubungan dengan manusia cantik.

Awak, hidup baik-baik ya. Ada jodoh kita bertemu lagi dalam penulisan ini. Aku tak tahu sampai bila dapat bertahan dan mempertahankan. Doakan aku ya awak.

Aku.