05 April 2013

Untuk Awak II

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.



Suatu hari awak tanya saya. Bagaimana kalau awak yang dahulu muncul. Dan saya seakan-akan memberi jawapan yang mengelirukan. Saya kata yang awak dan dahulu saya sahaja.Entah, saya beri jawapan yang terlintas di fikiran pada waktu itu. Awak tanya semula, mengapa sama. Orang lain cakap tak sama.

Aku kaku tanpa jawapan. Mesej itu terbiar tidak berbalas. Memang aku rindukan awak yang lama. Tetapi saya suka juga awak yang baharu. Semoga apa-apa sahaja terbaik untuk awak. Asal awak kembali sihat. Saya rindu mendengar celoteh dan bicara awak setiap kali kita berpeluang berborak-borak. Awak suka cerita macam-macam perkara. Tentang keluarga, kawan-kawan, cita-cita, nasyid yang awak suka sekarang... dan macam-macam.

Saya masih ingat ketika saya buka booth seminggu di HS bersama Ainul. Awak selalu datang tolong. Awak yang tolong lariskan jualan ORLA. Awak beri saya nasihat tentang perniagaan. Bagaimana mahu berniaga. Cara membahagi untung. Semuany awak cerita di bawah Astaka Budiman di Safiyyah. Kita selalu lepak situ.

Astaka Budiman itu awak yang berikan namanya. Dahulu, kita lepak dengan Rokiah juga. Sekarang Rokiah sudah berkahwin. Kadang-kadang Habibah akan lepak bersama. Di situ, banyak kenangan kita. Makan-makan-makan, ulangkaji saat peperiksaan memanggil, lepak-lepak, sembang dari hati ke hati yang saya degil untuk bercerita. Pujuk saya makan. Macam-macam kenangan di Astaka Budiman selama lebih tiga tahun saya di UIAM. Awak yang selalu bercerita yang secara tidak langsung beri saya semangat.

Awak tahu, kerja di Telaga Biru awak yang sarankan saya terima. Ketika itu saya rasa tidak layak dan mahu menolak jawatan yang ditawarkan. Sebabnya, saya sanga pendiam. Mendengar nasihat awak, dan keinginan diri sendiri yan terlalu ingin menimba pengalaman dalam duni editorial, saya terima. Sekarang sudah lebih sebulan saya di TBSB dan sudah berada di rumah sewa.

Jika saya mahu ceritakan kenangan bersama awak, terlalu banyak. Sekarang, saat begini, saya jauh daripada awak. Saya di sini dan awak di sana. Saya berdoa awak segera sembuh, ya. Alhamdulillah, awak ada ramai kawan yang membantu. Jangan banyak fikir sangat, ya.

Salam sayang,
Ila Husna.

No comments: