Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

selamat tinggal...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 2.26 pagi. Mata enggan terlelap. Jemari aku larikan pada papan kekunci. Perut mula berkeroncong walaupun sudah diisi petang tadi. Tidak boleh dilayan selalu. Perasaan yang indah-indah sudah jarang aku rakamkan dalam gambar dan tulisan. Kesedihan seakan tiada lagi dalam diri. Aku berdiri sebagai aku yang tidak punya perasaan apa-apa dengan kejadian dan situasi silih berganti dalam diri aku belakangan ini. Aku serapkan semuanya dalam diri. Macam span yang boleh serap air sampai kembung. :D Oktober nanti, mereka akan bergelar graduasi. Semoga aku ada pada hari itu, menyaksikan teman bergraduasi. Andai aku ditakdirkan tidak bersama kalian waktu itu, hanya salam yang dapat aku sampaikan. Aku bangga punya teman yang graduasi dari UIAM. :D Bersabar dalam pengajian perlukan kekuatan diri dan ketabahan. Bukan itu sahaja. Kesabaran jua. Aku tidak sabar dan melayan diri yang kurang be

# kata-kata yang terlekat di kerongkong

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Melalui hari-hari terakhir di bumi UIAM. Nanti aku hanya mampu menatap potret yang pernah terakam dan tulisan yang pernah aku tulis tentang UIAM. Kesayuan tidak terasa parah. Kerinduan hanya melambai dan menggamit. Perjalanan aku makin menyimpang ke lorong lain, bukan lagi di sini. hanya mereka yang punya impian melangit mampu berusaha sepenuh daya. di manakah kecintaan selama ini? apakah semangat sudah padam? siapakah yang kekal dalam hatimu? *** ada ketika tangisan sangat indah mengingat jiwa yang pernah resah mengenang gundah melerai masalah ketawa, senyum, suka penawar duka sesiapa sahaja *** aku suka sembang tentang diri aku dalam dunia maya, dalam penulisan aku. Ah, aku manusia banyak salah! Apakah status hati ini sekarang? Memang, aku seorang yang pentingkan diri sendiri. kata hatiku saat aku pentingkan diri keperluan sendiri. *** sudah berkerja

Suria tetap muncul

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Cukup! cukup! cukup! Gelora yang kau simpan dalam diri hanya menunggu letupan yang akan menenggelamkan semuanya. Segala-galanya akan terkubur tanpa nisan. Kecamuk diri selaku remaja memberontak sedang membuak-buak dalam diri kau. "Ah, tidak dapatkah kamu bersabar untuk seminit, sejam, seminggu?" "Aku tidak tahan." hanya itu jawapan mampu aku beri. Air mata mengalir dan terus mengalir tanpa dipinta. "Bukankah ini yang kau mahu." Ah, ini jalan yang aku sendiri pilih. Bukan siapa-siapa yang melorongkannya. Aku sudah 'memusnahkan' satu peluang, banyak peluang yang tersedia depan mata. Mengapa, ya? Sebab aku ikutkan kata hati yang kebersihannya sangat diragui. Berada dalam biah solehah dan baik bukan jaminan diri aku juga baik. Ah, tidak patut kau tulis perkara yang memburukkan diri sendiri. (ini blog aku) ketawa sendiri. Apa-

[selalunya, aku hanya tahu menconteng.. dan kini masih menconteng]

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Jemari ini tidak penat mahu menconteng walaupun tidak ada kisah baharu untuk dikhabarkan. Lalu tanpa motif, aku tetap menconteng dan terus menconteng. Contengan yang entah apa-apa. Contengan yang menggambarkan perasaan saat aku menulis. Itulah kebiasaan aku. Sejak dahulu, sampai hari ini. Kononnya mahu berhenti merapu-rapu dan menconteng, aku masih teruskan juga. Aku tulis dan terus menulis kata demi kata yang terlintas... Mendapat perkhabaran Dr Ghassan Taha mneinggal dunia Ahad lepas. Beliau pernah mengajar aku subjek Survey jika aku tidak silap. Lecturer yang sangat baik. Eh, tak ada projek baharu ke? (rasa mahu sorok muka bawah meja) Aku tidak ada apa-apa untuk diberi. Semakin hari aku makin terfikir apa sebenarnya aku mahu jadi. Tempoh hari, aku tidak dapat jawab saat ustaz tanya siapa tokoh yang aku kagumi. Ah, ulama mana yang aku baca tentang mereka? Aku banyak

Untuk awak i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.   Awak sangat kuat melalui kehidupan. Selepas lima tahun kenali awak, memang Allah ajar banyak perkara melalui awak. Dalam keadaan sekarang, awak sangat kuat untuk belajar. Awak mampu mengajar empat jam, masuk kelas, fikirkan assignment. Lucu. cantik. comey. Itu yang awak selalu katakan sekarang. Saat ada orang melawat (dan saya ada) banyak sekali perkataan lucu terbit daripada mulut awak. Saya tumpang gembira dengan perkembangan awak. Awak akan segera sembuh sebab awak kuat. kata awak: "lepas balik cuti nanti, dah sihat dah." Apa kata awak tentang saya? Awak kata saya sakit sebab saya kurus sangat. :D Awak suka buah epal gala yang saya bawa. Ya, epal gala, buah pear, buah pauh ... itu antara buah yang awak selalu beli suatu masa dahulu. Awak suka makan bihun tomyam di HS, claypot bihun mak cik, chicken chop ibu .... Dalam banyak-banyak orang yang melawat,

Tidak Terkeluar Kata.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Kasih dan sayang Allah melangit. Tercurah kepada semua manusia tanpa dikira darjat kedudukan Saat mendengar berita, mata terbuka luas. Benarkah? Dan apabila dia memberitahu sendiri, aku akur. Kun fa ya kun. Apakah lagi yang dapat aku nafi dan dustakan? Saat semuanya terlihat depan mata dan bukan fantasi, cerita tivi, tulisan blog atau sekadar cerita. Aku terdiam, mata enggan basah walau hati terasa mahu menangis. Allah sayangkan setiap hamba. Allah sayang kita. Banyak aku bercerita sekarang, hati enggan menyimpan rahsia. Apakah yang lebih indah daripada takdir Allah? Satu hari, semuanya akan normal! Dengan izin Allah. kata kakak: "orang yang dekat dengannya yang mainkan peranan." Hati jangan menangis mata jangan basah bercerita pada Dia yang tahu segala dijawab dengan pelbagai cara. "Sampaikan doa-doa yang baik" Allah sayang dia. A

saat terasa ...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Jam di laptop melebihi angka tiga pagi. Mata enggan terpejam malam minggu ini.Penangan lena dan kopi, dia menahan mata daripada terus kantuk. Walaupun tiada apa yang mahu dicoret, dia masih larikan jemari di papan kekunci. "terasa kehilangan ..."  Perasaan itu sangat sunyi, setelah puas dia bergelak ketawa hari itu. Lazimnya begitu. Ketawa berlebihan menghasilkan tangis dan sendu di hujungnya. Dia arif. Namun keceriaanlah yang mengubat duka. Bukan. Tidaklah dia sedang bersedih sekarang. Melawan kata-kata yang bersabung dalam diri sendiri. Menangkis pemikiran yang sesaat hadir, kemudian pergi menjauh. "Banyakkan tangisan mengenang dosa daripada ketawa yang melemahkan jiwa"  Dia terdiam. Separuh masa terhabis di depan laptop tanpa faedah. Kerja tidak berlangsung dengan aman. Dia leka mengikut hati yang terasa jauh sekali... Ada doa yang cepat Allah k

#kata-kata

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Perkara paling sukar adalah mahu memberi sesuatu yang tidak dimiliki. Itu kata aku. Sedangkan berapa ramai-ramai yang sentiasa memberi dan selalu mahu dan terus memberi. Hanya aku yang masih suka mereka-reka alasan. Hidup sebuah perjuangan yang ada menang kalah. Kalah pada diri sendiri kekalahan paling besar, sebab diri sendiri paling kenal laku sendiri.  Memang berulang kali aku katakan, dan masih tetap aku katakan. Dunia persahatan sangat misteri. Untungnya mereka yang bersama sahabatnya yang dalam kesusahan dan ujian. Berapa ramai yang diamkan diri kala bantuan diperlukan -AKU- Kala senang aku gelak bersama. Saat keadaan memerlukan, di manakah seorang aku berdiri? Hanya duduk di satu sudut dan perhati. Alangkah! Dia kotakan kata dengan perbuatan. Dia ada dan menghiburkan. Benarlah Allah paling tahu kekuatan setiap hamba. Allah beri apa kita suka, Allah beri apa kita tidak

bisik-bisik

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. jemari yang enggan bersahabat dengan aku kini, dia tidak mengizinkan kisah baharu mengisi laman ini, hati mahu berkongsi, jemari bertegas memadam tulisan yang sudah tercatat berbaris-baris. Tidak mudah menjawab soalan: dah habis belajar? Apabila aku menjawab, akan ada jawapan-jawapan lain yang perlu aku panjangkan lagi. Berdiam bermakna aku mendustakan kebenaran. Akan masuk minggu kedua aku memulakan tugas. kekok, kaku, aku hanya menghabiskan masa di kerusi sendiri. kini, ada impian baru terselit dalam diri. andai ditunai hajat menyambung pengajian, aku melepaskan tugas ini. Ya, aku sayang tugas ini, aku suka kerjaya ini, namun aku perlu pandang hari depan. seperti sekarang aku sedar untungnya belajar memandu walaupun aku pencinta kenderaan awam. membebel. dalam kata aku mahu membisu, berkajang juga tulisan termunta.
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.   ini saat-saat yang mana aku ha nya pandang blog ini hari- har i tanpa ada rasa mahu menulis sesua tu. Mungkin ada yang bertanya hari-hari yang aku lalui s elepas seminggu bekerja . Aku tidak mahu kongs ikan hal itu di sini. Dan sekarang aku mengulang rutin sebaga i seorang bekerja, yang memang berbeza dengan dunia belajar. Paling menggembirakan, dapat bel ajar perkara baha ru setiap hari. Paling utama, niat yang harus dibetulkan setiap hari supaya tidak terpesong.  Semoga ada ruang menyambung belajar suatu hari nanti. :)