28 December 2013

Disember Bulan Buku

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Lalu wang dalam poket dengan begitu mudah saat kaki menjejak lantai kedai buku. Setiap kali singgah harus ada yang dibawa ke kaunter pembayaran. Bukan tidak teringatkan barisan buku yang menantikan aku tunaikan amanah membacanya, kehendak itu tidak terhalang oleh diri sendiri.

Saat melihat deretan buku HAMKA di kedai buu 1Malaysia Puduraya (saya senang menyebutnya Puduraya daripada Pudu Sentral) memang jika boleh mahu mengambil setiap judul. Tahan diri.Cukup dahulu untuk gaji bulan ini, kita tunggu gaji bulan hadapan pula.

Dengan Big Bad Wolf, pesta buku, puku yang dibeli di pejabat, kedai buku, memang harus menambah rak dalam Kamar Cinta ini. Sekarang juga harus disusun atas lantai disebabkan ruang yang makin terhad. Susunan buku lebih tinggi daripada ruang baju.

Saat membaca, masih lambat. Pegang sebuah, beberapa bab, berpindah ke buku lain dan seterusnya. Banyak buku dibaca tidak sampai muka belakang. Tidak fokus, akhirnya melekat di laman maya.

Pastinya, tidak ada orang yang membeli buku tanpa hasrat untuk membacanya. Hanya cepat atau lambat.

1 comment:

Umairah. said...

serius ada deretan buku hamka?
aaaaaaa nakkkkkkk.
hehe

tulisan kali nie ada sesuatu yang lain. terasa ada 'sentuhan' yang lain. erm, entahlah. hehe

salam rindu :)