24 March 2013

# kata-kata yang terlekat di kerongkong

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Melalui hari-hari terakhir di bumi UIAM. Nanti aku hanya mampu menatap potret yang pernah terakam dan tulisan yang pernah aku tulis tentang UIAM. Kesayuan tidak terasa parah. Kerinduan hanya melambai dan menggamit. Perjalanan aku makin menyimpang ke lorong lain, bukan lagi di sini.

hanya mereka yang punya
impian melangit
mampu berusaha sepenuh daya.
di manakah kecintaan selama ini?
apakah semangat sudah padam?
siapakah yang kekal dalam hatimu?

***

ada ketika
tangisan sangat indah
mengingat jiwa yang pernah resah
mengenang gundah
melerai masalah

ketawa, senyum, suka
penawar duka sesiapa sahaja

***

aku suka sembang tentang diri aku dalam dunia maya, dalam penulisan aku.
Ah, aku manusia banyak salah!
Apakah status hati ini sekarang?
Memang, aku seorang yang pentingkan diri sendiri.
kata hatiku saat aku pentingkan diri keperluan sendiri.

***
sudah berkerja tidak boleh meminta wang sesuka hati,
aku masih!
"kak, ada duit tak?"
malu!
terasa tebalnya mukaku!
banyak hati yang aku lukai kerana keputusan demi keputusan yang aku lakukan.

***
kerjalah dahulu sebelum sambung belajar.
belajar memandu, boleh beli kenderaan sendiri.
suatu hari,
aku pasti mengubah prinsip diri tentang kenderaan awam!

****
angan-angan sangat penting
untuk merangka masa hadapan.
"aku tidak pasti apa aku mahu jadi masa depan."

****
suatu hari, ustaz bertanya: "siapakah tokoh yang kamu kagum?"
Orang lain punya jawapan, sedang aku tidak.
Tokohku, ibuku! Ibu yang membesarkan aku selama lapan tahun. Al-fatihah buat ibu.

***
"Bila nak ada buku kedua?"
Aku berani menulis dan menconteng di blog, sebab aku tidak dibayar.
Sedang, menulis buku akan dibayar.
Layakkah aku dibayar dengan apa yang aku tulis?
(soalan untuk diri sendiri)

***
aku semut kecil
yang sedang merayap
makanan yang aku bawa terhad,
akan aku kumpulkan sedikit demi sedikit
bekalan hari depan.

***
"eh, nampak kurus sangat."
Alhamdulillah, asal sihat itu harus aku bersyukur. Tidak mengapa tidak dapat derma darah.

***
keberanian tidak datang jika tidak disemai
ketakutan tidak hilang andai tidak dihalang
gentar tetap di situ saat tidak melawan.

Masihkah mahu melarikan diri?

***
kelana ini masih panjang
entah detik bilakah penghujungnya?
mengikut takdir tertulis
usaha jangan letih!

***
jujurkah aku dengan diri aku sendiri?

***
tentang kerja?
"aku bekerja membancuh kopi. JIka kopi tidak manis, aku tambahkan gula."
maaf, tidak dapat bercerita perihal kerja, walau ada yang minta aku kongsikan.
entah.. tidak terasa mahu coretkan dan abadikan di sini

4 comments:

Tetamu Istimewa said...

Jamilah, walau apa pun kerja anda yang pasti halal. Rezeki itu pemberiann-Nya. Kita sebagai hamba berusahalah.

Jamilah Mohd Norddin said...

Tetamu Istimewa,

:D
ya, yang penting halal.
Jemput baca Solusi.
eh, tiba-tiba.
Mahu hantar sajak berunsur Islam ke Solusi atau cerpen ke Gen-Q juga dialu-alukan.

Tetamu Istimewa said...

Ada artikel tentang Jamilah ke?

Atau karya Jamilah? Bil berapa?

Saya pernah hantar puisi ke Solusi tetapi belum ada rezeki di sini agaknya. Untuk Gen-Q belum pernah cuba.

Jamilah Mohd Norddin said...

Tak ada yang berkenaan pun... pekerja belakang tabir. :) isu 54.