29 April 2013

PBAKL sesi 2

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

kali kedua
ke PBAKL
Senyum lebar
bahu senget.
wang dalam kocek kosong!
Tidak merancang, 
membeli karya rakan penulis,
membeli dan baca tanda sokongan!

semuanya menanti dihadam
dan 
BUKU BAHARU!
:)


28 April 2013

KTM, temuduga dan borong buku

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna

27 April 2013
gadis itu ke ASWARA untuk temu duga
kecilnya dunia bertemu adik kepada kak Nabiha Mashut, MPR 2006
sebelumnya di KL Sentral
didenda RM30
terlebih destinasi train
teksi RM15
ke ASWARA.

denda yang ada hikmah
jadi bahan cerita untuk ujian bertulis

ke pesta buku bersama Suhada
dua tempat: lebih dua ratus
beli mahu.
bacanya sering tangguh
nampaknya gaji bulan ini,
hanya untuk pesta buku
lepas ini makan maggi

hari ini
mahu ke sana lagi
ketemu penulis GISB
:)

26 April 2013

entri cuka i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

perempan
yang pergi shopping
dengan nafsunya
berhabis beli itu-ini.

aku.

perempuan
yang rindu bau cukup
cukup 
menghidu baunya.
jangan bawa duit lebih.

itu diri aku.

perempuan
yang suka naik train
sekarang hatinya makin berubah.

perempuan
yang mahu megisi hatinya dengan seseorang.
itu bukan lagi dia.

perempuan
yang tahu beli buku
berangan mahu tulis buku
pernah dan belum menyambung tulisannya.

Ah, berangan tidak ke mana-mana
impian yang ada bersamanya kerjakuat dan doa,
Allah beri jalan.

Sedang jalan kita 
berbeza.

Senyum kita
sama.

Aku rindu.

24 April 2013

entri senyum iv

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

membiasakan diri dengan dunia baharu
siapakah yang menunjukkan jalan selain Dia

Apakah nikmat yang mahu kamu dustakan

Sabtu ini, temu duga untuk menjadi pelajar ASWARA.
:)
doakan yang terbaik

Apa-apa yang terjadi, dia masih JAMILAH.

:)

22 April 2013

entri senyum iii

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

nikmat yang ditarik satu
kesannya pada semua
'si bongsu' yang dilepaskan sebatang
seluruh badan menerima kesannya.

"satu nikmat dah ditarik. nikmat makan."
pandang makanan tanpa rasa
walau perut memberontak
"si bongsu" segeralah sembuh
biar makanan boleh ditelan seperti biasa.

Klinik Pergigian Azlina OTK jadi saksi
"si bongsu ku lepaskan ia pergi
biar hilang kesakitan selama ini
walau perginya tanpa ganti.

Yang asal,
tidak berganti
"si bongsu" bernilai kurang sepuluh daripada seratus.

untuk kamu yang memerhati aku sentiasa berselimut
walau selama ini aku menolak dihulur gebar merah itu,
beginilah wajah melayan diri,
yang tertayang pada kamu...

menelan pil oren yang setelah ditelan baharu dilihat kesan sampingannya
tidak mengapa
memang membantu lena
walau lena sering terjaga.

merancang-rancang
bukan seperti itu terjadi
minggu-minggu-sibuk
jangan diri meragam lagi
biar tenang-tenang melalui hari
deadline menanti diri.

senyum.
:)

selamat tinggal si bongsu
selamat datang, selera.

18 April 2013

Entri Senyum ii

Perjalanan hari ini
bercampur trauma terlepas train
situasi hampir sama
hanya aku
di landasan yang betul

terasa dipermudah semuanya
ATM
train
siapkan kerja-walaupun tidak siap sepenuhnya-

tersenyum
selepas terlalu kekenyangan

ah,
tolonglah
hanya harapan aku
akan aku terus tersenyum

Eh,
awak belilah ... dan ....
"oh, itu ada terfikir
hanya belum kuat untuk lakukan."

Akhirnya
aku beli buku lagi.


"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

17 April 2013

entri senyum i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

tidak perlu diragu
perjuangan makin menuju dunia baharu
yang lama bukan aku yang dahulu
bergerak tidak memandang belakang.

orang melihat hari ini
bukan kisah silamku
yang sudah jadi kenangan
dan memori

12 April 2013

:)

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

rindu yang mengasak
aku tahankan
sampai tiba masanya nanti.

kemarahan yang terpendam
aku buang jauh-jauh
dalam suram wajah
bersuara aku pada diriku sendiri
"eh, bukankah kau sentiasa cool"

suatu hari
terasa mahu berlari lagi
teringat pula janji sendiri
"aku akan berdiri tidak pandang belakang lagi"
yang berlaku sejarah,
akan datang aku harus pandang.


09 April 2013

Cerita Selasa

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Gadis itu
Tergesa-gesa
meninggalkan kamar teman
menuju tempat kerja,
dalam hati
ada rasa tidak selesa.

Train
sampai di platfom
ada train menanti,
bersyukur awal sampainya hari ini,
tidak perlu menunggu.

"Sentul"

eh, aku tersalah train.

Kakak
Terima kasih kak Atiqah
menjemput gadis itu di stesen Batu Caves
banyak teksi menanti
namun gadis itu khuatir
naik teksi di tempat tidak dikenali.

Botol air biru
sudah aku tinggalkan bersama kenangan KTM Batu Caves.

Perut
sakit tiba-tiba
mungkin serabut tersalah naik train
meragam dia

alhamdulillah
sampai di pejabat
tidak perlu berjalan kaki.

:D
kisah selasa
9 April 2013

05 April 2013

Rindu Memanggil Aku Untuk Menelefonnya

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Aku lebih suka mesej daripada menelefon orang lain.
Sebabnya, selalu tidak dengar yang orang lain bualkan atau aku salah faham.
Bila mesej, boleh fikir sebelum tulis.
Cakap mengajar diri aktif dan makin aktif.

Siapakah yang jumpa aku tidak kata aku pendiam?








.....
Terima kasih Ina melayan akak membebel. :D


Untuk Awak II

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.



Suatu hari awak tanya saya. Bagaimana kalau awak yang dahulu muncul. Dan saya seakan-akan memberi jawapan yang mengelirukan. Saya kata yang awak dan dahulu saya sahaja.Entah, saya beri jawapan yang terlintas di fikiran pada waktu itu. Awak tanya semula, mengapa sama. Orang lain cakap tak sama.

Aku kaku tanpa jawapan. Mesej itu terbiar tidak berbalas. Memang aku rindukan awak yang lama. Tetapi saya suka juga awak yang baharu. Semoga apa-apa sahaja terbaik untuk awak. Asal awak kembali sihat. Saya rindu mendengar celoteh dan bicara awak setiap kali kita berpeluang berborak-borak. Awak suka cerita macam-macam perkara. Tentang keluarga, kawan-kawan, cita-cita, nasyid yang awak suka sekarang... dan macam-macam.

Saya masih ingat ketika saya buka booth seminggu di HS bersama Ainul. Awak selalu datang tolong. Awak yang tolong lariskan jualan ORLA. Awak beri saya nasihat tentang perniagaan. Bagaimana mahu berniaga. Cara membahagi untung. Semuany awak cerita di bawah Astaka Budiman di Safiyyah. Kita selalu lepak situ.

Astaka Budiman itu awak yang berikan namanya. Dahulu, kita lepak dengan Rokiah juga. Sekarang Rokiah sudah berkahwin. Kadang-kadang Habibah akan lepak bersama. Di situ, banyak kenangan kita. Makan-makan-makan, ulangkaji saat peperiksaan memanggil, lepak-lepak, sembang dari hati ke hati yang saya degil untuk bercerita. Pujuk saya makan. Macam-macam kenangan di Astaka Budiman selama lebih tiga tahun saya di UIAM. Awak yang selalu bercerita yang secara tidak langsung beri saya semangat.

Awak tahu, kerja di Telaga Biru awak yang sarankan saya terima. Ketika itu saya rasa tidak layak dan mahu menolak jawatan yang ditawarkan. Sebabnya, saya sanga pendiam. Mendengar nasihat awak, dan keinginan diri sendiri yan terlalu ingin menimba pengalaman dalam duni editorial, saya terima. Sekarang sudah lebih sebulan saya di TBSB dan sudah berada di rumah sewa.

Jika saya mahu ceritakan kenangan bersama awak, terlalu banyak. Sekarang, saat begini, saya jauh daripada awak. Saya di sini dan awak di sana. Saya berdoa awak segera sembuh, ya. Alhamdulillah, awak ada ramai kawan yang membantu. Jangan banyak fikir sangat, ya.

Salam sayang,
Ila Husna.

03 April 2013

contengan pendek

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


  • Kini aku menjadi warga Sri Damansara untuk sementara waktu.
  • Semoga hajat menyambung pengajian yang 'terbengkalai' tertunai selepas ini.
  • Dunia kerjaya 'indah'.
  • Banyak kejutan-kejutan demi kejutan berlaku.
  • Rindunya mahu menulis.
  • Rindu wajah-wajah kesayangan hamba.
  • Mahu pulang ke Kedah.
  • Lebih sebulan menjadi warga Telaga Biru.
  • Kaku, diam, aku masih begitu.
  • Sukar untuk berubah sebab hati yang gelap.
  • Apa warna hati aku sekarang.
  • Aku banyak susahkan orang dengan diri aku sendiri. Dalam aku kata mahu berdikari, aku tetap bergantung dengna orang lain.
  • Mula pegang duit sendiri. Kawal diri itu tidak mudah. Aku suka berbelanja.
  • Miss her!
  • Takutnya aku menyesal dengan keputusan yang aku ambil.
  • Dah mula tidak menulis,