06 May 2013

Nota KepadaSeorang Perempuan...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.



I
Buat seorang perempuan yang suka
ke shopping complex seorang diri
dan
dia mudah mencapai barang yang diinginkan diri
dan terus ke kaunter pembayaran, tanpa fikir dua kali.
Fikir-fikir lebih tiga kali sebelum ke kaunter pembayaran,
letak yang tidak penting-selamatkan wang dalam dompet.

II
Seorang perempuan
yang tidak melihat kiri-kanan-depan-belakang
saat berjalan sendirian, tidak kiralah dalam ramai
atau hanya dua-tiga orang di sekelilingnya,
Peka-

III
Seorang perempuan yang suka membeli-belek-ambil-bayar
buku yang dia mahu
selagi ada tunai dalam tangan,
pantas tangan daripada akal.
cara atasinya: bawa kawan semasa membeli.


Bersendiri itu tidak selamanya indah.
Kata teman: sampai satu saat kau tidak suka lagi jalan-jalan seorang diri, lakukan semuanya seorang diri, kamu berhajatkan teman di sisi. 


2 comments:

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Suka ayat teman yang akhir tu :)
Sampai masa kau perlukan teman di sisi...kapan ya???

Tahun harapan, banyak perubahan! ^^

Jamilah Mohd Norddin said...

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ ,

mungkin bila nanti...