Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Perak, walaupun berjiran dengan negeriku, baru kali ini menelusuri jejaknya...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Inilah kali pertama aku menyertai Hari Keluarga. Dalam lima enam bulan bergelar pekerja, ini titik untuk melonjak lebih jauh.

Satu
Sebelum ke Kuala Kangsar, aku temankan kak Atiqah, rakan sepejabat yang selalu berjasa menumpangkan aku dalam kereta beliau. Selamat belajar, akak. Cemburu! Mahu teruskan pengajian.

Dua
3 jam perjalanan ke Ipoh, berdua dalam kereta. Baca semua signboard yang ada.. Comel!

Tiga
Pertama kali naik buaian gergasi.. Merasa seakan mahu terbang ke udara. Memang terasa mahu terkeluar jantung, tapi cool... Tidak perlu jerit dan masih mampu lihat sekeliling. Asyik!

Empat
Ke Kuala Kangsar, pusing-pusing, merasa laksa Perak! Satu mangkuk, kongsi 3. Wah! Ukhuwah.

Lima
Makan malam syarikat. Terima hakikat, aku seorang yang bekerja!

Enam
Orang lain suka main budak-budak, hanya aku takut walau hanya untuk sentuh. Hm.

Tujuh
Alhamdulillah untuk segalanya.  Terus bersemangat…

kata-kata yang hilang daripada diri i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Setiap hari, aku luangkan masa membelek walau tidak menulis di blog ini. Blog yang memaparkan kisah sendiri dan tulisan yang ingin dikongsi. Saat tulisan lancar meniti di papan kekunci. Ketika terkunci jemari tanpa satu perkataan yang menari. Saat itu, aku terlupa bertanya khabar hati ... kutinggalkan hati sendiri, dan tidak diberi ubat yang sepatutnya, tinggallah hati gersang sendiri.

Catatan tertangguh perihal hari lahir, novel yang belum bersambung tulisannya, aku biarkan semua itu sekadar bermain dalam kepala. Ada suatu yang sedikit mengganggu. Bagaimana jika ditawarkan sekali lagi menyertai ASWARA? Bersediakah aku meninggalkan Telaga Biru dan dunia editing? Dalam mengejar impian, ada sesuatu yang harus dibebaskan.

Tahniah kawan-kawan yang bergelar graduan UIAM. Semoga ilmu itu akan memandu kalian menjadi yang lebih baik. Aku? Akulah insan yang tidak menggembirakan diri sendiri, …

Nota 20 Ogos 2013.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Ainul Salasiah Shafian yang menghadiahkan frame gambar yang kini terisi gambar kita berlima, (tahun lepas dihadiahkan aku cermin.) dan kiriman kad yang dibeli usai peperiksaannya yang terakhir sebagai pelajar Ijazah sarjana muda.

Kak Nor Atiqah Abd Talib dan Kak Nurul Amirah Abdul Rahim yang menyambut pagi 20 Ogos 2013 yang manis dengan sticky note dan hadiah yang manis. (sangat sedap dan manis)

Ee Emira Jimin) yang comel melukiskan gambar yang comel dan terus mahu ketawa melihatnya. (ketawa dalam hati)

Teman-teman sepejabat yang menitip ucapan yang mengharukan dan membuatkan aku hampir termenangis menerima pemberian dan ucapan bernilai itu. juga yang mengucapkan dengan lisan.

Rakan-rakan yang mengirim ucapan lewat mesej dan fb. Semoga Allah berkati kehidupan kalian.

Kakak-kakak yang tidak lupakan tarikh kelahiran si bongsu.

fi amanillah dan jazakillah khairan jazak buat kalian se…

Sebelum Menjengah Angka Duapuluhempat

SATU
Mungkin ketikan pada typewriter boleh menimbulkan rasa mahu menyambung bait-bait kata menjadi perenggan dan akhirnya berubah menjadi sebuah cerita yang dapat dinikmati semua. Tapi aku belum teruja dengan ketikan demi ketikan di papan kekunci. Perasaan itu tidak sama dengan manisnya menulis pada kertas menggunakan pen gel kegemaran. Lain.

DUA
Mengapa ya bila sudah semuanya depan mata, rasa syukur meminggir daripada jiwa. Sedang saat dihilangkan atau diambil semula daripada dirilah barulah menyesal kata itu dan ini.

TIGA
Menonton Kil dan Finding Forrester. Kepuasan ada sebab ada makna.



EMPAT
Jemput baca Solusi 59 dan Gen-q 25. Ada tulisan Ila Husna dan Jamilah Mohd Norddin. Ulat Buku dalam Gen-Q dan Pesan Nenek dalam Solusi (menggantikan seketika kolumnis asal untuk edisi 59), serta boleh juga membaca Vice Versa dalam Solusi ----> promosi percuma)

LIMA
Cemburu tiada makna kalau tidak usaha tambah bilangan kata.

ENAM
Mengapa jari makin enggan berlari di papan kekunci? Sebab banyak alasan da…

Nota tidak bertajuk

I
Tentang anak bongsu. Adakah kebanyakan anak bongsu perangai mengada-ngada seperti yang kau miliki? Perasaan tidak berkongsi dengan insan bernama adik, adakah itu puncanya sifat mengada dan tidak peduli yang ada dalam diri. Oh, kawan sekeliling (yang sedikit) yang aku ada kebanyakannya bukanlah anak bongsu melainkan mereka punya adik. Jika ada sekalipun mereka anak bongsu yang matang dan tidak bersikap seperti anak bongsu. Sedang aku memang lagak anak bongsu.

II
Perasaan sedih yang datang tiba-tiba beransur pergi sendiri sepertimana datangnya ia dalam diri. Akhirnya aku faham diri sendiri walaupun selama ini aku bukanlah seorang yang memahami laku sendiri. Berusaha memahami diri sendiri juga proses panjang, walau berada dalam jasad yang sama. Tidak semua orang memahami diri mereka sendiri, termasuk aku. Suka benar aku melakukan segala yang aku suka tanpa memahami diri dan kelibat orang asal. Kata orang, asal bahagia sudah!

III
“Hm, nanti dia kenduri di manalah pula agaknya biliknya.”…

Ogos nan manis

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

selamat bertamu
Ogos yang manis
penuh cerita
seorang Jamilah dan Ila Husna.

Selamat bertamu Ogos
menambahkan genap usia
makin muda
tuju hari tua.

selamat datang Ogos tercinta
bulan semangat membara
sebelum cuti bermula

Ogos, kehadiranmu ku nanti.

:)