Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Baris kata-kata untuk Jiwa

31 Mac 2013.
Aku tidak pasti pada masa ini, pada tarikh ini apa yang sedang aku lakukan. Yang pasti ketika itu aku dalam tempoh percubaan sebelum menjadi staf tetap di sini. Aku, seorang naif yang berada dalam sebuah syarikat gergasi. Ironi. Tapi itulah realiti. Siapakah yang dapat menafikan rezeki.

31 Mac 2014.
Walaupun blog ini sudah agak lama aku biarkan tanpa kata, malam ini –malam 1 April 2014, hati dipanggil-panggil untuk aku kembali mencoretkan sesuatu. Bukanlah untuk dibaca sesiapa –aku tahu bukanlah ada sesiapa yang membaca melainkan aku jua- aku mahu meneruskan catatan di sini. Manuskrip bawah meja yang mencatatkan banyak kenangan dan kata-kata yang kini jadi kenyataan. Maka perhatikanlah tulisan sendiri.

Aku ingin bercerita tentang aktiviti harian. Tentang dunia editorial yang sedang aku gulati sekarang. Dunia yang aku terjun tanpa bekal pendidikan formal. Sudah lebih 13 bulan aku di sini. Sudah lebih 13 aku menjadi warga Majalah Solusi yang sebelum ini aku baca dan perha…

sebelum menginjak jam 3

Indah sebaris kata yang tertulis,
Bersama harapan aku kembali menulis
Sedang semangat makin menipis
Rasa halus itu belum dapat aku tepis.

...

Ada ketika tulisan yang kau rasakan biasa itulah yang beri makna.
Dan aku
Akan membiarkan kata-kata yang termaktub dalam manuskrip bawah meja ini.
Tulisan seseorang bernama ila husna.

...

Sudah sejauh ini aku dibawa melangkah, moga ada barakah.