23 August 2013

Nota 20 Ogos 2013.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Ainul Salasiah Shafian yang menghadiahkan frame gambar yang kini terisi gambar kita berlima, (tahun lepas dihadiahkan aku cermin.) dan kiriman kad yang dibeli usai peperiksaannya yang terakhir sebagai pelajar Ijazah sarjana muda.

Kak Nor Atiqah Abd Talib dan Kak Nurul Amirah Abdul Rahim yang menyambut pagi 20 Ogos 2013 yang manis dengan sticky note dan hadiah yang manis. (sangat sedap dan manis)

Ee Emira Jimin) yang comel melukiskan gambar yang comel dan terus mahu ketawa melihatnya. (ketawa dalam hati)

Teman-teman sepejabat yang menitip ucapan yang mengharukan dan membuatkan aku hampir termenangis menerima pemberian dan ucapan bernilai itu. juga yang mengucapkan dengan lisan.

Rakan-rakan yang mengirim ucapan lewat mesej dan fb. Semoga Allah berkati kehidupan kalian.

Kakak-kakak yang tidak lupakan tarikh kelahiran si bongsu.

fi amanillah dan jazakillah khairan jazak buat kalian semua..

daripada:
jamilah mohd norddin a.k.a Ila Husna.

daun pohon kehidupan
makin menguning
tanda ketuaan.

terjatuhnya daun kehidupan
ke bumi
tanda diri tiada di bumi lagi.

namun
diberi peluang pada diri
betul dan betulkan diri
masih tidak sedar diri?

"ingat perkara yang tidak mahu dilupa."

No comments: