Skip to main content

Durrah Nur Aqilah: Ku Larikan Mata Pena.

Durrah perhati catatan yang pernah terabadi dalam blog ini. Lama. Lama sekali Durrah tidak melarikan jemari di papan kekunci, berkngsi seputar peristiwa yang berlaku dalam hidup beberapa bulan belakangan ini. Beribu alasan dapat Durrah berikan ntuk melepaskan diri. Durrah mngambl keputusan untuk mencatat sesuatu.


i) Buku Mereka.
Durrah tumpang suka dan senang dengan kawan-kawan yang makin rancak menulis. Tidak kiralah genre apa yang mereka sedang tukangi. Sajak, cerpen, novel, artikel, apa-apa sahajalah. Durrah tumpang bangga dengan perkembangan ini. Penulis kerjanya, menulis. Namun, pesan ustaz Pahrol, penulis harus lebih banyak membaca daripada menulis.

ii) Editor
Boleh dikatakan Durrah sudah memasuki alam kerjaya, dan Durrah tidak akan simpan sedetik pun rasa sesal dengan kejadian semalam. Setiap yang berlaku itu terbaik! Aura positif, akan melahirkan perasaan yang bagus! Menarik kerja ini, setiap hari berhadapan dengan perkara baharu untuk diteroka. Memang idea Durrah terkebelakang, Durrah mencuba, memasuki dunia kerjaya!

iii) Kawan-kawan.
Bulan-bulan ini, ada antara kawan-kawan Durrah diuji macam-macam. Di situ, Durrah lihat diri Durrah yang hanya berdiri di belakang. Durrah perhati dari jauh, langsung tak hampiri. Ini contoh yang tidak baik. Nampak juga Durrah ada saat orang senang, senyum, ria; sedangkan saat mereka diuji, ada sahaja alasan Durrah jauhkan diri. Soalan; awak okey ke pun, Durrah tidak tanya.

iv) Graduasi.
Kawan-kawan Durrah juga akan graduasi nanti. Tahniah Durrah ucapkan. Durrah tersungkur di perbatasan UIA, tidak bermakna Durrah tidak bangun semula. Ia sebahagian kisah Durrah yang memang akan terabadi, tetapi Durrah mahu pandang sudut positif. Memang ada pro dan kontranya tidak fikir keburukan, Durrah ambil jalan mudah, fikir yang positif.

v) Pertemuan.
Suatu hari Durrah bertemu seseorang yang Durrah baca penulisan beliau di blog. Kawan Durrah perkenalkan diri Durrah, tiba-tiba kata beliau, “kakak sudah lama baca penulisan dia. Ada potensi jadi potensi.” Kaku. Allah, hanya Engkau menggerakkan lidah seseorang untuk menuturkan sesuatu. Amin atas doanya, kakak. Selagi, tidak menulis, kata-kata hanya eutopia.

vi) Pertemuan ii
Hari itu, Durrah dan teman sepejabat ke Masjid Jamek. Jalan-jalan. Lama tidak ke sana, perasaan tidak selesa menelusur jalan yang dipenuhi warga asing. Oh, negaraku! Lama tidak bertemu Fatin. Tiba-tiba, “Durrah!” Dia menegur dari jauh. Allah, Dia yang menemukan!

vii) Tulis. Tulis. Tulis.
Durrah sedang baca buku seseorang yang sudah meninggal dunia. Di sini, pentingnya menulis! Sebab kita hidup bukan hanya hari ini. Tulisan mengekalkan kisah. Bukan hanya untuk kita, tetapi untuk orang yang kita akan tinggalkan. Nanti Durrah kongsikan.

viii) Kahwin?
Eh, bukan Durrah! Ada orang terdekat akan berkahwin dalam masa terdekat. Doakan yang terbaik buat Durrah juga. Erk.

Sekian, laporan Durrah setelah lama tidak menulis di sini. Imtiyaz.

Yang menulis dalam gelap selepas bangun tidur jam 0:21 dengan iringan lagu Setegah Mati Merindu. 

Durrah Nur Aqilah
Sri Damansara.

Comments

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥,

erk. pembetulan; menulis diteman cahaya notebook dan lampu ruang tamu. :)
Umairah. said…
This comment has been removed by the author.
Umairah. said…
assalamu'alaikum.

alhamdulillah, tumpang gembira baca perkembangan nie. jamilah pegi tak walimah intan nanti?:)

balik baru nie, umy tertengok satu drama nie. dahlia, di mustika hd.

disebabkan skrip dia macam best, umy search di gugel. dan subhanallah, rupa-rupanya penulis skrip, maizura ederis. rasa-rasanya, jamilah pernah mention pasal penulis nie kan?

dan, dah tertarik pulak dengan drama tue. ahah, menarik! :D

Maizura Ederi, antara penulis skrip yang saya suka juga. Lagi, cuba lihat karya kak Siti Jasmina. :)

Gembira dengan perkembangan apa? hihi. Ini kan Durrah, bukan JAMILAH.

:D

rindu mahu ketemu kamu.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub