27 December 2013

Rindu Tanah Bertuah i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

serak cahaya
kicau burung
gunung ditutup tirai putih
deru kenderaan seberang jalan

bermulanya hari baharu
hari ini!

Catatan Durrah: Dua semester sudah UIA aku tinggalkan. Tersedar yang ilmu tidak mampu diukur dengan sekeping sijil. Ilmu yang diperoleh dalam bilik kuliah, bagaimana dalam kehidupan ia diterjemah.

Bukan banyak mana ilmu ditimba, manfaat apa ilmu itu membina peribadi, berguna untuk diri, dipersembah pula untuk memberi. Yang paling bermanfaat ilmu yang diamalkan, bukan yang disimpan sendiri.

Semoga Allah merahmati para asatizah, muallimah, dr, guru-guru semua cikgu yang berjasa kepada diri ini. Ilmu yang ditaburkan, biar tidak semua tertangkap, semoga ada yang dapat disingkap!


271213
Istana Cinta IH


No comments: