"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Lokasi: KFC KL Sentral.
Gadis yang sedikit kalut kerana mengejar kereta api yang bakal tiba tidak sampai setengah jam memesan Snack Plate dan Hot Box sebagai bekal dalam perjalanan selama 12 jam menuju Butterworth. Dia hanya sendiri, mahu pulang ke kampung halaman, menghadiri perkahwinan kakak. Dan tangannya sedikit bergetar. Demikian yang selalu terjadi jika dia kalut atau hanya sedikit kalut.
Makanan dipesan siap terhidang. Ditolak sedikit ke tepi.
"Splashhh."
Air yang dipesan tumpah di atas kaunter pembayaran. Dia tunduk.
"Maaf." Hanya itu terlafaz. Dada semakin berombak, hati resah dan tangan makin terketar.
"Tak apa." Dan dengan sabar jejaka penjaga kaunter mengelap air yang tertumpah. Pahala buatnya.
.. dan semalam saat terlihat semula jejaka itu bertugas di kaunter pembayaran, ingatan air tumpah terbayang. Dia boleh memilih untuk marah, tetapi dia memilih untuk sabar dan meneruskan tugasannya.
Itu wajah pertama aku lihat dalam perjalanan malam itu.
Lokasi: 4A, koc kelas ekonomi, KTM Senandung Langkawi.
"Makanan, siapa mahu makan."
Aku sedikit mamai. Baru bangun daripada terlelap buat seketika. Mengantuk tidak dikira walau di mana-mana, asalkan sahaja dia mahu tidur, mata terus terpejam.
Memang hajat mahu membeli minuman walaupun tahu harganya lebih mahal, belum sempat akak di sebelah bertanya; "mahu minum apa? Makan?"
Setelah minuman diberi .. "Kira sekali."
Dan kakak bertudung ungu itu membayarkan minumanku sekali. Semoga permudahkan urusannya.
Lokasi: Stesen KTM Butterworth
Aku tidak tahu arah dituju. Sendirian. Jam enam aku mahu ke terminal bas.
"Adik, mahu pergi mana." Pengawal keselamatan yang melihat aku berjalan dalam gelap menegur.
"Stesen bas."
"Belum ramai orang.. bla.. bla.. bla.."
Pak cik itu melihat keadaan di stesen bas sebelum kembali dan mengiringi aku ke sana.
... Ah, angkara tidak mencatat, sudah hilang sebahagian wajah yang terlukis dalam perjalanan. Hanya kisah ini dapat aku imbau.

Comments
Jom raya haji balik naik tren. Turun Butterworth ^^
Teruskan menulis Ila Husna! suka saya membacanya.. =)