27 June 2013

perihal hari ini

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

"senang sahaja. Anggaplah apa yang sedamg awak tulis sekarang ini tulisan-tulisan awal sebelum hasilkan jadi buku."

"Sedang cuba menyiapkan pembacaan Anak Mat Lela Gila. Bacaan sebelum masuk tidur. Lima minit baca, lena. Tetapi baru beberapa bab baca, terentap! Benarkah buku ini ditulis lama dahulu? Isinya releven zaman kini."

"Ke rumah ayah mertua rakan sekerja lepas jalan-jalan ke Kenangan Wholesale City (mengapa ya namana tidak sahaja ditulis pusat borong kenanga?) Terasa kerdilnya seorang Jamilah ... sebenarnya aku tiada apa-apa melainkan kisah semalam. Apa sudah aku lakukan hari ini"

"Ayuh, bekerja hari ini demi esok!"

"Eh, Solusi 57 sudah baca? Solusi 8 bakal menyusul..."


25 June 2013

azam.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Hari-hari hanya ucapkan kata positif dalam diri,
Positif.positif.positif.
Biar positif sebati dengan diri. :)
menyingkir ion negatif daripada diri.




23 June 2013

cerita-kisah-drama

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.



mengapa dalam ceritacerita
perempuan digambarkan menderita, dipijak boleh dimainkan
perasaan jadi tidak enak
memandang kisah-kisah 
yang semakin hari semakin terlihat

mungkin sebab aku yang terus dan terus menonton
babak-babak itu yang sepatutnya aku tidak tonton.

Dalam banyak-banyak kisah aku memilih untuk menonton
mungkin yang berbuat itu tidak salah,
aku yang memilih
sebab pilihan apa sekalipun yang sepatutnya
terletak pada tangan aku.
diri sendiri.

banyak kisah baik tersembunyi
sedangkan yang buruk-buruk makin ketara.

...

21 June 2013

Menapak Dalam Bidang Kerjaya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


25 Jun 2013.
Genap empat bulan aku bergelar subeditor Solusi. Kerja membancuh kopi, sapu sampah, letak krim dalam artikel tidak semudah dilihat. Seperti goyang kaki, hakikatnya perukan idea segar untuk menjadikan kerja tidak sekadar tangkap muat dan cepat siap. Namun, hasil akhir, tentu tidak sempurna. Berusaha mendekati kesempurnaan.

Apa yang perlu ada pada seorang yang kerjanya mengedit artikel?

  • cinta bahasa.
  • cinta kerjaya.
  • sensitif.
  • mata yang peka.
  • tahu dan faham tatabahasa, transliterasi (ada yang perlu diterjemah dan ejaan yang betul.)
  • semangat.
  • kemahuan.
Semoga diberi kekuatan. :)

* baru perasan Ulangtahun Solusi pada Ogos. Satu bulan dengan kelahiran aku nampaknya.

16 June 2013

Sepetang di Kafe Biblioholic

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Selesai sudah membaca Sepetang di Kafe Biblioholic. Buku yang aku nanti untuk membacanya. Dapat sepaket kopi dan penanda buku istimewa buatan Kak Ainunl Muaiyanah semasa membelinya.

Cerita yang sederhana
Watak yang sederhana,
yang aku suka:
kafe, kopi, teh, hujan, editor, kisah yang ringkas tetapi disampaikan dalam bahasa yang lembut.

Syabas, kak Ainunl.

p/s: tapi, kan ada kesalahan ejaan yang mungkin tidak disedari. :)

14 June 2013

uia

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Siapa yang tidak rindukan tempat jatuh-bangun-kecewa-cinta-didismiss 

Aku merindukan sungai keruh
masjid biru
kawan baik
teman istimewa
suasana harmoni
guru baik.

Dilontar ke mana jika dalamanny baik,
baiklah semuanya.
Jika dalamannya buruk
itulah zahir.

tiga bulan mengendali Solusi
menolak tawaran ASWARA
mengapa sisa kecewa bertamu?


13 June 2013

Bengkel Intensif Penulisan Novel ISlami JUN ini!

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.




Ingin menghasilkan karya Islamik dan kreatif seperti HILAL ASYRAF?


  •  Langit Ilahi, 
  • Takdir 1; 2, 
  • Relasi,
  •  Hero,
  •  Sinergi, 
  • VT, 
  • banyak lagi buku 'best-seller' yang telah dihasilkan oleh beliau.


Mari sertai bengkel "PENULISAN NOVEL ISLAMI" dan belajar cara menulis Novel Islami bersama Hilal sendiri!

Mereka yang sentiasa membaca novel, apa kata menjadi novelis pula.

Ada pakej menarik!

Yuran RM750.

Sekiranya datang bertiga dapat potongan RM50 seorang.

Sekiranya datang berlima, potongan sebanyak RM100 seorang!

Mahu menjadi novelis?
Bagaimana cara menulis novel yang bagus?
Apakah tip dan teknik yang terbaik?

Mahu mengetahuinya, ayuh sama-sama sertai Bengkel Intensif Penulisan Novel Islami.

Penampilan daripada penulis terbaik Malaysia :

  1. Hilal Asyraf
  2. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
  3. Ummu Hani Abu Hassan
  4. Cikgu Wan Zayuhisham


Pendaftaran sehingga 15 Jun 2013.

Terhad 30 orang sahaja!
[Bengkel Intensif Penulisan Novel Islami 2 hari 1 malam di De Palma Hotel, Shah Alam]


Bengkel Intensif Penulisan Novel Islami selama 2 hari 1 malam ini, dianjurkan oleh LangitIlahi Consultancy dan Galeri Ilmu Media Grup, untuk memberikan peluang kepada mereka yang ingin menceburkan diri ke medan penulisan, atau mahu mengasahkan lagi mata pena agar mampu meningkatkan lagi kualiti penulisan anda yang sedia ada.

Dengan barisan penyampai seperti Ummu Hani Abu Hassan, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, disertai barisan editor Galeri Ilmu Media Grup seperti Encik Zakaria Sungib, Tuan Nasri Nasir, dan Tuan Amir Abd Hamid, ini nyatanya sebuah Bengkel Intensif yang dinanti-nanti ramai!

Selain penyampaian panel, para peserta juga diberi peluang membentangkan sinopsis novel mereka kepada para editor untuk dinilai. Jika berjaya, maka usai sahaja Bengkel Intensif ini, anda akan terpilih menjadi Penulis untuk Syarikat Galeri Ilmu!

*peserta mestilah membawa sinopsis karya mereka(sinopsis penuh, bab demi bab) ke bengkel.

Bengkel ini akan diadakan pada 22hb-23hb Jun 2013, di De Palma Hotel, Shah Alam.

Yuran hanya RM750, sekali dengan makan dan penginapan(diwajibkan bermalam).
Pendaftaran boleh dilakukan dengan menghubungi Cik Suriyati di talian 03- 6142 1614.

Seat terhad hanya untuk 30 peserta sahaja. Jangan lepaskan peluang!

TENTATIF -
------------------------------------
Hari Pertama, 22hb Jun 2013
------------------------------------
8.00 am – 8.45am: Pendaftaran Peserta.

8.45 am – 9.00am: Majlis Pembukaan.

9.00 am – 10.15am: Slot 1 - Niat dan Disiplin, Kuasa Penulisan - Hilal Asyraf.

10.15 am – 10.30am: minum pagi.

10.30 am – 11.15am: Slot 2 - LDK: Merangka Sinopsis Novel Secara Berkumpulan - Editor Galeri Ilmu Sdn Bhd.

11.15 am – 11.45am: Slot 3 - Mind Your Language - Editor Galeri Ilmu Sdn Bhd.

11.45 am – 1.00pm: Slot 4 - Menajamkan Pena Seorang Da'ie - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

1.00 pm – 2.00pm: Solat Zuhur dan Makan Tengahari.

2.00 pm – 3.15pm: Slot 5 - Interaksi Di Medan Siber - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil + Hilal Asyraf.

3.15 pm – 4.30pm: Slot 6 - Proses Berkarya: Dari Sinopsis Kepada Manuskrip - Ummu Hani Binti Abu Hassan.

4.30 pm – 5.00pm: Solat Asar dan Minum Petang.

7.00 pm – 8.00pm: Makan Malam, Solat Maghrib, Tazkirah Ringkas.

8.15 pm – 9.15 pm: Slot 7 - Karya Yang Diterima Editor - Tuan Amir Abd Hamid(Editor Novel Galeri Ilmu Sdn Bhd)

9.30 pm – 12.00 pm: Slot 8 - Pembentangan Sinopsis(1) - Editor-editor Galeri Ilmu Sdn Bhd.

-----------------------------------
Hari Kedua, 23hb Jun 2013
-----------------------------------

6.00am: Solat Subuh Berjemaah, Pengurusan Diri.

7.00am – 8.00am: Slot 9 - Karya Yang Menarik Pembaca - Hilal Asyraf.

8.00am – 8.30am: Sarapan.

8.30am – 10.00am: Slot 10 - Pembentangan Sinopsis(2) - Editor-editor Galeri Ilmu Sdn Bhd.

10.00am – 11.00am: Slot 11 - Mengatasi 10 Halangan Penulis - Encik Zakaria Sungib(Ketua Editor Galeri Ilmu)

11.00am – 11.30am: Minum Pagi.

11.30am – 12.30pm: Slot 12 - Teknik Menulis Bab Pertama - Encik Zakaria Sungib(Ketua Editor Galeri Ilmu)

12.30pm – 1.00pm: Slot 13 - Latihan Menulis Bab Pertama.

1.00pm – 2.00pm: Makan Tengahari dan Solat Zuhur.

2.00pm – 3.00pm: Sesi Penilaian dan Pemilihan Sinopsis oleh Editor.

3.00pm – 4.00pm: Majlis Penutup dan minum petang, bersurai.

Diari Untuk Ibu, Iwan Reaz

Iwan Reaz/ Iwan Ghazali merupakan penulis yang sama. Beliau sudah menulis lebih tiga naskah novel remaja yang bertemakan hubungan adik-beradik. :) Terasa seperti trade mark ceritanya pula. "Kisah adik-beradik". Apa sekalpun, kegigihan beliau yang sentiasa hadir dengan novel baharu saban tahun harus diikuti.

Kali ini, biar aku kisahkah sedikit perihal novel beliau yang usai dibaca beberapa hari lalu. Diari untuk Ibu. Melihat tajuknya, boleh ditebak cerita. Diari yang akan diberi kepada ibu.

DUI mengisahkan Izz Akmal yang kehilangan ibunya dalam kemalangan yang melanda keluarga mereka. Orang lain, menyangka ibunya meninggal dunia, tetapi dia tidak percaya. Lalu, dia menulis diari untuk diberi kepada ibu.

Mahu tahu lebih lanjut, bcalah sendiri, ya.

Beberapa perkara yang boleh aku komen:
-perihal abangnya yang "sakit" selepas kemalangan itu hanya seakan tempelen-tempelan cerita. Bagi aku menarik kalau dikembangkan. (mungkin sebab teringat kawan yang mengalami perkara yang sama)
-Kisah ini boleh jadi lebih baik. (entah mengapa aku nak tulis begini. Sebab aku percaya Iwan ada idea untuk menulis dengan lebih baik)
-Mungkin aku rasa bahasanya agak biasa. (sebab novel ini untuk remaja, mungkin?)

Aku suka:
-Lukisan dalam novel ini yang comel.
-Dapat baca diari Izz Akmal. (mungkin sebab antara novel berbentuk diari antara pilihan aku)


Apa-apa pun, syabas untuk tuan pengarang yang menuliskan kisah ini. Cerita baik mana sekalipun tidak bermakna jika tidak diterbitkan. Lebih baik kisah yang nampak biasa, tetapi TERBIT! Teruskan berkarya, Iwan.

12 June 2013

Pertemuan Bercerita

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


ku temukan
kamu
dalam baris-baris yang dibaca.
kesukaan
ketidakgemaran
perkara-perkara yang ingin kamu sembunyikan
terzahir jelas
pada kumpulan kata yang kau tuliskan.

Pada tulisan ada perasaan tukang tulisnya
sekalipun disembunyi\
berkali-kali menafi,
hakikatnya...

Sedang sibuk dia mencari-cari
cara terbaik
mengembalikan semangat yang hilang
dan terbang
ditemukan dia seorang pencipta aksara dan seni kata

dalam setiap pertemuan
ada kisah dan cerita

:)

11 June 2013

sekeping gambar jutaan makna.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.



Hati
bersabarlah dengan sesuatu yang kamu sukai
tidak selamanya kehidupan penuh gula dan pelangi
saat mendung awan
suram wajah
ingat!
Dia rindukan kamu rayu, menagih, pinta sepenuh hati.

Tidakalah akan dapat jika tidak berusaha
menggapai segala mimpi dn cita-cita.

dalam kepala
mula merangka kisah baharu
setelah tamatnya cerita-cerita masa lalu
hidup hari ini
untuk masa depan.

:)

tulislah
sebab
menulis satu amanah!

09 June 2013

...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

 kehidupan makin punya rencah
warna warni
terang-gelap
sukar-suka
kisah-kisah yang jadikan dia seorang 'manusia hidup'

dapat surat;
terima
tolak
tetap.
semuanya bercerita.

tentang kata-kata
dia kata aku nampak makin ceria
dengan tulisan dia lihat,
dengan kata juga dia bicara.
Jika benar, alhamdulillah.

kata ustaz,
"menulis itu motivasi untuk banyak membaca."
tapi ustaz, saya...
Ah, seribu alasan boleh direka untuk kata tidak.
tetapi, hanya dengan kata "ya, saya mahu" ada jalan terentang
asal tidak berhenti.

selamatlah kawan-kawan
yang
akan kahwin
akan grad
akan mula kerja
akan masuk rumah baharu
akan jadi orang baharu
akan periksa
akan ada buku tulisan sendiri
akan
akan
akan....

selagi tidak henti usaha,
dan doa
dan berharap,
masih ada kehidupanmu. :)


Senyum.
mulakan hari dengan senyuman, terangnya sampai malam.

02 June 2013

kau hanya perlu tersenyum, sayang!

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

i
setiap kali terpandang
naskah di sebelah yang belum terbaca oleh tuannya;
bagaimana mati tanpa sempat membaca semua bahan bacaan yang dibeli.
Kata ustaz: "perempuan kuasa beli dia tinggi. Suka beli, tapi baca?"

ii
hati tak mungkin tenang
selagi
solat hanya
mahu cepat sudah
al-Quran hanya berada atas timbunan buku.
Hidayah perlu dicari bukan dinanti

iii
Terfikir
tidak redhakan aku?
Masih terfikirkan
keputusan yang aku buat.
Diam,
selepas keputusan itu diambil.
Ini pilihan aku,
bukan sesiapa.

iv
adakah nanti aku akan malu,
ya, aku mesti malu tidak dapatkan ijazah
saat orang lain akan graduasi nanti,
tapi
hidup bukan sekadarsegulung ijazah, kan?
Senyum lebar.

v
maafkan aku
banyak menyusahkan semua orang.

vi
Aku mungkin belum matang
tidak matang
tidak tahu memasak
tetapi
setiap orang akan mendapat ruangnya, kan?
Selagi dia usaha dan doa

vii
Lama tidak menangis
sebab mahu menangis
Satu hari, di pejabat
pagi yang indah
petangnya
mata panas ingin menangis.
Setahun, banyak harus aku belajar.

x
aku
kawan
yang ada saat orang senang
saat aku perlukan orang
adakah aku saat saat orang memerlukan?

xi
buat semua ahli keluarga
maafkan anak bongsu ini.

xii
2013
banyak perkara terjadi,
apa yang aku pelajari


Sekuel Budak U: Back to Campus

Buku ketiga tulisan Khairy Tajudin yang dibaca selepas Budak Komik dan Budak U. Penulis GISB yang sudah lahir dengan buku melebihi angka 5.

Sejujurnya, aku lebih menyukai budak u berbanding Back to Campus. Tidaklah bermakna saya tidak menyukai naskah ini. Buku kali ini menyisahkan kehidupan Hakimi semasa semester kedua pengajian. Dengan ujian yang datang, dia mengatasinya dengan sabar.



01 June 2013

Jun, pleae be nice

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Terujilah diri dengan kata-kata yang dituturkan dan tulisan nan berbicara. Tersimpan padanya rahsia dan kuasa. Pembina semangat dan pemusnah harapan. Sebab itu harus bicara yang baik-baik, sebut-sebut selalu impian, kenang selalu semua yang indah.

Bila katakan diri manusia biasa, biasalah jasad itu. Kejadian semalam singgah untuk renungan masa hadapan. Biar berjuta kali jatuh, belemon-lemon kali harus bangkit semula. Allah tidak melihat natijah, tetapi langkahmu menuju kehidupan yang lebih baik. Oh, bisanya bicara, mana yang sudah kau praktikkan dalam kehidupan?

Berada dalam dunia penerbitan majalah sebenarnya mengajarkan aku banyak perkara. Membuat keputusan. Memudahkan. Tetapi, kata-kata magis hanya mudah sampai jika yang menulis-yang mengedit-yang membaca punya 'jiwa'. Selalu juga terjadi, yang diedit 'lebih kering' daripada yang ditulis asal. Ingin memudahkan jadi menyusahkan. Selama mana mahu bergantung kepada ketua yang selalu menasihatkan, "jadi lebih proaktif." Saat itu juga terasa mahu menangis!

Tentang buku-buku yang dibeli. Berderet susunnya menanti aku baca. Buang alasan-baca!

Doa. Doa bukan hanya tadah tangan dan minta pada Dia. Tidak usaha, menongkat dagulah!

Kawan-kawan, maafkan aku andai selalu tersalah langkah. Kakak di pejabat, maafkan saya jika berlebihan bergurau denganmu. Aku senang dan bahagia bersama kalian. Kadang aku risau terlebih langkah. Menjaga hati manusia.

Degil! Bila aku kata tak-nak, maknanya aku menolak. Tetapi, keputusan yang aku lepaskan itu, Allah semoga ia yang terbaik! Tidak mahu lagi sebut-sebut. Maknanya tidak reda kalau asyik menyebutkan yang berlalu itu. Pandang hadapan, bina kehidupan. Allah knows.

Tidak baik, bukan bermakna kau tidak mampu menjadi lebih baik.