01 October 2013

Mengutip Kenangan


"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


sememangnya masa, kenangan dan semua yang berlalu tidak boleh berulang,
satu demi satu meninggalkan diri.
Terima kasih atas semua kemanisan.

Mac-Oktober.
Apa sudah aku pelajari?
Sedang aku masih aku, pelaku rutin.
Kataku suka, benarkah aku suka?
Ikhlas, kukuhkah ia tersemat dalam diri?

Sehari,
Kau tarik nikmat bernama kesihatan,
barulah tersedar berapa lama hidup dalam kesenangan,
semuanya tidak dikisahkan
sampai ditarik sedikit demi sedikit, meninggalkan diri.

Aduhai,
diri, berhati-hati dengan diri sendiri.

Banyak kisah yang tidak dan belum dikisahkan.
Tentang Selasa yang tidak selesa,
air mata yang mahu merembes tetapi tertahan di mata,
mahu bercuti jauh daripada mata-mata,
pulang bertemu yang tercinta.

Suatu masa,
sekarang,
tidak sama.

Buat seseorang,
maaf sering menyusahkan kamu dengan ulahku
yang mahu bercerita semua.
Entah, aku senang bercerita denganmu,
sedang yang di depan mata
tidak aku ceritakan,
tidak sampai hati,
tidak tercerita.

Minggu ini berlalu dengan pelik
diri aku yang makin pelik!
Sekeliling yang sama,
tetapi aku ingin menjerit pada semua
Ingin diam dan bisukan diri
Mahu pandang PC tanpa toleh sisi.

# Zaman sekolah, aku suka menulis tentang hari-hari, perasaan, dan sekarang makin kurang. Mungkin harus kembali aku coretkan supaya ia kekal di sini.





No comments: