29 July 2013

setelah aku kembali

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Aku diizinkan pulang ke kampung. Meninggalkn seketika dunia edit-tulis, bertemu ayah dan keluarga tercinta. Sekejap lagi baik daripada aku langsung tidak pulang, kan?

"Abang dapat nombor 1. Dapat hadiah buku."

"Meja yang kakak buat tak runtuh."

"Fiqah masa lahir dulu cantik dan comel."

Tidak pandai melayan kanak-kanak, dengan mereka bertiga aku layankan juga. Abang yang tidak boleh salah sedikit akan menangis, kakak yang makin menuju remaja dan Fiqah yang comel. Semoga kalian dilindungi.

Dan,
bukan seorang orang baharu yang bakal bertamu tahun ini.
Insya Allah, 3 orang. :)
Semoga baik-baik sahaja.

Tadi,
pemegang beg tercabut,
roda patah
"nak saya tolong." aku menolak.
teksi.
tali beg tercabut.
Adakah aku sedang marah? hm.

Dan ya..
Minggu hadapan akan pulang hari, sehari sebelum raya.
Syahdu rasanya...
tapi itu pilihan aku.

25 July 2013

Kot Putih

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Buku yang diterbangkan dari Jordan. Terima kasih kak Ainul Arina menitipkan Kot Putih. 5 watak, kisah dunia belajar. Kehidupan melayu Jordan. Memang tidak pernah ke sana, membacanya membawa aku ke sana. Bukan sekadar emosi yang dikongsi dengan pembaca tetapi semangat, tamparan, kata-kata. Membacanya seperti melihat diri sendiri dalam cerita itu... Kerana sabar membuahkan jaya. Semoga akan ada lagi terbitan seterusnya. Okey, saya tersuka buku ini dan membelekna terus selepas sampai di tangan, meningalkan buku-buku lain di belakang. Sebab suka, saya abaikan apa yang terkurang, membaca dan menerima buku ini sebagaimana ia! Terima kasih dengan kisah kalian.

[Imah, Aki, Sofeya, Pit, Amran.]-bagi saya cerita yang menggunakan kata ganti diri pertama tidak semudah menulis menggunakan sudut pandang orang ketiga!

Cerita tentang pelajar jurusan medik, tentang pelajar berjemaah, tentang ukhuwah, gabungan kisah yang dibaca dengan perasaan bercampur-baur..

Harus dibaca untuk tahu kisahnya!

20 July 2013

Durrah Nur Aqilah: Daripada Awak, untuk Saya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Yang tidak punya apa-apa tidak dapat memberikan apa-apa. Awak pernah ada dalam situasi yang mana awak seorang yang tidak punya kelulusan akademik, sedangkan sekeliling awak adalah golongan yang punya diploma, ijazah, master, dan phD termasuk pengajian tinggi lain. Dan awak seorang yang tidak menamatkan pengajian sebab itu yang awak pilih. Apa ya yang awak akan rasa? Rendah diri atau bersyukur?

Syukur paling utama ialah bersyukur pada perkara-perkara kecil.

Kalau awak rasa rendah diri, itu tidak betul. Allah Maha Adil, kan? Dia bahagikan rezeki, ikutlah usaha orang tu. Mereka sabar, mereka dapat, awak tidak sabar atas jalan itu, awak kecundanglah. Tapi, cabaran berada dalam dunia yang suka melihat kelayakan akademik boleh buatkan awak menangis darah.

Syukur menjadikan awak usaha yang lebih baik.

Mungkin awak kurang di situ, Allah beri lebihnya yang lain. Namun kadang sebab kekurangan yang ada itulah membuatkan awak terasa "kurang." Kurang yang sebenarny jadi sebab itu yang awak pilih, Jalan mana pun kita yang pilih; ikut Allah, ikut jalan lain, diri yang tolong dan perhati sebenarnya...

Awak tahu tak, malu halang awak capai perkara-perkara besar.

Itulah awak, malu tidak bertempat. "Ah, aku cuma tidak mampu keluarkan apa yang dalam diri." Awak memang hebat buat alasan, kan?

1000 alasan boleh dicipta, hanya perlu satu alasan untuk bergerak; MAHU.

Kemudian, awak kata awak bahagia dengan kehidupan awak. Awak tak tahu entah berapa jiwa sudah terasa, terluka,tersentuh, tercalar hanya sebab sikap awak yang pentingkan diri sendiri. Awak hanya lihat diri awak, ada dalam dunia awak... tenggelam. Kononlah awak cakap mahu buat kerja, tapi keliling awak tidak peduli, apa cerita?

Itulah awak yang hanya pandai tulis....

Awak tahu, kenapa awak begitu? Tolong jangan kata sebab masa lalu. Sebab manusia hidupnya adalah hari ini. Awak perlu hidup dengan apa yang ada sekarang. Allah merencanakan yang terbaik sudah!

Nah, sekarang awak tahu kan, siapa awak sebenarnya? Sebab awak jauh daripada Allah, jadilah yang terjadi itu...

Temanmu,
Imtiyaz Huda.

19 July 2013

Nota Usrah Cinta ii

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Dalam usrah semalam ustaz Fauwaz membicarakan perihal, untuk maju jangan menunggu orang mengucapkan terima kasih. Biar aku kongsikan antara perkongsiannya:

  • Mukmin tidak mengharapkan pujian manusia kerana dia sibuk memuji Allah.
  • ingat tentang "the power of you." Diri yang menentukan apa yang kamu akan jadi.
  • Perkara yang paling manusia suka adalah halangan. Sebab kita dihalang mengkritik, kita sangat suka mengkritik.
  • Iktibar surah Yuruf (Bertakwa dan Bersabar asas kejayaan)
  • Siapa yang istiqamah akan mendapat perkara yang diimpikan.
  • Ingat "the power of NOW"
  • Saat manusia memujimu, kau yang harus kutuk diri kamu untuk menggerakkannya lebih maju.
  • Kita perlu bangkit dengan kesedaran.
  • Asas dalam ilmu tasawuf itu baik akhlak dan tawaduk.
  • Apabila 'piling' diri tidak kuat, jadilah amalan macam habuk yang berterbangan.
  • Hidup adalah majaz yang tidak kekal.
  • Apabila kita merealisasikan ubudiah,Allah akan mengurniakan sifat itu kepada kita.
  • Kita memiliki sesuatu yang hebat daripada wang kerana kita ada "KITA"
  • Kegembiraan dirasakan saat kita bersyukur dengan yang SEDIKIT.
  • Mukmin berfalsafah dengan takdir.
  • Kita mampu menadi pakar berdasarkan pengalaman.
  • Perasaan LEMAH mematikan KREATIVITI.
  • Kita perlu berjalan atas jalan orang yang berjaya.
  • Apabila kamu "admire" seseorang, lakukan seperti yang dia lakukan. Setiap orang paling kurang ada 5 orang lain yang "admire" padanya, rugilah kiranya dia lakukan sesuatu yang merosakkan "kepercayaan" orang itu.
  • Allah lebih suka Mukmin yang kuat daripada yang lemah
  • Keadaan bergantung pada kita
  • Emas sudah diuji dengan api, kita?
# lalu, ustaz minta kami (ahli usrah seramai 5 orang) bercakap untuk seketika. Setiap orang berkata kecuali aku. Diam dan kosong. Segan pada orang lain yang lebih hebat mematikan percakapanku. :(

18 July 2013

Durrah Nur Aqilah: Lagi-lagi Nota untuk Diri


Termasuk edisi ini, bermakna lima edisi majalah Solusi yang tertera nama aku sebagai subeditornya... Pastinya banyak lagi yang perlu dipelajari, yang perlu diperbetuli dan ditambah dan kurangi.

Allah, 
untuk setiap edisi yang ada kisahnya,
untuk setiap edisi yang ada cabarannya,
untuk editor yang bersabar dengan 'kerenah' subeditornya
dengan kemudahan yang Allah izinkan,
aku masih di sini, aku cinta berada di sini.

Allah yang Maha Pemberi adil mengedarkan rezeki pada yang berhak miliki,
mengapa harus menolak?
sebabnya aku malu....

Awak tahu,
kesal yang ada sebab menolak ASWARA tiada lagi. Rezeki aku di sini, bersama editor dan warga kerja di sini. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku, bukannya mesti apa yang aku mahu. 

Mahu belajar boleh di mana-mana, kan? Macam sekarang, walaupun sebab tugas, dalam diam aku belajar, betulkan kembali tatabahasa, ilmu bahasa yang tertinggal, harus sedikit sebanyak baca dalam bahasa Arab. Tentang tidak grad atau dismiss, ia sudah jadi sebahagian sejarah seorang Jamilah. :)

Kata ustaz Fauwaz pagi tadi dalam MHI makan dalam: "senyum dalam masalah."

Dan tadi,
"Durrah, cakap sikit."
"Tak adalah ustaz."
"1 minit."
"30 saat."
Aku menutup diri daripada berkata. Menunjukkan ketidakbijakan sendiri. 
haha.

1822
Sri Damansara




17 July 2013

Nota Buat Diri untuk Sekian Kali

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Berada dalam dunia editorial, mahu atau tidak harus menulsi juga. sedang mental belum bersedia memasuki dunia artikel setelah bergelut dalam dunia kreatif selama ini. Nampaknya masa tidak ada untuk membuat sebarang alasan, harus bekerja dan berusaha.

Enjoy. Itu yang boleh aku katakan selepas hampir lima bulan aku bergelar warga Solusi. Suka sebab aku menjadi sebahagian warganya, takut sebab makin buat kerja, makin banyak artikel diedit, makin banyak majalah keluar; apakah kesannya pada diri sendiri? Tidak perlu tanya orang lain, hanya diri sendiri.

bermain dengan dunia tulisan beza dengan dunia sebenar. Demikianlah kenyataannya si penulis blog ini. Semakin banyak mencatat, harusnya semakin banyak koreksi dan koreksi diri, melihat hari depan yang harus kamu depani.

Semalam? Hanya untuk dilihat sebagai teladan sebab tidak boleh berulang lagi masa yang telah berlalu. Esok, masih perlu diukir dengan kisah baharu.

Novel baharu?
Ramadan tahun lepas pemula
Ramadan tahun ini, akan berakhir ayat terakhir.
Amin.

ii
Banyak benda yang tersekat sebab MALU dalam diri sangat besar. Malu belajar itulah yang paling malang. Berada dalam lubuk ilmu, namun pengajarannya tidak sampai pada diri.

iii
Buku-buku
menanti untuk dibaca
sedang aku
punya banyak masa di laman maya.

iv
kalau nanti aku mati
tulisan pengganti diri.

17.7.2013
SD

16 July 2013

rahsia dalam rahsia

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

tentang
perkara
yang Dia simpankan untuk kita
diketahui hanya setelah kita melalui.

Eh,
kamu pernah rasa tidak suka pada diri sendiri?
Itulah kesakitan paling sakit
apabila diri dalam sedar dan tidak tidak menyakitkan hati orang lain dengan perbuatanmu
kesakitan itu pasti menjalar kembali
dalam diri tanpa disekat sesiapa lagi.

saat kamu rasa kamu tidak punya apa-apa
hanya Dia yang boleh menolongmu keuar daripada semua perkara
bukankah Dia sudah sediakan jalan keluar?
Hanya tingga mahu terima atau tidak.

perihal tulisan 2013,
selamat kembali dunia penulisan-edit-belajar benda baharu.

:)

4.19a.m
salm sahur

14 July 2013

Elarti

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


sehari-hari menjadi penunggu elarti
sebab enggan berdikari.

Wajah sama
rik beza
ku temu, jamuan mata.

Salam
peluk
lambai lepaskan kekasih mencari rezeki.

Aku
sebahagian mereka
menanti teman. 
:)

LRT Gombak
7.42 a.m.



13 July 2013

Nota Usrah Cinta i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Di pejabat kami, ustaz Fauwaz selalu mengadakan kelas khusus untuk wanita. Dan walaupun hanya diam setiap kali kelas beliau, aku cuba menyelami kata-kata beliau. Seorang pencinta buku yang banyak membaca kitab dan memiliki buku dan luas pengetahuannya.

Dalam usrah lepas, kami belajar mengenai beberapa orang tokoh:

  1. Ibn Abbad al-Qawaraini 30 tahun solat Subuh dengan wuduk yang diambil pad waktu isyak. (15 tahun isyak-subuh membaca buku + 15 tahun Isyak-subuh beribadah)
  2. Ibn Abi Hatim membaca kitab semasa makan
  3. Ibn Jarir menulis tentang ilmu beberapa jam sebelum mati.
Ustaz suka bercakap mengenai kepentingan belajar, dan nak tak nak memanglah aku akan terasa sebab ia terkait dengan diri. Perihal malu untuk berguru yang menghalang diri daripada melakukan banyak kebaikan. Tentang kesabaran semasa belajar. Keikhlasan menulis bukan hanya kerana disuruh menulis namun menulis daripada hati.

Sentuh ustaz lagi, nak betulkan manusia bukan dengan pukul, tetapi betulkan fikirannya. 

Betul, ustaz. Apa yang berlaku pada diri adalah pilihan sendiri. 

09 July 2013

Suatu Hari di MPH Alpha Angel

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Gadis itu berjalan-jalan di MPH Alpha Angel, makan, solat Maghrib dan berjalan-jalam hidu bau buku dalam MPH. Memang nafsu untuk membeli tiada, hanya ingin jalan-jalan cuci mata.

Beberapa bulan lepas, aku pernah tanyakan kaunter pertanyaan, ada tak buku Friends Forever?
Jawapannya tiada.

Semalam.
"Ada tak buku Friends Forever, Ila Husna?"
"habis stoklah."
"Okeylah. Terima kasih," Dan aku segera berlalu.

Jalan-jalan dan melewati setiap rak. Melihat novel yang berlambak dengan tajuk yang banyak berkaitan suami. Aku puji novel popular yang memilih tajuk yang menangkap pembaca. Itu istimewanya. Tetapi, tidak sesuai jika mahu kepuasan membaca..

Dan terus ke bahagian majalah. Lihat Solusi, Gen-Q, al-Ustaz yang tersusun bersama majalah lain. Berplastik kemas. Hanya ada beberapa buah Gen-Q yang tinggal.

Teringat kata-kata ini: penulis harus tahu promosi dan menjual. Dan ya, editor harus tahu memasarkan diri dan majalah.

:)

08 July 2013

Rindu Seorang Aku

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Melerai rindu pada SHAHS Mosque.
Beberapa kali berpuasa di sini, tahun ini belum pasti lagi.

Padanya kenangan, memori, manis, terselit yang pahit-pahit.
Saksi tangisan yang alirannya tanpa dipinta diri,
senyuman beremu teman nan manis,
pertemuan demi pertemuan kerinduan sekalian,
masjid itu banyak jadi saksinya.

1434
Diri bukan lagi warga IIUM,
menumpang berteduh, sesekali singgah melepas lelah dan sesak dada,
masjid biru yang banyak berubah,
tahun ini, kembali meriah.

Ramadan,
awalnya yang selalu sesak dengan manusia dalam dan kawasan sekitar,
imam yang menyudahkan sejuzuk satu malam
20 rakaat
saf panjang makin memendek,
bertuahnya yang menyudahkan 20 rakaat bersama imam bersuara merdu dan syahdu.

kata teman: "Ramadan ini yang sampai buat kita, belum pasti ada Ramadan 1435."

~Ramadan karim.
~Salam rindu, bumi hijau uia.

07 July 2013

Wajah Kotaraya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Pencarian tiket semalam menemukan aku dengan wajah-wajah kota
bersih
kotor
ketakutan
keberanian
demi sesuap nasi, pengorbanan
demi keluarga, mencari makanan
menadah tangan, sedang dia kurang upaya
entah ada yang tertipu-ditipu
Wajah seribu warna bernama bandaraya Kuala Lumpur
meski terasa 'seram' menelusuri jalan-jalannya yang sudah berbulan-bulan aku tinggalkan
perjalanan semalam perlu sesekali
supaya wajah kotaraya dapat aku perhatikan lagi
bukan untuk ilham sebuah puisi
tetapi mensyukuri pemberian buat diri.

Kotaraya tetap begitu,
hanya diri yang tidak boleh tetap di situ.

## Okey, tiket hari raya sudah berharga RM37.10. TERPAKSA membelinya, kerana mahu pulang ke kampung. Benarlah yang kaya makin kaya, yang biasa semakin diperguna.Hm..

03 July 2013

2 Julai

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Tarikh 2 Julai memang aku ingat.
Tersalah ucap selamat hari lahir pada Ainul, 2 tahun lepas kalau tak silap.
Sebenarnya 2 Julai hari lahir ayah Ainul,
dan aku akan ingat.

Di pejabat, ada juga yang menyambut kelahiran pada 2 Julai,
Encik Ismail, seorang pereka grafik senior.
Berkongsi ulangtahun kelahiran, 2 Julai.

Buat Ainul, saya sudah tidak lupa lagi tarikh hari lahirmu. :)Insya -Allah

02 July 2013

4 bulan sudah...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Solusi,
dahulu antara majalah wajib beli,
sekarang menjadi sebahagian ahli,
macam mimpi
yang jadi realiti.

Berada dalam tidak seperti lagak pembaca,
membacanya beberapa kali sebelum menjadi majalah sebenar,
jarang sekali majalah yang sudah terbit dibaca.

Perjalanan panjang bermula dengan langkah pertama, kan?
Rezeki kita tidak tahu di mana, hanya perlu mencari.
Siapa sangka, didissmis daripada UIA, terus peroleh kerja.

Benarlah, bukan hanya kelayakan akademik perlu dalam dunia sebenar,
bakat, kemahiran juga dipandang,
BONUS.

carilah kemahiran diri
supaya senang kemudian hari
Tajamkan gergaji!