Skip to main content

Durrah Nur Aqilah: Momen-momen

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.



Usia berkurang lagi setahun yang mendekatkan aku dengan tarikh akhir kehidupan-kematian-.  Peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam kehidupan, hakikatnya mendidik diri untuk meneruskan kehidupan. Dalam pincangnya gerak, bengkang-bengkok, salah silap yang aku lakukan, Dia sebenarnya sedang mendidik seorang aku.

Setiap peristiwa yang berlaku bukanlah sia-sia. Allah ambil mak terlebih dahulu supaya aku belajar makna kehilangan. Aku tahu apakah yang dinamakan kehilangan orang tersayang. Allah berikan ayah seseorang yang bernama ibu tiri, yang menjaga ayah. Allah mahu tunjukkan bahawa mungkin yang kita sayang Allah ambil, sebab Allah lebih sayang akan mak lebih aku sayang mak. Masih aku ingat dalam kuliah Al-Kahfi di pejabat, tentang kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa. Bukankah baginda membunuh anak kepada sepasang suami isteri supaya dia tidak menderhaka kepada ibu bapanya apabila dewasa. Entah, aku terfikir untuk kaitkan dengan apa yang aku lalui dahulu dengan yang berlaku sepanjang perjalanan aku. 

Sebab Allah tahu tentang aku mengenai aku lebih daripada aku kenal diri aku sendiri. Perkara yang aku suka, mungkin sebenarnya beri kesan buruk pada aku. Lalu Allah gantikan dengan sesuatu yang lain. Yang berikan aku kebaikan, yang mengajar aku erti ketabahan dan kesabaran.

Perlahan-lahan aku belajar menghargai kehilangan demi kehilangan yang aku pernah rasa dahulu. Aku tahu, orang lain lebih banyak merasai kepedihan, kehilangan dan kesakitan berbanding aku yang selalu diberi kemudahan demi kemudahan... Allah mengajar hamba dengan cara berbeza mengikut tahap orang.

Sekirany ada yang bertanya, "bila nak kahwin" Sengih dan beri jawapan, "Tak masuk senarai lagi." Tak masuk senarai bukan bermakna tidak mahu, kan? Gembira melihat teman-teman bergelar puan dan ibu. Dalam banyak-banyak kata Wani Ardy (yang aku baca lepas tergoda dengan entri Umairah) aku terkesan antara maksud katanya, dalam ketidaksempurnaan kita akan bertemu sempurna.

Tentang dunia muda. Sambil telinga disumbat earphone melayan Muda, Hujan aku cuba mengimbau dunia kanak-kanak yang penuh warna-warni. Tanpa sedar, dalam diam-diam banyak yang diteroka, walaupun tidak sebanyak orang lain. Banyak untuk seorang aku dan dunianya. Belajar dengan pengalaman, belajar menggapai impian.

Fuh, indah dunia kanak-kanak, mencabar dunia remaja, bakal merentas alam dewasa. (andai diizin Dia).  Semuanya demi mendidik diri. 

:)

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub