"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Di pejabat kami, ustaz Fauwaz selalu mengadakan kelas khusus untuk wanita. Dan walaupun hanya diam setiap kali kelas beliau, aku cuba menyelami kata-kata beliau. Seorang pencinta buku yang banyak membaca kitab dan memiliki buku dan luas pengetahuannya.
Dalam usrah lepas, kami belajar mengenai beberapa orang tokoh:

- Ibn Abbad al-Qawaraini 30 tahun solat Subuh dengan wuduk yang diambil pad waktu isyak. (15 tahun isyak-subuh membaca buku + 15 tahun Isyak-subuh beribadah)
- Ibn Abi Hatim membaca kitab semasa makan
- Ibn Jarir menulis tentang ilmu beberapa jam sebelum mati.
Ustaz suka bercakap mengenai kepentingan belajar, dan nak tak nak memanglah aku akan terasa sebab ia terkait dengan diri. Perihal malu untuk berguru yang menghalang diri daripada melakukan banyak kebaikan. Tentang kesabaran semasa belajar. Keikhlasan menulis bukan hanya kerana disuruh menulis namun menulis daripada hati.
Sentuh ustaz lagi, nak betulkan manusia bukan dengan pukul, tetapi betulkan fikirannya.
Betul, ustaz. Apa yang berlaku pada diri adalah pilihan sendiri.
Comments