28 September 2013

Suatu Hari Dia Tertanya-tanya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.



Berat mulut, pendiam, dan pasif itu sinonim dengan pemilik nama Jamilah Mohd Norddin. Berperibadi keras dan kaku, matanya menghadap PC walaupun akalnya entah di mana berterbangan. Kadang ada persoalan dalam dirinya yang mahu terluah,namun dia rela diamkan! Tentang dunia kerjaya. Keberkatan dalam dunia bekerjaya. Dia keliru dengan diri sendiri yang sedang menempuh dunia kerjaya. Bagaimana sebenarnya maksud cuti tulang? Apa sebenarnya yang tidak patut dial lakukan pada masa bekerja?

6 bulan dia berada dalam dunia realiti bernama dunia kerjaya, ternyata dia masih jahil. Jahiil yang dia tidak tanyakan pada orang lain. Kejahilan yang dia sorok dalam diri sendiri.

Ya, nilai keberkatan wang gaji yang diterima saban bulan bukan hitungannya pada angka semata-mata. Dimanakah duit itu terlabur dan melebur? Dia ingin mengeluarkan soalan-soalan ini, namun dia tidak punya keberanian untuk menyatakannya.

Mungkin sebab kau tidak dekat dengan Tuhan, maka hubungan engkau dengan manusia sering bermasalah. Tapi, sebenarnya, Allah sudah banyak mempermudah...

27 September 2013

Senang sekali keputusanku berubah

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

apabila tergerak mahu melakukan sesuatu, dengarkan bicara hatimu itu... 

Kononnya mahu beraya di sini, alasannya tiada cuti.
Akhirnya, Allah campakkan satu rasa.
Bagaimana jika ini terakhir?
Lalu, aku ambil keputusan ini,
KL Sentral ditujui,
Tiket KTM jadi pilihan,
elak bertambah cuti dan jammed.

Terima kasih dengan perasaa itu.

20 September 2013

Solusi 60

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.



tulisan kecil Jamilah Mohd Norddin,
Solusi 60,
terbaharu di pasaran. :) 

18 September 2013

Wajah-wajah Dalam Perjalanan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Lokasi: KFC KL Sentral.
Gadis yang sedikit kalut kerana mengejar kereta api yang bakal tiba tidak sampai setengah jam memesan Snack Plate dan Hot Box sebagai bekal dalam perjalanan selama 12 jam menuju Butterworth. Dia hanya sendiri, mahu pulang ke kampung halaman, menghadiri perkahwinan kakak. Dan tangannya sedikit bergetar. Demikian yang selalu terjadi jika dia kalut atau hanya sedikit kalut.

Makanan dipesan siap terhidang. Ditolak sedikit ke tepi.

"Splashhh."

Air yang dipesan tumpah di atas kaunter pembayaran. Dia tunduk.

"Maaf." Hanya itu terlafaz. Dada semakin berombak, hati resah dan tangan makin terketar.

"Tak apa." Dan dengan sabar jejaka penjaga kaunter mengelap air yang tertumpah. Pahala buatnya.

.. dan semalam saat terlihat semula jejaka itu bertugas di kaunter pembayaran, ingatan air tumpah terbayang. Dia boleh memilih untuk marah, tetapi dia memilih untuk sabar dan meneruskan tugasannya.

Itu wajah pertama aku lihat dalam perjalanan malam itu.

Lokasi: 4A, koc kelas ekonomi, KTM Senandung Langkawi.

"Makanan, siapa mahu makan."

Aku sedikit mamai. Baru bangun daripada terlelap buat seketika. Mengantuk tidak dikira walau di mana-mana, asalkan sahaja dia mahu tidur, mata terus terpejam.

Memang hajat mahu membeli minuman walaupun tahu harganya lebih mahal, belum sempat akak di sebelah bertanya; "mahu minum apa? Makan?"

Setelah minuman diberi .. "Kira sekali."

Dan kakak bertudung ungu itu membayarkan minumanku sekali. Semoga permudahkan urusannya.

Lokasi: Stesen KTM Butterworth

Aku tidak tahu arah dituju. Sendirian. Jam enam aku mahu ke terminal bas.

"Adik, mahu pergi mana." Pengawal keselamatan yang melihat aku berjalan dalam gelap menegur.

"Stesen bas."

"Belum ramai orang.. bla.. bla.. bla.."

Pak cik itu melihat keadaan di stesen bas sebelum kembali dan mengiringi aku ke sana.

... Ah, angkara tidak mencatat, sudah hilang sebahagian wajah yang terlukis dalam perjalanan. Hanya kisah ini dapat aku imbau.

11 September 2013

Nota Usrah Cinta iii

Hari ini kami menyambung perbincangan surah Taha bermula ayat 71. Sebuah surah yang di dalamnya ada kisah Nabi Musa dan Firaun.



Ustaz mulakan dengan  mendefinisikan kebebasan
"kebebasan itu keluar daripada belenggu kemanusian."
Seperti ahl al-saharah (ahli sihir pada zaman Nabi Musa) yang "menjual diri" demi Allah. Mereka yang sanggup diancam keimanan mereka demi cinta Allah. Lihatlah bagaimana mereka diuji. Jika kita?  Diuji kerana masuk asrama? Ujian yang sanga kecil tetapi mengeluh, seolah-olah kehidupan bukan lagi milik kita.

[Siapakah kamu untuk menjerit sekuat hati, marah, hati terasa remuk kerana ujian yang lebih kecil daripada hama]


Antara isi-isi yang sempat dicatat buat perkongsian:

  • Insan pada hakikatnya beragama secara tabii. Agama memerlukan iktikad dalam hati.


  • Allah membeli diri orang beriman dengan pertukaran SYURGA. 
  • Mengapa benda lain yang lebih kamu suka berbnding Allah?
  • Apa kebanggaan iman kamu? Apa yang sudah kamu lakukan untuk Islam?
  • Kamu tenang dengan "makar" Allah.
  • Kita memiliki iman yang simple yang tidak boleh diuji dengan sesuatu.
  • Kita manusia yang memberontak saat diuji
  • Ayat al-Quran membincangkan realiti bukan idealisme sahaja!
  • Kita dilanda penyakit tidak tahan ujian.
  • Tanda Allah sayang adalah saat kamu diuji.
  • Sedang, umat zaman dahulu diuji dengan bermacam-macam ujian. 
  • Orang yang boleh membawa risalah Allah yang sempurna ialah orang yang sempurna.
  • Maqasid iman.
    • Keampunan.
    • Membuang belenggu ketakutan
  • Tentang kebaikan, apa kebaikan sudah kamu lakukan selain tugas hakiki kamu?
  • Saat kamu membaca al-Quran, al-Quran sedang mengedit kita. Sedang saat kita baca buku, kita mengedit orang.
  • Allah beri kita hati untuk merindui Allah dan menerima ilmu.
sumber: Usrah bersama ustaz Ahmad Fauwaz. 
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


pada saat kata-kata tidak mampu bersuara
diam, diam dan diamlah
sampai kata-kata itu kembali
diam yang hanya diam,
diam yang anggota lain terus berbicara
diam daripada
medan yang tidak henti berkata-kata
dan masuk dunia seberang sana...

tidak selamanya diam akan hanya diam
sebab
diam ada batasnya
seperti bisingnya seseorang akan ada diamnya.


# Solusi 60 sudah masuk kilang, meneruskan edisi seterusnya. :) Boleh baca lagi tulisan cik Jamilah.
# Masa balik kampung, menghadap ayah... Setiap bulan ambil cuti. :)
# Separuh masa pertama berakhir sudah, 6 bulan aku di Majalah Solusi
# Banyak kata, banyak diam.
# Masa berjalan depan, aku juga!
# Dalam malu-malu, aku jadi jadi somebody!

06 September 2013

Bicara Tentang Tulis i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

"Ustaz, bagaimana mahu cakap dengan orang yang minat menulis tapi, suka beralasan untuk tidak menulis?"

Ustaz Pahrol: Mulakan dengan tulisan yang dekat dengan diri, dengan jiwa. Tak bolehlah mula dengan tulisan yang berat, nanti rasa susah. Jadikan menulis sebagai terapi. Tulis dan tulis, kemahiran berbahasa itu akan datang kemudian. Belajar untuk meluahkan dengan tulisan.

"Ustaz ada cadangan buku yang menarik untuk dibaca?"

Ustaz Pahrol: Bacalah buku HAMKA. Tidak kiralah Falsafah Hidup, atau apa-apa sahaja.

*** Soalan lama tersimpan dalam diri akhirnya terluah. Dalam ketaran suara saat berbicara, aku lontarkan jua. Setahun (insya-Allah) perjalanan di sini, semoga akan ditemui kembali 'sesuatu' dalam diri yang mencari ruang munculkan diri. Tiada alasn untuk tidak menulis lagi! Mulakan kembali mencurahkan yang terlintas dalam bentuk tulisan. Dalam seribu kata, pasti ada satu yang terkesan di jiwa. (4.9.13)

05 September 2013

5 minit: Ingat-ingatlah Diri

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Awak tahu, manusia sering berada dalam keadaan keluh kesah melainkan dalam hatinya ada mawaddah. Detik ini, aku mula rasa bahagia melihat mereka yang meminta sedekah; tidak punya hutang. Mencari duit dengan menyanyi di stesen kereta api, menjadi badut, dan melihat penjual di kaki lima. Wajah bahagia terpamer dalam kekusuta zahir. Sedang diri yang bekerja 8 jam di bawah penyaman udara, gaji empat hingga angka, masih dibelenggu gelisah.

Alangkah indahnya jiwa yang senantiasa ada dalam dirinya, Allah. Setiap kata, perbuatan, diam dan tindakan kerana Allah. Gaji kecil, syukur. Gaji besar, tambah sedekah dan ke jalan Allah dia melabur. Sering pula manusia berada dalam situasi dia tidak bersyukur.

Sentiasalah gaji tidak akan cukup selama mana tiada kata syukur meniti bibir apatah lagi dalam diri. Nilai syukur, ada sedekahnya. Kerana syukur, banyak berinya.

Lantas awak teringatkan situasi diri. 6 bulan sudah bekerja, namun wang dalam simpanan tiada. Setiap bulan, ada sahaja wang mengalir demi diri.Bukan kerana buku atau ilmu, tetapi perhiasan diri.Awak hanya sekali hulur pada mak ayah, hutang tetap bertangguh, sedang seharusnya, selagi ayah masih hidup, bukankah itu keutamaan?

Awak, lafazkan syukur, pasti bahagia!