"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Setiap hari, aku luangkan masa membelek walau tidak menulis di blog ini. Blog yang memaparkan kisah sendiri dan tulisan yang ingin dikongsi. Saat tulisan lancar meniti di papan kekunci. Ketika terkunci jemari tanpa satu perkataan yang menari. Saat itu, aku terlupa bertanya khabar hati ... kutinggalkan hati sendiri, dan tidak diberi ubat yang sepatutnya, tinggallah hati gersang sendiri.
Catatan tertangguh perihal hari lahir, novel yang belum bersambung tulisannya, aku biarkan semua itu sekadar bermain dalam kepala. Ada suatu yang sedikit mengganggu. Bagaimana jika ditawarkan sekali lagi menyertai ASWARA? Bersediakah aku meninggalkan Telaga Biru dan dunia editing? Dalam mengejar impian, ada sesuatu yang harus dibebaskan.
Tahniah kawan-kawan yang bergelar graduan UIAM. Semoga ilmu itu akan memandu kalian menjadi yang lebih baik. Aku? Akulah insan yang tidak menggembirakan diri sendiri, ayah, keluarga dan semua dengan gelaran graduan UIAM. Sebab aku sendiri, jadi, aku terima apa terjadi.. Jalan masih banyak cabangnya, macam yang sedang aku lalui ini. :) Mengapa harus cemburu dengan title graduan orang lain. Rezeki ada...
Aku begiu malu berinteraksi dengan berilmu di pejabat. Ramai sekali ilmuwan di situ, namun untuk menegur dan meminta ilmu, mengapa aku begitu malu? Mahu mengangkat kepala sahaja aku tidak berani. Dan diamlah aku di situ.
Menyebabkan aku terlepas, tertinggal macam-macam perkara.. Malu! Itu penyakit bahaya.
Kata kawan yang aku telefon, suaraku nampak makin ceria. Jika benar, alhamdulillah. Sebenarnya aku sudah puas hidup sebagai seorang pendiam, aku ingin keluar daripada dunia itu, namun akhirnya aku tetap terperosok di situ. Diam yang menyebabkan aku rasa senang, namun mungkin sekali diamnya aku menimbulkan rasa serba salah dan salah sangka orang lain.
Fasa demi fasa dalam kehidupan dilalui. Jika mati yang menanti selepas ini, benarkah bersedia diri?
...banyak yang ingin dinukil jemari, namun cukuplah sampai di sini aku tinggalkan nota ini. Aku tulis mengikut hati yang mahu meluahkan semua dalam blog ini, dibaca saat tenang menemui diri, saat aku perlu melihat kembali diri...
25 Ogos 2013
1252
Sri Damansara

Comments