Skip to main content

Nota tidak bertajuk

I
Tentang anak bongsu. Adakah kebanyakan anak bongsu perangai mengada-ngada seperti yang kau miliki? Perasaan tidak berkongsi dengan insan bernama adik, adakah itu puncanya sifat mengada dan tidak peduli yang ada dalam diri. Oh, kawan sekeliling (yang sedikit) yang aku ada kebanyakannya bukanlah anak bongsu melainkan mereka punya adik. Jika ada sekalipun mereka anak bongsu yang matang dan tidak bersikap seperti anak bongsu. Sedang aku memang lagak anak bongsu.

II
Perasaan sedih yang datang tiba-tiba beransur pergi sendiri sepertimana datangnya ia dalam diri. Akhirnya aku faham diri sendiri walaupun selama ini aku bukanlah seorang yang memahami laku sendiri. Berusaha memahami diri sendiri juga proses panjang, walau berada dalam jasad yang sama. Tidak semua orang memahami diri mereka sendiri, termasuk aku. Suka benar aku melakukan segala yang aku suka tanpa memahami diri dan kelibat orang asal. Kata orang, asal bahagia sudah!

III
“Hm, nanti dia kenduri di manalah pula agaknya biliknya.” Komen mereka yang melihat susun atur bilik dalam rumah aku. Alhamdulillah, kakak-kakakku semua menjadi milik orang lain. Dan aku? Oh, aku bernikah dengan penulisan. :) Ketakutan ada dalam diri sebenarnya walau ada angin-angin yang datang dan mulut menyebut hal pernikahan. Bukan dunia perkahwinan yang aku takut, melainkan melangsungkan sebuah majlis untuk menyatukan dua hati itu yang aku gusarkan. Mengapa? Tiada jawapannya untuk diri sendiri.

IV
Bilik impian aku. Aku tidak pernah inginkan bilik yang ada katil besar, almari solek bagai dan penuh hiasan. Cukuplah bilik yang dapat menampung rak-rak buku dan tersusun kemas buku yang aku miliki dalam bilik itu. Kalau boleh setiap penjuru bilik kiri dan kanan adalah rak buku yang penuh terisi. Ada sebuah meja tulis dan kerusi untuk menulis dan tingkap kecil untuk menghadap luar. Pemandangan sawah seperti yang aku lihat lewat jendela di kampung ini yang aku impikan. Indah pada pandangan aku,walaupun mungkin tidak pada mata orang lain. Bilik itulah namanya Kamar Durrah.

VI
Mimpi-mimpi semalam terjelma sudah menjadi realiti hari ini. Allah izinkan aku bergelar pelajar UIA (walaupun bukan graduan UIA), menjadi penolong editor di sebuah syarikat yang dahulu aku hanya pandang daripada jauh, memiliki sebuah buku yang tertulis di depannya nama ILA HUSNA, punya buku yang di dalamnya tertera nama Jamilah Mohd Norddin sebagai penterjemah (walau dari bahasa Indonesia), melihat nama sendiri di majalah... Tanpa izin Allah, tiada yang berlaku pada diri aku. Maka, seakan aku kini lupa bermimpi untuk esok. Esok yang aku perlu rancang warnanya hari ini


Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub