Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Disember Bulan Buku

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Lalu wang dalam poket dengan begitu mudah saat kaki menjejak lantai kedai buku. Setiap kali singgah harus ada yang dibawa ke kaunter pembayaran. Bukan tidak teringatkan barisan buku yang menantikan aku tunaikan amanah membacanya, kehendak itu tidak terhalang oleh diri sendiri.

Saat melihat deretan buku HAMKA di kedai buu 1Malaysia Puduraya (saya senang menyebutnya Puduraya daripada Pudu Sentral) memang jika boleh mahu mengambil setiap judul. Tahan diri.Cukup dahulu untuk gaji bulan ini, kita tunggu gaji bulan hadapan pula.

Dengan Big Bad Wolf, pesta buku, puku yang dibeli di pejabat, kedai buku, memang harus menambah rak dalam Kamar Cinta ini. Sekarang juga harus disusun atas lantai disebabkan ruang yang makin terhad. Susunan buku lebih tinggi daripada ruang baju.

Saat membaca, masih lambat. Pegang sebuah, beberapa bab, berpindah ke buku lain dan seterusnya. Banyak buku dibaca tidak …

Rindu Tanah Bertuah i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

serak cahaya
kicau burung
gunung ditutup tirai putih
deru kenderaan seberang jalan

bermulanya hari baharu
hari ini!

Catatan Durrah: Dua semester sudah UIA aku tinggalkan. Tersedar yang ilmu tidak mampu diukur dengan sekeping sijil. Ilmu yang diperoleh dalam bilik kuliah, bagaimana dalam kehidupan ia diterjemah.

Bukan banyak mana ilmu ditimba, manfaat apa ilmu itu membina peribadi, berguna untuk diri, dipersembah pula untuk memberi. Yang paling bermanfaat ilmu yang diamalkan, bukan yang disimpan sendiri.

Semoga Allah merahmati para asatizah, muallimah, dr, guru-guru semua cikgu yang berjasa kepada diri ini. Ilmu yang ditaburkan, biar tidak semua tertangkap, semoga ada yang dapat disingkap!


271213
Istana Cinta IH

Catatan Pendek Sela Masa

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


1
"Kerja apa sekarang?"
"subeditor,"
"belajar di mana sebelum ni?'
'SPM ja. :)'

Terdiam. Pembelajaran boleh berlaku di dalam kelas atau di mana-mana. ;)

2
"Dua nikmat yang sering dilupakan:
-sihat
-masa lapang.

*Allah, berikanlah kebaikan pada mereka yang sedang diuji. Hanya Engkau mengetahui rahsia segala sesuatu... Tidaklah kau uji selain mereka yang mampu!-19.12.13

3
Ialah dan adalah- dua rumus yang sangat tidak dikuasai...

4
Menerima e-mel atau mesej daripad kolumnis juga boleh membuatkan seorang editor tersenyum sendirian -19.12.13

5
Tidak ada yang membunuh kreativitimu melainkan dirimu sendiri. -9.12.13

6
Sampai masa, kau harus kembali terbang. Sebelum kau selesa mendarat di bumi.

7
Buku dan majalah antara agen kemerdekaan. Sekarang? Apakah fungsi buku dan majalah? Makin membebaskankah atau ...

8
Tuhan menguji atas apa-apa yang kamu cakap/tulis…