19 May 2013

19 Mei Dalam Kenangan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Kami berjanji untuk bertemu.
Ina-Jamilah
Menyerahkan empat buku pesanan
beli tiket-borak-sembang-bincang dalam Merrybrown lebih dua jam-jalan-kongsi cerita-gelak-sayu-
bermula di Merrybrown Pudu
berakhir di KL Sentral.

Empat buku diserah,
buka kembali kisah tertangguh
Allah, permudahkan dan semoga semuanya segera selesai.

Semakin banyak pula janji tertabur..
sini-sana-dalam diri-situ

Gerak perlahan-lahan
untuk sampai destnasi.
Kayuh pelan-pelan
nanti sampai seberang
daki sedikit demi sedikit
menuju puncak.

Oh, lidah mudah bicara
tangan mudah menulis
anggota badan yang harus bekerjasama
demi cita-cita.

namun
tanpa mimpi-contengan-angan-angan-doa
tidak adalah yang terjadi.

kepada Ina
Ayuh terus bermimpi!
Bukan di siang hari, namun untuk direaliti. :)

salam sayang,
Ila Husna.

3 comments:

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Akak,

Insya-Allah. Ayuh, cantumkan mimpi kita. ^^

Syukran jazilan, maaf dek peristiwa khilaf tadi.

*Pelupa benor kan?

Jamilah Mohd Norddin said...

yang seorang lagi tu nak tinggal telefo di stesen LRT apa cerita? hihi.

tak jadi masalah. :)

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Telefon? Nyaris tinggal?

*Untunglah ada insan yang nampak*

Jika tak, Ina tak teman patah balik untuk ambil ^^