27 November 2013

Sebelum Hujung Tahun

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
  • Berada dalam dunia kerjaya yang anda minat adalah "rezeki" yang tidak semua orang peroleh. Tetapi bukan hanya minat yang utama, kesediaan untuk belajar menjadikan seseorang lekas maju ke depan. 
  • Andai benar, kamu cinta, mengapa tidak dilakukan sepenuh jiwa. Masih lompangnya terlihat sini dan sana. Ingin sekali aku suarakan padamu, bahawa cinta tidak bawa ke mana andai tiada komitmen pada dengan kerjaya.
  • Istiqamah. Ringan di bibir berat dipraktik.
  • Buku baharu. buku baharu. buku baharu. Oh, editor Solusi sudah terbitkan buku beliau, Buku uji minda berkaitan al-Quran. Hanya RM10. Cemburu.Fuh!
  • Membaca hingga terlena atau terlena sebab membaca? Selalu. Nampaknya buku "asyik" diri membaca sebenarnya. Banyak main-main! Sedang masa terlalu suntuk.
  • Terlalu banyak amaran yang tidak diri endahkan. Bahaya! 
  • Alirkan cas positif dalam diri!
  • Bulan 12 bulan berbengkel. Banyak bengkel, kursus untuk disertai. Setiap tahun berbengkel hasilnya belum nampak. Hati belum nekad.
  • Seorang penyunting harus sensitif dan lebih sensitif.

25 November 2013

Conteng-conteng (^_^)


Banyak perkara yang Dia berikan dalam hidup, namun kita lupakan dan mungkin sengaja melupakan tanda-tanda yang Allah tunjukkan sepanjang kembara kita di sini. Allah Maha Adil kepada setiap hamba. Tidak akan sesekali Allah berlaku zalim, hanya manusia itu yang berlaku zalim kepada diri sendiri.

Mendengar memberi ingatan baharu buat diri. Banyak bicara kadang perlu, namun dia memilih untuk membisu dan mendiamkan diri. Seperti hari ini. Kaku dan membeku dalam keramaian manusia. Mengeraskan diri di kerusi sampai masa untuk pulang. Sering hadir dalam kepala, sepanjang masa bekerja, berapa lama masa berkualiti sebenarnya yang ada? Bukan sekadar jam berada di pejabat, tetapi kualiti kerja. Sudah genap 9 bulan (25 November) aku bergelar seorang penolong editor... Sesuatu yang dahulunya hanya ada dalam mimpi, dan Dia izinkan aku berdiri dalam daerah ini..

Tahniah dan berkalung-kalung tahniah, teman. Bergelar graduan UIAM yang pastinya menjadi idaman ramai. Alhamdulillah, tidak aku bergelar graduan UIA, namun pastinya banyak yang aku belajar selama menjadi penuntut di situ. Dua tahun matrikulasi, tiga tahun Gombak, akhirnya, aku keluar menggunakan pintu belakang (ditolak keluar sebenarnya kerana tidak layak berada di bumi UIA). Yang pasti, masyarakat perlukan jasa kalian...

Tidak pernah aku bersedih, sebab rezeki ada banyak jalan. Ya, sekarang makin banyak hadir di telinga jawapan, kata-kata dan bisikan agar kusambung semula pengajian (insya-Allah, 2014), Dia juga yang mengaturkan paling baik untuk seorang aku. Yang penting, harus aku teruskan kembara ini.

Dua hari lepas. Aku mengikut temanku ke bumi UPM. Menikmati "suasana UIA" di sana. Allah. Penuh dewan semasa forum berlangsung.

Orang lain akan sentiasa bergerak ke depan, sebab mereka hebat. Aku bergerak dengan caraku, sebab setiap orang dibekalkan dengan cara berbeza. Ya, aku teruskan perjalanan yang bermula, selagi ada izin-Nya.

Cemburu denga orang lain? Pandang jauh-jauh dalam diri. Nikmat apakah yang mahu kau dustakan lagi.

...
contengan bersambung.
251113

21 November 2013

Dua Dunia

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Lapan bulan. :)

Dunia editor dan penulis.

Dunia yang nampak dekat, sebenarnya ada sempadan memisahkan! Saat kamu asyik menulis, ketepikan seketika sisi editor untuk memberi ruang penulisan itu lancar. Selesai menulis, pegang pula peranan sebagai editor karya sendiri. Suntinglah karya tersebut sampai kamu puas hati sebelum dihantar ke rumah penerbitan. Editor gembira menerima karya yang bersih. ;)

# 2004, saya menghantar cerpen pertama yang meleret dan terlalu lewah. Rasa saya, lebih separuh yang terpaksa dicantas editor kerana terlalu panjang untuk dimuatkan dalam Dewan Siswa, dua muka cerpen. Terima kasih tuan editor yang mencantikkan karya itu.. Sekarang, sedikit faham peranan editor. :)
# Pernah juga menghantar karya bertulisan tangan (biasalah, anak sekolah). Ada editor yang baik hati menyiarkannya... Kasihan pula beliau harus menaip semula. (Sekarang, ada juga menerima karya bertulisan tangan, malah ada yang menaip sendiri. Subhanallah, usaha mereka!)

(Facebook Jamilah Mohd Norddin)

20 November 2013

Asyiknya Menulis Tangan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

"Walau banyak gajet canggih, menulis dalam buku nota lebih memberi 'rasa'."


Rasa tak hadir secara spontan atau tidak dijangka. Mungkin, ada ketikanya. Seringnya rasa harus dicari atau 'rasa' itulah yang mencari diri. Seperti menulis dalam buku nota atau gajet canggih. Rasanya akan lain. Menaip dalam laptop dan meluahkan dengan tulisan diri dalam diari atau buku catatan, perasaannya lain. Ada lebih, ada kurangnya.

Bila menulis dalam buku catatan, kamu bebas dan tenang menulis tanpa gangguan papan kekunci. Ah, sekarang orang tidak main tekan-tekan, semuanya menggunkan jari. Banyak sudah alatan canggih (hanya aku masih tradisional)

Risiko menaip tanpa dicetak untuk simpanan ialah kehilangan. Bayangkan gajet itu rosak, semua yang tertulis hilang. Memanglah menjimatkan masa, hanya mahu aku sebutkan yang buruknya dahulu. Lebihnya sendiri banyak, jimat masa, tenaga menulis tangan, salah senang dipadam dan tulis semula...

Macam dahulu. Menulis cerpen sahaja menggunakan tulisan tangan. Enak sekali!

Alasan!

Memang suka sekali aku mencari dan terus mencari alasan.



*sekarang orang tak main telefon genggam nak mahu menaipnya dengar sebatu. Skrin sentuh! Itu bagus! Hanya aku yang masih mengumpul syiling, menyempurnakan hasrat. Yang didapatkan dengan payah itu kan lagi manis. :)
***ASWARA, kadang hati berbelah, ketikanya mula nekad. Kata Suhada, pinta pada Dia. Ya, semoga Dia tunjukkan jalan terbaik buatku. ASWARA atau TBSB... untuk masa depan...
**Jadika menulis rutin harian (ustaz Pahrol)

17 November 2013

Tahniah!

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


2013,
Majlis Konvokesyen aku hadiri,
meraikan graduasimu kali kedua,
bersambut dengan mawar merah jambu,
yang disambar segera
saat mesejmu tiba, "dah keluar dewan."
Tahniah, kakak.
Lima kuntum itu, mewakili kita; lima orang puteri ayah...
Bebunga kecil itu.. anak-anak buah yang memeriahkan hari kita.

"menghadiri dan meraikan kebahagiaan orang lain memberikan kebahagian buat diri."

2013,
(bekas) batch aku majoritinya bergelar graduasi,
Melihat nama kalian dalam buku konvo, aku tumpang gembira.
Kalian sudah melepasi satu fasa dengan kejayaan bermakna.
Sedang aku "melepaskan diri" daripada fasa itu dengan jalan yang aku pilih,
kebahagiaan itu banyak jalannya; itulah kebahagiaan yang sedang kita raih.

Lambat atau cepat, berkaitan masa... Saat itu akan tiba, insya-Allah, selagi nyawa dipinjam Dia.

Ada berjaya aku ketemu, ada yang hanya dapat diucp kata; jodoh bertemu mata bukan milik kita.
Semoga kalian berjaya dalam bidang yang diceburi selepas ini,
mutiara-mutiara UIAM.

17 November 2013, Facebook.

15 November 2013

Rezeki

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Solusi 60

Allah mendatangkan pertolongan dalam bentuk yang pelbagai. Tinggal diri mahu menyedarinya atau tidak. Malah, ada masa kita menutup mata akan pertolongan yang Allah turunkan buat kita.

i
Wang dalam dompet hanya cukup untuk tambang pulang, tiba-tiba kawan sebelah kita tawarkan diri menumpangkan. Bukankah ia suatu rezeki.

ii
Sedih sebab sesuatu, kemudian datang seseorang yang berikan sebatang ais krim dan mengajak kita berbicara. Bukankah itu membantu kita mengusir kesedihan.

iii
Tidak dapat yang mahu, Allah beri yang lebih baik.

Kita hidup dengan sifat al-Rahman, al-Rahim dan 97 lagi nama-nama Allah, yang mana rahmat-Nya meliputi seluruh alam. Dalam saat kita derhaka atau taat, Tuhan beri nikmat. "Nikmat apakah yang mahu kamu ingkari."

Senyum dan ucap alhamdulillah.

12 November 2013

Tentang Beberapa Perkara

Berebut-rebut kata-kata mahu ditekan jemari bersepuluh setelah separuh bulan tidak menyentuh Asus ini.. Walau tidak semua dapat aku lemparkan melalui kata-kata, biarka sejenak jemari tetap mengetik satu demi satu kata-kata untuk diri sendiri. Oh, gadis sunyi ini masih memilih untuk bercerita tentang diri walaupun dinaihat berkali-kali untuk tidak menulis tentang diri sendiri.



i
Petang sebelum gadis itu pulang ke kampung. Pagi yang indah, petang bermata merah. Hanya serbaris kata yang mengundang tangisan di tandas pejabat. Ah, sekeras mana hati gadis, ada saat walaupun dicuit sedikit luruhlah mutiara jernih di dua pipinya. Tangisan yang tidak mampu ditahan-tahan. Dan dia membiarkan... Petang itu jadi sepi dan sunyi.. untuk gadis itu. Dia dia membatu, keras di meja.

Oh, ada benda yang orang lain mampu ada dan kita tidak mampu miliki. Keperluan bagi seseorang kehendak bagi si gadis. Ringan sekali mahu menaipkan peristiwa itu, namun biarkanlah angin yang menerbangkannya jauh-jauh daripada ingatan.

ii
Minggu ini kawan-kawan akan graduasi. Dapatkah aku tahankan diri untuk tidak menangis lagi? Kuatkah aku yang kononnya mahu ke UIA melihat mereka graduasi. Ya, ini pilihan hati. Tetapi kuatkah hati? Hoyeh! Aku mampu hadapinya. Senyum. :D

iii
18 Muharam, angka berinjak...

iv
Aku selalu lari. Entah mengapa, aku terasa semacam mahu larikan diri dan duduk di satu sudut sunyi yang hanya ada aku dan diri. Terperosok di satu sudut untuk aku perhatikan diri. Namun aku mesti berdiri. Dalam dunia ini,  aku masih terfikir apa yang aku sumbangkan. Ya, aku bahagia! Bahagia dengan kerjaya yang aku miliki.

vi
Sambung belaajar. Setiap hari tidak terlepas aku memikirkannya. :( ASWARA. Atau ke mana akan aku langkahkan kaki sebenarnya.... Ada saat aku mahu berhenti memikirkannya namun aku tahu aku tidak boleh berada di sini lama-lama, sebab aku bukan sesiapa. Aku singgah mencari pengalama dan memenuhi kecintaan... Sampai masa aku akan pergi..

121113
Kamar Cinta IH