12 June 2014

Apa yang Kau Kejar

Seringkali kita nampak dan ingin yang tiada depan mata. Macam mengejar fatamorgana yang nampak macam nyata hakikatnya tipuan semata-mata. Kata syukur. Yang digabung dengan sabar. Sebab syukur melahirkan sabar.

Sabar dengan semua perkara.
Sabar juga dengan diri sendiri.

Bercakap hal ijazah yang tidak selesai itu, jawapannya aku tidak sabar. Ya, lain-lain sebab banyak sebab main-mainnya aku dengan diri sendiri. (pengajaran), hakikatnya kesabaran itulah. Sabar belajar yang tak ada.

Dan sekarang.

Sudah elok-elok bekerja, terfikir-fikir mahu belajar semula. Memang aku tidak fikir lain. Ijazah. Atau paling kurang diploma. Memang tidak apa tidak ada, tetapi kena ada sebab kehendak pasaran. ;) Sebab orang tidak akan pandang pengalaman, orang akan lihat sijil jua akhirnya.

Baik.

Ya, mungkin akan ada kata-kata, apa yang kamu mahu kejar? Nak kejar ijazah? Tidak lagi... Dah makin tua begini, yang dimahukan adalah isi pengajian itu... Sebab dunia kerjaya tidak melihat sijil untuk kau boleh buat kerja...

Aku memang kena bersyukur ada dalam lapangan yang aku nak. Impian aku semasa dulu... Tidak semua orang dapat begitu, kan? Apa lagi yang aku mahu keluhkan, ya?

Agaknya sebab tiada kata syukur dalam diri ini....

07 June 2014

Kembali

Sudah dua bulan aku tinggalkan laman ini sunyi tanpa bicara. Bukan mahu berhenti menukil kata, tetapi saat rasa itu hilang, aku hiarkan laman ini bisu.

Banyak cerita. Banyak kisah. Kadang terasa kejam membiarkannya hanya diam dalam diri.

7.6.2014, aku menuliskannya kembali. Ya, kisah seharian hidup aku...

Semalam, dua hari lepas, tiga hari sudah, hanya badan yang ada di alam nyata, sedangkan hati, akal dan kepala fikir melayangnya lain macam. Kepala buat hal. Denyutannya makin menjadi-jadi, sampai aku hilang mood. Sampaikan rancangan untuk keluar bersama suhada aku terpaksa batalkan. Terasa mahu berehat aja. Malah datang kerja pandang skrin, tidak dapat mencerna apa yang tertulis. Tulisan sudah double, berpinar  rasanya...

Aku harus bercuti sebentar. Itu yang aku tahu.

Lalu, jumaat itu, hari ketiga 'blur' aku hanya bekerja separuh hari. Waktu rehat itu, aku pulang juga. Ke klinik seketika.


Bla. Bla. Bla dengan dr, dia hanya periksa suhu dan beri ubat ikut simptom yang aku cakap. Senangnya... "saya beri kamu cutilah hari ini. Balik rehat. 38°c, yinggi juga ni. Banyak minum air putih."

Ambil ubat, berjalan pulang ke rumah... hantar mesej pada yang berkenaan dan tidurrr....

Demikian badan yang mahukan kerehatan. lalu aku berikannya kerehatan. Tapi terasa makin sengal pula badan sebab terlalu banyak berehat...

Semoga baik-baik aja.

Sekian.


"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.