29 May 2013

ASWARA, bukan masanya lagi aku ke sana

Kembalinya aku ke kampung beberapa hari yang lalu, teringat aku akan suatu perkara. Semasa aku belajar di UIA, aku pernah berkata, aku nak kerja. Tidak mahu lagi hanya mengharapkan duit ayah, minta pada kakak-kakak. Aku ada keinginan yang tinggi mahu beli buku yang aku suka. Buku kawan-kawan. Majalah setiap bulan.Walau aku hanya belek, aku masih suka beli. Aku bukan mudah membeli baju, namun senang memilih buku.

Aku kata, aku penat belajar. Itu titik mula kejatuhan aku. Aku tiada semangat, main-main, banyak yang aku tidak endahkan. Pengakhirannya, pengajian aku ditamatkan kala aku hampir tamat pengajian. Itu salah satu pemberontakan aku. Pemberontakan dalam diri sendiri yang terzahir. Akibatnya, aku yang tanggung.

Sekarang, aku bekerja. Boleh beri duit pada ayah walaupun tidak banyak. Boleh beli buku aku mahu dengan duit sendiri. Bukan gaji besar atau kecil persoalannya. :)

Aku minta ke ASWARA
konon mahu sambung belajar
sudah dapat, aku tolak.
Semoga ini kegembiraan.
Aku teruja, tetapi harus menolak.
Aku tidak mahu mereka fikirkan soal poket aku.
Masanya akan tiba, bukan untuk setahun ini.

Tetapi
aku tidak berhenti beajar.
dalam sekolah kehidupan, aku menuntut.

Jika orang lain sedih atau terkilan aku menolak tawaran ini, aku memberikan jawapan dalam air mata semasa memutuskannya. Bukan mudah, tetapi aku harus melepaskannya. Kali ini.

Maaf.

28 May 2013

kepulangan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Kepulangan aku ke Mahang sudah dirancang dua minggu sebelumnya. Lamanya aku tidak pulang. Lebih tiga bulan selepas pengajian aku ditamatkan dan aku sudah bekerja. Dikejar masa? Hm, mungkin aku yang tidak mencari masa untuk pulang.

Berborak dengan nenek, pertemuan singkat dengan kakak,seketika jumpa dn serah buku pada anak saudara yang comel, keputusan on da spot yang aku segera hebahkan di fb... (hm, harus fikirkan semula) cuti ini benr-benar aku bercuti. Tanpa telefon, intenet yang mengecewakan. Sesekali dapat tembusi fb, main-main. Sememangnya masa untuk aku bercuti.

Langsung tidak akan aku sentuh lah, kerja.



21 May 2013

pra-ASWARA

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

terlalu sayang.  25 Mei akan genap tiga bulan aku bekerja sebagai subeditor Solusi. Bekerja dengan seorang ketua yang sangat banyak idea dan selalu mahu lakukan pembaharuan. Kadang timbul kasihan melihat dia tersangat sibuk dengan banyak komitmen. Dan aku hanya terdaya bantu sedikit. Mengedit-pruf. Ditanya perihal idea, aku banyak geleng kepala.

Dia berpesan semalam, "perlu proaktif!" "tajuk itu penting." "kekalkan gaya penulisan penulis mapan."

Bagaimana akan aku tinggalkan kecintaan ini? Segalanya belum muktamad. Dan banyak pihak yang perlu aku tanyakan sebelum keputusan aku ambil.

Walau ada yang bertanya tentang duit, duit boleh dicari. Yang penting, aku mahu kan?

Di pejabat semalam, memang tergerak hati sahaja untuk membuka laman ASWARA. Lihat sahaja ada keputusan itu. Dan aku tidak dapat bereaksi. Beritahu rakan sebelah, kawan-kawan. Aku sendiri, entah apakah perasaan ini.

Istikharah dan musyawarah ....

Teringat kata kak Amirah, yang memetik kata ustaz Pahrol; "jika sayang belajar untuk melepaskan."

Bismillah, keputusan akan aku ambil. 3 tahun tidak lama, kan?

20 May 2013

20 mei

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Tergerak hati mahu ke laman ASWARA
keputusannya, aku diterima ke ASWARA

Semoga ini yang terbaik!

Yang penting,mahu pulang ke rumah dahulu sebelum apa-apa keputusan diambil
Beritahu ketua.
Minta pendapat orang lain,
ini masa depan aku.

:)

semua dah di depan mata, tinggal aku memilih.


How?
Sanggupkah?
Mereka-aku-dia-kamu-awak-

19 May 2013

19 Mei Dalam Kenangan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Kami berjanji untuk bertemu.
Ina-Jamilah
Menyerahkan empat buku pesanan
beli tiket-borak-sembang-bincang dalam Merrybrown lebih dua jam-jalan-kongsi cerita-gelak-sayu-
bermula di Merrybrown Pudu
berakhir di KL Sentral.

Empat buku diserah,
buka kembali kisah tertangguh
Allah, permudahkan dan semoga semuanya segera selesai.

Semakin banyak pula janji tertabur..
sini-sana-dalam diri-situ

Gerak perlahan-lahan
untuk sampai destnasi.
Kayuh pelan-pelan
nanti sampai seberang
daki sedikit demi sedikit
menuju puncak.

Oh, lidah mudah bicara
tangan mudah menulis
anggota badan yang harus bekerjasama
demi cita-cita.

namun
tanpa mimpi-contengan-angan-angan-doa
tidak adalah yang terjadi.

kepada Ina
Ayuh terus bermimpi!
Bukan di siang hari, namun untuk direaliti. :)

salam sayang,
Ila Husna.

17 May 2013

Pesan buat kamu yang katanya mahu jadi penulis... i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

4 Peranan penulis:
-Pemikir -fikiran
-pendidik - hati
-pendakwah -amalan
-pemimpin - pengaruh

-Penting juga ada kekuatan dalaman.

-Perlu ada fikiran yang jelas dan segar.

-Daripada rasa menjadi kata-kata yang memberi makna.

-Jika proses berfikir lama, menulis akan cepat
Jika proses berfikir cepat, menulis akan lambat.

-Penulis mesti lagi banyak baca daripada menulis,

-Menulis mesti membebaskan fikiran.

-cari stail sendiri

-Tulis dahulu, baiki kemudian.

:)

16 May 2013

Durrah Nur Aqilah: Ku Larikan Mata Pena.

Durrah perhati catatan yang pernah terabadi dalam blog ini. Lama. Lama sekali Durrah tidak melarikan jemari di papan kekunci, berkngsi seputar peristiwa yang berlaku dalam hidup beberapa bulan belakangan ini. Beribu alasan dapat Durrah berikan ntuk melepaskan diri. Durrah mngambl keputusan untuk mencatat sesuatu.


i) Buku Mereka.
Durrah tumpang suka dan senang dengan kawan-kawan yang makin rancak menulis. Tidak kiralah genre apa yang mereka sedang tukangi. Sajak, cerpen, novel, artikel, apa-apa sahajalah. Durrah tumpang bangga dengan perkembangan ini. Penulis kerjanya, menulis. Namun, pesan ustaz Pahrol, penulis harus lebih banyak membaca daripada menulis.

ii) Editor
Boleh dikatakan Durrah sudah memasuki alam kerjaya, dan Durrah tidak akan simpan sedetik pun rasa sesal dengan kejadian semalam. Setiap yang berlaku itu terbaik! Aura positif, akan melahirkan perasaan yang bagus! Menarik kerja ini, setiap hari berhadapan dengan perkara baharu untuk diteroka. Memang idea Durrah terkebelakang, Durrah mencuba, memasuki dunia kerjaya!

iii) Kawan-kawan.
Bulan-bulan ini, ada antara kawan-kawan Durrah diuji macam-macam. Di situ, Durrah lihat diri Durrah yang hanya berdiri di belakang. Durrah perhati dari jauh, langsung tak hampiri. Ini contoh yang tidak baik. Nampak juga Durrah ada saat orang senang, senyum, ria; sedangkan saat mereka diuji, ada sahaja alasan Durrah jauhkan diri. Soalan; awak okey ke pun, Durrah tidak tanya.

iv) Graduasi.
Kawan-kawan Durrah juga akan graduasi nanti. Tahniah Durrah ucapkan. Durrah tersungkur di perbatasan UIA, tidak bermakna Durrah tidak bangun semula. Ia sebahagian kisah Durrah yang memang akan terabadi, tetapi Durrah mahu pandang sudut positif. Memang ada pro dan kontranya tidak fikir keburukan, Durrah ambil jalan mudah, fikir yang positif.

v) Pertemuan.
Suatu hari Durrah bertemu seseorang yang Durrah baca penulisan beliau di blog. Kawan Durrah perkenalkan diri Durrah, tiba-tiba kata beliau, “kakak sudah lama baca penulisan dia. Ada potensi jadi potensi.” Kaku. Allah, hanya Engkau menggerakkan lidah seseorang untuk menuturkan sesuatu. Amin atas doanya, kakak. Selagi, tidak menulis, kata-kata hanya eutopia.

vi) Pertemuan ii
Hari itu, Durrah dan teman sepejabat ke Masjid Jamek. Jalan-jalan. Lama tidak ke sana, perasaan tidak selesa menelusur jalan yang dipenuhi warga asing. Oh, negaraku! Lama tidak bertemu Fatin. Tiba-tiba, “Durrah!” Dia menegur dari jauh. Allah, Dia yang menemukan!

vii) Tulis. Tulis. Tulis.
Durrah sedang baca buku seseorang yang sudah meninggal dunia. Di sini, pentingnya menulis! Sebab kita hidup bukan hanya hari ini. Tulisan mengekalkan kisah. Bukan hanya untuk kita, tetapi untuk orang yang kita akan tinggalkan. Nanti Durrah kongsikan.

viii) Kahwin?
Eh, bukan Durrah! Ada orang terdekat akan berkahwin dalam masa terdekat. Doakan yang terbaik buat Durrah juga. Erk.

Sekian, laporan Durrah setelah lama tidak menulis di sini. Imtiyaz.

Yang menulis dalam gelap selepas bangun tidur jam 0:21 dengan iringan lagu Setegah Mati Merindu. 

Durrah Nur Aqilah
Sri Damansara.

15 May 2013

Sampai Masanya Aku Pulang

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


kerinduan
penuhi
hati-ria-senyum


sampaikan aku pada mereka
lebih dua purnama merindu
buku dijanji
wajah tersayang
kalian,
aku akan kembali.

buku-buku-buku
nantikan aku pulang kepadamu

14 May 2013

pertemuan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Pertemuan
bersamanya ada rahmat

perpisahan
tersimpan seribu makna tersirat

kediaman
bukan bermakna meninggalkan tanpa jejak

buang cemburu
dengki
segala iri

positifkan diri sendiri.


10 May 2013

kata-kata ustaz fauwaz i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.




  • "belajar kena sabar. Yang susah itu paling menyeronokkan" 
  • Sedih itu lumrah. Tak salah. mengamuk sebab sedih itu yang tak betul.
  • Kita kena KAWAL MARAH. bukan JANGAN MARAH.
  • Etika bersedekah: tidak iringi sedekah dengan ungkitan.
  • Kita saling melengkapkan bukan untuk berlaku pertembungan
  • Zikir bukan hanya syiar, tetapi membentuk ideologi.
9.5.2013
TBSB/usrah  






09 May 2013

Tidak Lagi Aku di Simpang

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

bermula bismillah
ayun kembali langkah.

ahamdulillah
penyudah.
tiada duka, melainkan ria
tiada sedih, hanya kasih
tiada resah, tapi ambil kisah

mendung beransur pergi
mentari makin bersinar
senyum makin lebar.

kehidupan
sentiasa manis.
tidak pernah ia zalim padaku.

menerima.
kita reda.
koreksi,
bersihkan hati
susun kembali perjalanan
untuk melangkah ke hadapan.

bukankah kehidupan amat singkat
untuk aku sekat-sekat
keinginan
impian
mimpi.

usaha
doa
usaha lagi
doa lagi
Diasentiasatahu!

apa kriteria penulis baik?
tanya dia suatu hati.
kata aku: ilmu
kata dia: banyak tulis dan baca!

2013

06 May 2013

Nota KepadaSeorang Perempuan...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.



I
Buat seorang perempuan yang suka
ke shopping complex seorang diri
dan
dia mudah mencapai barang yang diinginkan diri
dan terus ke kaunter pembayaran, tanpa fikir dua kali.
Fikir-fikir lebih tiga kali sebelum ke kaunter pembayaran,
letak yang tidak penting-selamatkan wang dalam dompet.

II
Seorang perempuan
yang tidak melihat kiri-kanan-depan-belakang
saat berjalan sendirian, tidak kiralah dalam ramai
atau hanya dua-tiga orang di sekelilingnya,
Peka-

III
Seorang perempuan yang suka membeli-belek-ambil-bayar
buku yang dia mahu
selagi ada tunai dalam tangan,
pantas tangan daripada akal.
cara atasinya: bawa kawan semasa membeli.


Bersendiri itu tidak selamanya indah.
Kata teman: sampai satu saat kau tidak suka lagi jalan-jalan seorang diri, lakukan semuanya seorang diri, kamu berhajatkan teman di sisi. 


04 May 2013

Cerita terlepas i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Kisah mana satu yang mahu aku mulakan dahulu? Lima bulan sudah 2013 melangkah meninggalkan hari demi hari yang mengukir banyak kisah. Cerita-cerita yang makin hilang daripada ingatan sebab kebanyakannya tidak aku catat di mana-mana. Hanya sesekali berkisah sedikit-sedikit di sini. Kali ini, tiada diari menemani.

Kini aku melangkah ke dunia editorial walaupun dengan tangan kosong. Setelah dua bulan, adakah masih terisi atau masih kosong? Jika dunia belajar aku boleh larikan diri, dunia kerjaya adalah masa berdepan realiti. Apa-apa sahaja yang terjadi, hadapi dengan senyuman.

Sampai saat ini, aku masih banyak bergantung pada orang lain. Pergi kerja, balik kerja menumpang teman. Sesekali terfikir, bilakah akan anak bongsu ini berdikari?

Kisah sebenarnya silih berganti sejak aku di-dismiss kan daripada uia. Alhamdulillah, aku rasakan makin aku aku makin boleh tersenyum walaupun dalam ramai mulut ini masih kaku. Kaku? Teringin peristiwa lucu lagi memalukan diri sendiri di PWTC.

Aku sudah ke temuduga ASWARA dan menanti jawapan.

Pesta buku kai ini paling heaven. Banyak aku berhabis untuk beli buku yang aku mahu.

Sekian, berita ditutup.

p/s: aku manusia biasa.sebab suka cerita hanya tentang diri.


03 May 2013

ehm

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

KAU
belum jujur melontarkan aksara
ketakutan yang ada
tidak dilarikan daripada diri
terbenam ia
jauh
dalam diri paling dalam

AKU
terasa ada ketika aku tiada dalam diri
terbangnya entah ke mana-mana
yang ada
tinggal jasad
bergerak dalam ramai


02 May 2013

PBAKL kali ke-3

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

dalam sesak
dua buah buku
Ina Nailofar
Kak Mazny
Tonton pelancaran
bertugas
kisah-kisah-gosip
cakap-cakap
balik UIA

hari-hari makin belajar
"Allah gives the best. Always"