01 April 2014

Baris kata-kata untuk Jiwa

31 Mac 2013.
Aku tidak pasti pada masa ini, pada tarikh ini apa yang sedang aku lakukan. Yang pasti ketika itu aku dalam tempoh percubaan sebelum menjadi staf tetap di sini. Aku, seorang naif yang berada dalam sebuah syarikat gergasi. Ironi. Tapi itulah realiti. Siapakah yang dapat menafikan rezeki.

31 Mac 2014.
Walaupun blog ini sudah agak lama aku biarkan tanpa kata, malam ini –malam 1 April 2014, hati dipanggil-panggil untuk aku kembali mencoretkan sesuatu. Bukanlah untuk dibaca sesiapa –aku tahu bukanlah ada sesiapa yang membaca melainkan aku jua- aku mahu meneruskan catatan di sini. Manuskrip bawah meja yang mencatatkan banyak kenangan dan kata-kata yang kini jadi kenyataan. Maka perhatikanlah tulisan sendiri.

Aku ingin bercerita tentang aktiviti harian. Tentang dunia editorial yang sedang aku gulati sekarang. Dunia yang aku terjun tanpa bekal pendidikan formal. Sudah lebih 13 bulan aku di sini. Sudah lebih 13 aku menjadi warga Majalah Solusi yang sebelum ini aku baca dan perhati.

Dunia berputar dengan begitu pantasnya, dan direzekikan aku menjadi sebahagian warganya...
Dunia ini indah, namun aku sudah terasa mahu berubah... Aku tidak mampu berlama-lama lagi, sebelum terlambat aku harus memulakan kembali pengajian aku di ASWARA. Insya-Allah. Memang bukan tahun ini sebab janjiku untuk tidak menyambung pengajian lagi, namun tidak mustahil tahun hadapan aku mengundurkan daerah kecintaan ini menuju daerah kecintaan satu lagi.
Banyak peluang dan ruang ditabur, hanya aku yang tidak menadah tangan untuk merebutnya. Perasaan tidak layak untuk menerima itu tersangat tebal. Terlalu mendalam rasa itu.. Siapalah aku ini. Aku tidak dapat mengelakkan perasaan itu daripada hadir. Perasaan itu juga yang sering menghantui.

...dan aku diam.
Cuba untuk memahami.
Tidak semua dapat aku hadami.
..mungkin sebenarnya aku tidak patut lagi bercerita hanya perihal diri. Tapi, itulah yang paling aku mampu bercerita dengan bebas. Benarlah kata En Jeffry saat beliau minta kami –muridnya- bercerita tentang cinta pertama. Kita bebas bercerita kerana cerita itu memang ada dalam diri kita dan sudah kita hadam... dan akulah yang begitu...
Biarlah saat suatu hari ini, blog ini yang dibuka waris aku untuk tahu akan kisah-kisah aku. Dan teruslah aku menconteng di sini.

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, ke mana menghilangnya Tuan Blog ini? Lama tidak mencoret di sini.

P/S: Saya ada mengirimkan sebuah puisi ke emel SOLUSI, mohon semak ya. Terima kasih.

Jamilah Mohd Norddin said...

Tuan blog menyembunyikan diri... mungkin.