20 December 2013

Catatan Pendek Sela Masa

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


1
"Kerja apa sekarang?"
"subeditor,"
"belajar di mana sebelum ni?'
'SPM ja. :)'

Terdiam. Pembelajaran boleh berlaku di dalam kelas atau di mana-mana. ;)

2
"Dua nikmat yang sering dilupakan:
-sihat
-masa lapang.

*Allah, berikanlah kebaikan pada mereka yang sedang diuji. Hanya Engkau mengetahui rahsia segala sesuatu... Tidaklah kau uji selain mereka yang mampu!-19.12.13

3
Ialah dan adalah- dua rumus yang sangat tidak dikuasai...

4
Menerima e-mel atau mesej daripad kolumnis juga boleh membuatkan seorang editor tersenyum sendirian -19.12.13

5
Tidak ada yang membunuh kreativitimu melainkan dirimu sendiri. -9.12.13

6
Sampai masa, kau harus kembali terbang. Sebelum kau selesa mendarat di bumi.

7
Buku dan majalah antara agen kemerdekaan. Sekarang? Apakah fungsi buku dan majalah? Makin membebaskankah atau ...

8
Tuhan menguji atas apa-apa yang kamu cakap/tulis/lintas dalam diri. Ingat yang baik, buat yang baik, cakap yang baik. :) -4.12.2013

9
Seorang editor akan tenang melihat artikel yang ditulis dengan baik. *agaknya inilah perasaan seorang editor ketika mengedit karyaku. hm.

10
Hamparan sutera tidak disediakan. Berjalanlah di atas duri, kelak kamu akan hargai nikmatnya berjalan di atas pasir. Apatah lagi di atas karpet lembut. :)

11
Kau terlalu pentingkan diri sampai terlupa!

12
Idea. melintas hanya sekali. Ilham sekali. Catat sebelum sesal mendatangi diri.

13
Apabila hati enggan bekerjasama dengan mata dan akal untuk menyunting, selak-selak dan selak tapi, tak ada tulisan yang ditangkap mata, tak ada kata yang masuk di minda. (3.12.13)

14
Pengecut memang tidak ramai... ramai yang berani!

#beranilah bergerak untuk keluar!

15
Walau tiada yang melihat, Allah memerhati. Hati-hati.


***Rindu menulis di blog.
*Tulislah sebagai rutin, jika meninggalkannya, boleh hilang kemahiran itu!

1 comment:

Faarihin said...

Teruskan berkarya Ila Husna!

saya pun rindu nak menulis di blog selalu. tapi selalu aje tak ada idea. =)