Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. " malam ini hanya gambar bisu ini bersuara."

Tentang DUA

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Dua puluh enam Februari dua ribu tiga belas. Ada dua kisah kisah yang mahu aku ceritakan. Perihal hari kedua aku bekerja dan bengkel kedua Ma’ruf Pena. Aku budak sedang belajar. Mencari titik kekuatan dan mengembalikan keberanian. Cerita 1. Hari kedua aku bekerja di bawah selian ustazah. Kesalahan banyak dilakukan, sebab aku harus membiasakan diri dengan perkara yang betul bukan sesuatu yang aku rasakan betul. Perlu menjadi seorang yang sensitif walau kesalahannya hanya satu titik atau tersalah tanda bacaan. Belajar, belajar dan terus belajar. Kita mulakan dengan kisah semalam. Hari pertama seorang bernama Jamilah melangkah ke dunia pekerjaan. Masih malu-malu alah dengan para senior. Pagi Isnin 25 Febuari aku mulakan dengan langkah kanan menuju tangga besar.  Aku bakal memulakan tugas di Sri Damansara. Tepatnya di Telaga Biru. Cuaca redup. Sedingin hati dan perasaanku

membaca, menulis

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Sebenarnya pasti ramai sekali yang minat dan mahu menulis. Empat hari membuka booth kecil di UIAM, bertemu beberapa orang 'sisters' yang minat menulis. Kata salah seorang, "ya lah, bila kita baca buku, tak rasa macam itu yang mahu dibaca. Sebab itu mahu menulis." melihat ke hadapan: UIA yang akan ditinggalkan, selamat berkenalan bumi Sri Damansara

kata untuk diri sendiri

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "masa singkat nian, cepatnya hari demi hari meninggalkan diri, yang tertinggal adalah jejak yang kosong atau berisi? semakin bertambah soal pada diri, adakah bersedia jawapan hari Nanti? Jika mendengar kisah lemahnya dia, semoga doa yang terhantar, dan pengajaran yang dipelajari, sebab dalam lemahnya seseorang, ada kekuatan dalam diri setiap yang bernama manusia. Fokusnya seseorang pada sesuatu, ada kurangnya dia pada sisi lain. Manusia bukan mesin, dan bukan juga sekadar bermain emosi. Dalam setiap pahit manis ada rahmat. Pesan ustaz Ebit dalam IKIM, ingat, walau apa yang terjadi ada rahmat! Ingat ini selalu dalam diri. "Ada rahmat. ada rahmat. ada rahmat." nescaya, kamu akan tenang." "clumsy. kalut. gelabah"

P4, HS

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Minggu ini bermula 18 Februari (hari ini) sehingga 22 Febuari 2013, aku membuka booth letaknya berhampiran kafe HS UIAM. Jika sebelum ini, semasa semester pendek aku membuka booth di P3,  minggu ini aku membuka di P4. Sebaris kedai ini ada yang menjual durian creep, bermacam barang kesihatan, belajar bahsa dan SLEU. Ini minggu terakhir aku di sini. Selepas ini pasti merindukan suasananya. Walupun hanya dududk-duduk dan melihat manusia, aku tertanya soalan ini kepada diri sendiri. "Tidak cemburukah aku melihat orang pergi dan balik kelas?" Dalam ramai-ramai pelanggan tadi, ada seorang kakak ini menyapa: "ada buku himpunan kisah nabi-nabi tak? Mahu jadikan hantaran kahwin." Dan seorang kakak berkata setelah melihat buku kompilasi aku terima nikahnya. "Akak ni dah ada cucu. Mungkin boleh tengok, beri pada anak. Akak tak bawa duitlah pula. Sekadar j

Shamsiah Fakeh, Azzah AR

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Beliau seorang perempuan. Anak kepada Sutan Fakeh. Beliau membesar sebagai gadis dan berakhir sebagai pejuang kemerdekaan. Kisah ini sisi jujur seorang Shamsiah Fakeh yang dikata seorang anggota PKM. Beliau pejuang yang tidak didendang. Ah, berapa banyak sejarah yang digelapkan demi melindungi orang yang punya kepentingan. Shamsiah Fakeh menemani perjalanan aku semalam. (UIA ---> LRT GOMBAK ---> LRT Asia Jaya ---> Metro 99 ke Kota Damansara) dan pulangnya. Membacanya rentetan kisah beliau sejak kecil sehingga beliau meninggal pada 2008, meninggal kesan dalam diri. Seorang pejuang  yang benar-benar berjuang demi negara. Bacalah, untuk tahu kisah sebenar! " Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah berkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka."

Dunia Baharu

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Allah, sekiranya ini terbaik untukku, aku terima apa sahaja keputusan yang dibuat."  Keputusan itu aku ambil. Peluang yang ada depan matalah yang perlu direbut, sebab yang di hadapan belum pasti milik kita. Itulah yang aku dapat hari ini. Kata aku, berani buat berani hadapi. Allah yang menetapkan rezeki buat setiap hamba. Sembang-sembang dengan kawan yang baharu sahaja dikenal, dan keinginan kuat dalam diri kerana ia sesuatu yang aku suka, aku bersetuju untuk bekerja. Hasilnya, Allah izinkan aku memulakan langkah baharu. Aku budak yang masih memulakan langkah dalam dunia sebenar, dan banyak yang mesti aku belajar sepanjang kembara dan permulaan kisah baharu ini. Tinggal diri sendiri mengubah ' attitude' dan bersikap dewasa. Suka aku mengimbas kenangan pada hari temuduga. Ada soalan yang aku terdiam tanpa jawapan. Saat itu, aku memang pasrah, sebab aku t

Ulasan "Friends Forever" -Ila Husna oleh Sarah Yasmin

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. # Saya temukan ulasan di Goodreads. Sukacita saya kongsikan dengan sahabat pembaca. # linknya di goodreads.

"maaf, anda tidak layak menderma"

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Alkisahnya seorang gadis bernama ... mahu menderma darah. Sudah lama juga sejak 2012 dia menyimpan hasrat menderma darah kali ketiga. Dan di SHAS Mosque IIUM sedang berlangsung program derma darah. Berkobar-kobarlah dia si gadis yang bernama ... itu mahu mendermakan darah kepada tabung darah negara selain diberi darah kepada sang nyamuk. empat belas febuari dua ribu dua belas. Seawal 8.40 pagi, dia sudah mengatur langkah ke tempat berlangsungnya derma darah. Apabila dilihat tiada orang dan kaunter baru dibuka, dia berpatah semula dalam hujan ke mahalah. Hatinya meronta mahu menderma darah walaupun tidak tahu berat badan terkininya. Almaklumlah, berat minimum menderma darah 45 kg. Sebelum ini, walaupun beratnya 46 kg, lulus untuk menderma darah. Ah, tidak salah mencuba. Itu kata dia. Lalu, borang diisi dengan tangan terketar. Melihat orang lain sudah berada di kerusi menderma

Nian Hati Salsabila

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Sehari suntuk selepas pertama kali aku pegang buku ini, dihabiskan dengan membaca Nian Hati Salsabila. Ia novel yang sarat dengan terbiah dan ditulis oleh Ustaz Zahiruddin Zabidi. Seorang penulis prolifik yang banyak artikelnya di majalah-majalah tempatan dan telah menghasilkan banyak buku. Ini novel pertama beliau saya kira. Pengalaman seorang yang bekerja sebagai jururawat. Ceritanya bermula Naurah Salsabila, nama watak utama yang bertukar sekolah ke Tanah Rata Cameron Highland dan bertemu Ustazah Humaira. Seputar kehidupan Naurah (nama panggilan watak utama dalam ini walaupun tajuknya Salsabila) sejak sekolah menengah hingga alam pekerjaan. Ustazah Humaira adalah murabbi yang menyuntik semangat Naurah. Kuat berpegang kepada prinsip dan tidak mahu ber'couple' selagi belum masa. Saat melihat teman-temannya sudah berkahwin dan punya anak, rasa itu hadir dalam dirinya. Lu

Diri, dengarkan kata hatimu ini.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. ada perkara yang kita tidak perlu tahu, sebab akan menyakitkan hati dan diri sendiri. tidak semua orang mampu menelan kepahitan. itu aku. kemanisan yang terlalu banyak aku hirup selama dua dekad kehidupan, membuatkan aku kalah pada pahitnya ubat. Banyak madu yang menjadi santapan aku. Dan aku mahu menjadikan pahitnya ubat semanis madu.  Tentang bicara belakang. Aku. Aku teringat entah bagaimana kisahnya. Entah kisah siapa. Seorang yang apabila ada orang yang berkata-kata keburukan padanya, mahu diberikan hadiah kepada orang itu. Sedang aku? Dapatkan aku balas kata-kata pahit atau tidak benar dengan sebuah senyum ikhlas? Kata-kata hanya terkota dengan perbuatan. Beberapa hari lagi aku akan berada di taman ilmu dan budi. Jika tidak ada apa lagi aku akan tinggalkan bumi yang menyimpan kenangan ini. Bumi yang mengenalkan aku pahit manis dunia belajar. Teman-teman yang baik,

satu, dua , tiga

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Satu: Pesta Buku 1 Malaysia aku hadiri dengan hajat tidak mahu membeli sebarang buku. Mana boleh ditahan diri. Akhirnya, empat buah buku dan empat Asuh untuk anak - anak buah aku miliki. Buku-buku yang dibeli ada sebab tersendiri. Sebab pengarang dan untuk ulangkaji. Soya Ais Peneram Madu terbaik! Dua: Rabu lepas, jam lapan pagi, sudah berada di CAC. Namun aku ragu-ragu, dapatkah aku baucar kali ini. Aku kembali meneruskan tugas lain. Apabila ada teman mesej memeberitahu sudah mengambil baucarnya, aku penasaran. Terus aku ke CAC kali kedua, mendapatkan lima keping baucar ini. Dalam masa dua hari, aku berlegar depan maktabah iium untuk mendapatkan buku-buku ini. Memang melebihi RM250 namun sangat berbaloi buat aku. 16 buah buku menanti untuk dibaca.  Sabtu. Umairah mengajak aku ke Masjid Jamek melawat kedai buku. Tentu sahaja aku tidak menolak.Kedatangan aku ke sana

Terus melangkah!

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Ayah sudah tahu apa yang berlaku kepada aku. Aku redha dengan keputusan yang telah diputuskan sebab semuanya berpunca daripada aku. Allah beri apa kita usaha. Allah sentiasa berikan yang terbaik, walaupun nampak seperti buruk. Aku teringat kata-kata ustaz Ebit Yew. Ya, aku jadi terusik saat mendengar bicaranya. Kisah kawannya yang perlukan lima tahun untuk habiskan ijazah, dan hikmahnya sangat besar. Ustaz berpesan, antara yang aku ingat: "walau apa yang jadi, ingat ada hikmahnya. Baik, buruk ada hikmahnya." "Kita kalau kita mahukan benda itu jadi pada kita, kena selalu sebutkan. Walaupun ia bukan yang kita biasa buat. Kasihan kalau ilmu disembunyi, apabila selalu sebut, kita akan mahu buat benda itu." (ini versi yang saya ingat, hanya makna saya tuliskan ayat sebenarnya, saya tidak ingat} Allah sudah berikan aku terlalu banyak peluang dan masih mem

Baucar Buku ...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Dua hari diperlukan untuk aku menghabiskan RM250 baucar buku yang diberi. :) Masa untuk membaca.

Hei, ini tulisan rapuan, tidak harus kau baca!

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. # ada ketikanya aku seakan-akan ragu dengan apa  yang aku putuskan, namun setelah aku yakin ini keputusan yang aku sendiri pilih. Aku terima. Akuketawa dan kembali senyum. Aku tidak boleh melayan perasaan tidak-tidak yang mengganggu diri dan teruskan kehidupan dengan senyum dan menyudahkan tugas-tugas  yang terbengkalai. # Sampai satu saat, kamu akan rindukan tangisan yang telah lama tinggalkan diri kamu. Dan bila saat itu tiba, carilah sudut paling sunyi yang hanya ada kamu dan Dia, dan lepaskan semua rasa hingga kamu LEGA dan dapat hidup lebih baik. # Selepas ini aku akan berterus terang akan statusku jika ada yang bertanya. Kata kakak, aku yang ambil keputusan, aku mesti hadapi dengan berani.  # Perasaan cemburu sering hadir dalam  diri, segera aku padamkan. Allah beri yang terbaik pada aku dan sentiasa memberi yang terbaik. Aku pilih jalan ini, aku pilih lorong

Tiga Hari Lepas ...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Sabtu. Pijak sahaja bumi Kuala Lumpur, aku terus jejakkan kaki ke Pesta Buku 1 Malaysia. Sempat tinggalkan mesej kepada Hazlina, "dapat beli sebuah buku pun jadi." dan dibalas dia, "kita tengok." Satu buku yang dikata menjadi empat buah buku dan beberapa buah majalah. Pejamkan mata, tahan diri daripada membeli. Terima kasih Nur Suhada temankan ke sana. Semoga ketemu lagi. Hari ini. Selesai memindahkan barang ke tempat baharu. Tamatlah kembara aku di bumi UIA. Masuk menggunakan pintu hadapan, keluar melalui pintu belakang. Berani buat berani tanggung. Ada jalan lain, perchaya! Esok, esok dan esok. FFSD menelefon pagi tadi. Booth sudah dipastikan. Hanya perlu bayar dan ambil kunci nanti. Buat kawan, selamat meneruskan pengajian dengan cemerlang. :) Terima kasih menerima saya sebagai teman kalian selama saya di sini. Kalian peneman perjalanan dan pemb

Bicara Pada Angin ii

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. I) suatu hari nanti Pena yang sedang melakarkan kata-kata akan kehabisan dakwatnya sedang hati akan terus berbicara perihal semua perkara semuanya... II) menyoal diri sendiri soalan-soalan yang hanya dapat dijawab hati sesungguhnya perubahan tidak terjadi tanpa dimula diri sendiri. III) selamat datang ke dunia baharu. Apa kamu usaha, begitulah hasilnya. IV) Buku  & Internet Selalu buku dikalahkan masa bersama internet bahagia saat keputusan masa di alam maya, mengulit lembaran buku yang bercerita

(^___________________^)

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Sajak – Kampung Nurani Aku menginjak sebidang tanah kerinduan yang lama berkampung di hujung nurani kekal melirik abadi dalam nostalgia cinta hakiki di mana becak lumpur dan sekawan kerbau yang pernah hadir di dalam potret mimpiku simfoni angin dan tingkah merdu terkukur menghambat kenangan waktu berlarian di batas bendang menyusur denai pohon merakam pak tani menuai kasih pada tanah rezeki di situ kau berbudi yang melebat kasih insani di tanah perkebunan nurani menguntum manis keakraban intim sekampungan berganding menebas kecekalan yang bersawang di bumi kerukunan. Aku mencari sebidang tanah nuraniku yang perlahan-lahan dikambus waktu harum serambi tradisi yang sekian lama membenihkan pekerti dirampas cengkam kuku-kuku kemajuan yang entah dari mana berhembus membawa desir petualang dan rakus sumbang melatari potret kampung