18 January 2014

Januari Semanis Ceri

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

1
Pastinya 2014 yang datang membawa sinar baharu. 2013 sudah menjadi sebuah kenangan bersama peristiwa demi peristiwa yang menjadi sebahagian sejarah.

Maha Pengasihnya Dia yang masih memberikan rezeki. Kadang terasa rezeki kurang, hakikatnya rezeki yang dapat sangat cukup untuk diri. Allah. Aku tidak tahu, sedang Engkau Maha Tahu.

2
Januari bermula cantik. Walaupun tidak banyak buku yang dapat dibaca, sekurangnya setiap hari berlalu dengan ada muka surat buku yang dibaca. Amanah membaca buku yang sudah dibeli 2013, ditambah dengan buku yang mula dibeli untuk 2014, perlu diusaha untuk dilunaskan pembacaannya.

Target 60 buah semoga tercapai. Tahun lepas main tipu. Daripada 60 buah aku kurangkan sendiri jadi target 50 buah.

3
Januari semanis ceri. :)

4
2014, aku memilih untuk tidak menyambung belajar lagi. Hajat di hati tetap ada. Namun, aku perlu berada di sekolah ini dahulu sebelum meneruskan pengajian.

5
Semakin ramai kawan yang kawen, alhamdulillah. ;D


No comments: