Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Salam Muharam 1435

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Selamat datang langit Muharam.
Engganlah aku menuliskan azam baharu,
mahu meneruskan keazaman lama, jadikan satu realiti.

1435 bakal menjengah diri
18 Muharam makin hampir,
tidak sampai sepurnama,
usia yang makin meningkat;
ilmu yang makin banyak perlu digali
buku-buku yang mesti kau baca,
akhlak yang perlu dijaga
diri yang dibelai dengan keindahan Islam.

Ingatkan diri untuk mencintai cinta paling utama.
Kecintaan yang dizahir  dengan perbuatan!

# walau si camar kecil, akan dia tetap menongkah langit tinggi. Pejamkan mata pada perkara itu, luaskan mata untuk masa depan. :)
# Jemput baca artikel kecil saya dalam Solusi 61, m/s 34 dan Vice Versa juga.


Oh, Contengan Lagi Yang Dituliskan.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

11 Oktober 2013 entri terakhir yang aku catatkan di sini. Semestinya tidak akan aku tinggalkan laman ini terlalu lama tanpa menitip sebarang khabar berita. Diari lama yang sudah hampir enam tahu beroperasi dengan berkali-kali menukar domain, url dan profile name. Akhirnya, aku memilih Jamilah. Jamilah, nama terpilih untuk seorang aku. Jamilah itu aku. Aku itu Jamilah.

Catatan 1
8 bulan melewati denai kerjaya, meretangkan aku realiti dunia walaupun ruang kerjaku hanya dalam pejabat. Mengenali manusia-manusia hebat yang ada di sekeliling, seakan-akan aku camar kecil yang terbang di suatu ruang angkasa yang luas. Kekerdilan diri yang makin membuatkan aku menyunyikan diri dan makin payah untuk suara terkeluar untuk menutur kata. Alangkah! Allah menghantarkan aku ke suatu tempat untuk aku belajar mengenal dan mengerti banyak perkara.

Catatan 2
Adakah jika aku masih menuliskan hal itu bere…

i, ii, iii, iv

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

i Saat hati ditimpa keliru, rayulah pada yang Satu yang setia mendengar setiap keluhan kita. Tidak akan dihampakan, ditunaikan walau dalam bentuk apa sekalipun, Dialah Yang Maha Pemberi.
ii kesakitan tidak lama sebab ia akan pulih, dipulihkan masa dan suasana, peliharalah hatimu, sejahteralah jasad.
iii penulis perlu pandai promosi buku. itu hakikat!

iv Tuhan melorongkan jalanmu berada di atas jalan cinta ini, manfaatkan sebelum ia tinggal kenangan.
:)
Jumuah barakah.

Dari Dalam Diri

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Tanggungjawab hadir dahulu sebelum mimpi. Yang ada di depan matamu itulah namanya tanggungjawab. Lantas, mengapa kamu melarikan diri daripada tanggungjawabmu itu? Katamu, kamu hanya mahu bebas melepaskan diri sendiri. Sedang diri di dunia tidak akan bebas jika dalam hatinya ada cinta. Cinta pada pemilik cinta yang melahirkan cinta-cinta yang lain. Adakah kam kenal Dia yang seterusnya melahirkan Cinta pada Dia. Kamu tahu, sejauh mana kamu berlari, bayang-bayang tetap ada dalam diri kamu. Semalam terdengar kata-kata sahabat itu cermin buatmu! Dan kamulah cermin kepada sahabatmu. Perihal sahabat, aku akan mati kata melantunkan bicara tentangnya sebab aku tidak pernah lagi pun berusaha menjadi seorang sahabat yang bernama sahabat. Allahu Allah.Allah menuliskan semuanya dalam al-Quran. Tinggal kamu yang selang-selang menatapmu. Percayalah, walau hanya satu ayat kamu hayati, ada berkatnya..…

Nota untuk sahabat i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Nota ini aku layangkan buatmu,yang bernama sahabat.
Sahabat yang tidak berkira atau berkira-kira dengan aku,
yang ada saat aku perlukan seseorang di sisi,
mendengar bicara, keluhan dan kata-kata,
menasihatkan saat diri tersasar daripada kewarasan.

Buatmu yang bernama sahabat,
tidak lama lagi kamu akan bergelar graduan,
dan aku,
bukan graduan uia, 
hanya berteduh, menitip ilmu, 
mengenalimu sahabat.

Dalam banyak bicara, dalam diamnya aku,
kau selalu mengambil tahu dan bertanya,
tidak berhenti menyoal keperluan aku.
Ah, saat aku diamkan diri sebab tiada duit mahu beli makanan dan aku segan untuk meminta pada orang lain, kau bertanya, belikan makanan walau aku cuba berdegil!
Sungguh aku malu terlaly banyak menerima, sedang apa yang pernah aku berikan padamu sahabat.

Suatu ketika,
aku pernah menangis kerana suatu perkara,
dan tidak dapat aku luahkan pada sesiapa,
menghantar mesej yang tidak berbalas,
mahukan…

Durrah Nur Aqilah: Masa untuk Ke Sana

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


"Aku nak baca buku, tapi tak ada masa."

"Aku nak menulis, tapi tak ada idea."

"Aku bukan tak nak buat, tapi tak ada semangatlah."

"Aku nak jadi baik, tapi nanti orang kata aku nak menunjuk."

Ada ketika, kita terlalu menghiraukan kata-kata orang sekeliling sampai lupa kata-kata yang lahir dalam diri. Untuk semua alasan, hanya ada satu kata sebagai jawapan. Mahu. Sekiranya ada kemahuan dalam diri semua halanga dapat diatasi.

Tidak akan terlahir melainkan dicari. Kata ustaz Fauwaz dalam usrah lepas, kalau tak ada idea, baca al-Quran. Dalam seminggu berapa hari kau baca al-Quran, sedangkan banyak mana pula masa depan laptop dan facebook.

Tidak boleh berhenti menaihatkan diri sendiri. Sentiasalah berusaha dan terus berusaha membetulkan diri sendiri. Yang penting, berusaha dan iringkan dengan doa sebab doa senjata seorang Mukmin.

Memang harus ada satu masa, …

Mengutip Kenangan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


sememangnya masa, kenangan dan semua yang berlalu tidak boleh berulang,
satu demi satu meninggalkan diri.
Terima kasih atas semua kemanisan.

Mac-Oktober.
Apa sudah aku pelajari?
Sedang aku masih aku, pelaku rutin.
Kataku suka, benarkah aku suka?
Ikhlas, kukuhkah ia tersemat dalam diri?

Sehari,
Kau tarik nikmat bernama kesihatan,
barulah tersedar berapa lama hidup dalam kesenangan,
semuanya tidak dikisahkan
sampai ditarik sedikit demi sedikit, meninggalkan diri.

Aduhai,
diri, berhati-hati dengan diri sendiri.

Banyak kisah yang tidak dan belum dikisahkan.
Tentang Selasa yang tidak selesa,
air mata yang mahu merembes tetapi tertahan di mata,
mahu bercuti jauh daripada mata-mata,
pulang bertemu yang tercinta.

Suatu masa,
sekarang,
tidak sama.

Buat seseorang,
maaf sering menyusahkan kamu dengan ulahku
yang mahu bercerita semua.
Entah, aku senang bercerita denganmu,
sedang yang di depan m…